Tuesday, April 20, 2010

SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA...???.


Salam Ukhuwwah...





Tegur aku jika aku mulai sombong...

Tegur aku jika aku mulai angkuh...

Tegur aku jika aku mulai salah...

Kerana aku sangat memerlukan...

Sahabat sepertimu...

Hari ini...

Esok...

Dan Selamanya...


KA terima mesej ni dari kawan-kawan KA dalam minggu ni.Ada juga beberapa blog yang memaparkan mesej seperti di atas.KA tertanya-tanya sendiri,ada ke hari tersebut???Selama hidup ni,KA tak pernah dengar pun.Atau mungkin KA yang ketinggalan...Tapi bila KA tanya pada En.Google,ini yang KA dapat...


Hari persahabatan sedunia adalah saat hari minggu pertama di bulan ogos, setiap tahun.
Tidak ada sejarah yang lengkap dan jelas untuk menjelaskan awal
penentuan hari tersebut. Bermula dari negara US, tahun 1935 yang
menetