Friday, February 25, 2011

SIAPA TEMAN UMMI KAT RUMAH???

Salam Ukhuwwah.

Pagi tadi lebih kurang pukul 9.30 pagi,hantar Kakak kat Bangunan PAS Dungun.Kakak nak gi Penamaan Calon di Kerdau esok.Kakak juga akan bertugas sebagai 'perayu undi' di sana selama tempoh berkempen.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Kakak bertugas sebagai pekerja parti tapi dah beberapa kali.Sementara Kakak nak sambung belajar kat mana-mana,biarlah dia cari pengalaman yang 'gajinya' pasti akan di bayar oleh Allah di'sana'.Insyallah.Kakak dan Nisa' yang lain merupakan 'pelapis' kepada jentera parti di masa depan.Pesan KA pada Kakak supaya dia betulkan niat supaya 'kerja' yang dia lakukan hari ni taklah sia-sia.

Alhamdulillah,Allah beri peluang awal pada Kakak untuk 'menabur benih' yang mana 'hasilnya' akan dituai di Akhirat kelak tika masa muda.Tak macam KA.Mengenal 'Perjuangan Islam' selepas berkahwin dengan Yang.Tapi KA tak menganggapnya dah terlewat kerana masih lagi diberi peluang 'keemasan' ini.

Dan tadi selepas Solat Jumaat,Yang pulak bertolak dengan beberapa orang rakan seperjuangan untuk pergi ke Kerdau jugak.Tetapi hanya untuk Penamaan Calon esok sahaja.

Kali ni KA tak berpeluang untuk pergi.Sebabnya???2 orang 'hero' KA yang kat asrama,ada kat rumah.Bimbang kalau KA pergi dan balik lewat,ada karang yang kena denda.Dan anak KA yang sorang lagi tu,Girl pulak ada 'kem kepimpinan' kat Dahimah's Guest House,Rantau Abang, Dungun.Dan seorang lagi,Adik.Dia oranglah yang akan temankan KA .Jadi...redho ajelah.

Moga Allah beri peluang untuk KA 'tabur benih' pada PRU-13.InsyaAllah...

Tuesday, February 22, 2011

UMUR SEMAKIN MENINGKAT...

Salam Ukhuwwah.

Seperti tahun-tahun yang lepas,tarikh hari ini yang selalu KA nanti-nantikan.Sebab apa???Istimewa sangat ke hari ni???Mungkin tidak pada orang lain.Tapi ya pada KA.

Hari ni 22 hb Februari 2011.Ini bermakna hari ni adalah hari lahir KA yang ke-44. Alhamdulillah kerana Allah masih beri peluang dan kesempatan untuk KA menikmati hidup ini.Dan Alhamdulillah masih diberiNya nikmat Iman dan Islam.

Sepanjang 44 tahun KA menjalani hidup ni,pelbagai ujian yang dah Allah berikan pada KA.Tapi mungkin taklah seteruk orang lain sebab Allah akan uji seorang hamba tu setakat kemampuan Iman seseorang.Dan KA perlu banyak bersabar sebab ujian Allah tu tanda Allah sayangkan hambaNya.Sekiranya tak ada ujian-ujian tu,mungkin KA kurang mengingatiNya dan kurang pergantungan padaNya.

Orang pertama yang ucapkan Happy Birthday pada KA ialah kakak KA yang duduk kat Kuantan. Pagi-pagi lagi dia dah telepon.Dan KA sendiri pun tak ingat.KA ingatkan dia masih rindu lagi pada KA sebab baru malam tadi kita bercakap kat telepon dan punyalah lama.....Anak KA,Kakak rasa geram sebab Mak Long Kuantan dulu ucapkan Birthday sebelum dia.

Yang???Hahaha....lagilah tak ingat.Macam tulah setiap tahun.Mula-mula kawin dulu memanglah rasa kecik hati tapi dah tua-tua ni,takdelah pulak.Sebabnya,memang kebanyakkan lelaki macam tu.Pada kita satu-satu tarikh atau hari-hari istimewa buat kita tertunggu-tunggu,tapi pada dia,selamba aje.

Selain dari KA,ada lagi insan-insan istimewa yang meraikan hari lahir dalam bulan ini iaitu Abah pada 10hb,Mak sedara yang tinggal kat Ceras pada 24hb,adik-adik ipar pada 16 dan 18hb dan biras-biras-biras pada 16 dan 28 hb.

Terima kasih KA ucapkan kepada kawan-kawan yang telah mengucapkan 'HAPPY BIRTHDAY' dan Do'a lewat Fb (muka buku) atau sms.

Semoga Allah kabulkan setiap Do'a KA samada untuk diri Yang,KA,anak-anak cucu keturunan, keluarga kedua belah pihak dan semua-semua sekali.

Apa yang akan KA buat hari ni???Insyallah macam biasa.Menjalani kehidupan yang lebih baik dari hari-hari semalam.Dan yang pastinya hari ni ada usrah kat rumah Teh Zah.Harap-harap, janganlah KA terlupa pulak.Sebabnya???Maklumlah dah TUA...muahahaha....

Monday, February 21, 2011

REHLAH NISA' UPU GONG PASIR ATAU MUSLIMAT????

Salam Ukhuwwah...
Dah 2 hari rehlah tu berlalu,tapi seluruh badan KA masih terasa sakitnya.Sebab apa???Nisa' bagi UPU Gong Pasir baru aje mengadakan rehlah pada hari Sabtu 19/2/2011.Bertempat di Pantai Teluk Gadung,Dungun (di hadapan UiTM Cawangan Dungun).Yang dinamakan Rehlah Nisa' tu sepatutnya melibatkan nisa'.Tak kiralah yang kecil atau besar.Tapi acara yang disediakan kebanyakkannya melibatkan Muslimat (Nisa' veteren???).

Antara acara yang disediakan untuk Muslimat ialah Cari Gula-gula Dalam Tepung,Tarik Upih dan Tarik Tali.

Pagi tu KA rasa KA dan anak-anak paling lewat sampai.Tazkirah dah nak dimulakan.Selepas selesai Tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Muslimat Cawangan Gong Pasir,acara untuk nisa' junior dimulakan.






Sebahagian Muslimat yang hadir.



Sementara tunggu budak-budak main,KA duduk-duduk bersantai.Tapi selesai aje acara budak-budak,Urusetia Nisa' umum untuk acara Muslimat pulak.KA memanglah tak tahu ada acara untuk Muslimat dan tak berasa nak main pun.Tapi oleh kerana Muslimat yang hadir taklah ramai mana jadi terpaksalah KA beri kerjasama jugak.






Bagi acara Tarik Upih,kita perlu cari seorang anak angkat yang akan menarik kita dulu sehingga separuh jalan dan kita pulak akan tarik mereka sehingga ke garisan penamat.Cubalah bayangkan macamana budak-budak tu nak menarik mak-mak orang yang kebanyakkannya bukanlah kecik-kecik orang.Jadi KA yang berhati keibuan ni pun 'mengoffer' pada sesiapa nisa' yang sudi menarik KA.Dan adalah sorang nisa' yang sudi.Kalau sekali pandang,muka budak tu seiras KA dengan kaler dan keganasannya masa KA kecik-kecik dulu muahahahaha.... Dan bertuahlah dia memilih KA sebabnya........

telah diumumkan secara rasminya bahawa 'KAMILAH JUARA MENARIK UPIH'.Yeahhhhh....
Acara penutup disempurnakan oleh Ketua Muslimat DUN Rantau Abang,Puan Serena Lim Abdullah.
Hari tu KA menerima bukan hanya 1 atau 2 atau 3,malah 4 hadiah...Untuk acara apa???? Juara Tarik Upih....Juara Cari Gula-gula Dalam Tepung....Juara Tarik Tali...dan Muslimat Ceria...Banyaknyaaaaa...............Sampaikan anak KA,Girl cakap "Ummi ni koho tua,koho gagoh" (semakin tua,semakin kuat)muahahahaha.....

Selesai acara penyampaian hadiah,acara makanlah...Apa-apa pun tahniah buat Nisa' yang telah menjayakan acara ini.Cumanya lain kali banyakkan acara untuk nisa' dan Muslimat hanya sebagai 'penyeri majlis' sahaja dah memadai.



















Thursday, February 3, 2011

RESIPI SPAGHETTI BERKUAH INSTANT.




Salam Ukhuwwah.

Hari ni tak boleh nak banyak cakap.Sebabnya ada beberapa biji kek lapis yang nak dibuat.Adik KA yang duduk kat Kelang dah tempah beberapa hari lepas.Kebetulan kelmarin dia balik rumah Mak Mertua dia kat Pulau Duyung,Terengganu dan akan balik ke Kelang Sabtu ni.Jadi kek perlu disiapkan segera.Pulak tu,hari ni semua anak-anak ada kat rumah.Jadi bertambahlah ke'busy'annya....

Jadi kita terpaksa 'stright to the point'lah.

Resipi ni biasanya KA akan sediakan masa hari-hari malas (sokmo-sokmolah...muahahaha...) atau Hari Raya bila tetamu yang nak datang rumah kabo lewat sebab stok dah tersedia awal.



Resipi Spaghetti dengan instant sos:

500g spaghetti (biasanya KA gunakan Angle Hari - rebus hingga masak dan ditoskan)
3 biji bawang putih di tumbuk kasar/dikatok
1 sudu besar minyak Zaiton (KA gunakan HPA)
250g daging yang dikisar/cincang halus
2 cawan air (ikut suka tetapi kuah perlu pekat sedikit)
1 botol sos spaghetti Kimball (jenis tradisional)
10 biji cendawan butang **Ayam Brand (hiris)
10 biji bebola daging** (KA guna keluaran Marina,lebih terasa dagingnya)
10 biji bebola ketam**
10 biji bebola ikan**
1/2 biji capsicum merah** -dadu
1/2 biji capsicum hijau** - dadu
1 biji lobak yang kecil** - dadu
1 tangkai daun bawang** - potong 1 inci panjang

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2.Masukkan daging kisar.goreng hingga masak.
3.Masukkan air dan sos spaghetti.
4.Biarkan mendidih sekejap
5.Masukkan cedawan dan semua jenis bebola.Biarkan mendidih.
6.Masukkan capsicum hijau,merah dan lobak.Biarkan mendidih.
7.Masukkan garam dan gula secukup rasa sebab sos kimball agak masam.
8.Akhir sekali masukkan daun bawang.Kacau sebentar dan tutup api dapur.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan yang digunakan **boleh digantikan dengan stok yang sedia ada kat rumah atau boleh juga ditambah dengan bahan -bahan lain mengikut suka kita.

Kepada semua SELAMAT MENCUBA UNTUK MENJAMU SELERA....




Wednesday, February 2, 2011

RESIPI PUDING LAICI DANGDUT.


Salam Ukhuwwah...

Hari ni kebanyakan sekolah dah mula cuti untuk sambutan Tahun Baru Cina.Cuma beberapa sekolah dari Sekolah Swasta Aliran Agama dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri akan mula bercuti esok.

Masa KA pergi cari barang kek kat kedai Cina di Kuala Terengganu hari Isnin baru ni,dia suruh KA beli lebih sebab hari Selasa kebanyakan kedai akan mula tutup.Tapi KA taklah beli banyak pun sebab kita ni bukannya 'TOKEY BUSAT'maaaaa....

Dikesempatan ni KA nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada kawan-kawan KA masa di Sekolah Rendah dan Menengah Laksamana,Kota Tinggi,Johor.Apa khabar mereka semua agaknya????

Kita cerita pulak pasal resepi hari ni.Resipi ni sebenarnya dah banyak kali KA buat.Tapi kali ni KA buat masa usrah kat rumah baru-baru ni.LAKUUUU.....Sebabnya....Kelembutan dan kesejukkan puding ni begitu mengasyikkan bila ianya melalui 'rongga anak tekak' kita... muahahaha...lebih mengasyikkan bila dimakan waktu hari panas.Sehinggakan esoknya kawan KA mintak tolong buatkan untuk Majlis Ulangtahun suami dia.Dan katanya,tetamu makan puding ni dulu sebelum makan menu berat hari tu.

Kat bawah ni resipi yang KA cuma copy-paste dari 'rumah Kak Ummi di Kuantan'.Halalkan ye....

Bahan:-

  • 10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
  • 2 liter air
  • 2 cawan gula
  • 2 tin laici (asingkan airnya)
  • 1 tin susu cair (KA gunakan 2 tin)
Cara-Cara:-
  1. Masak agar-agar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
  3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
    (*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)


    "SELAMAT MENCUBA UNTUK MENJAMU SELERA.''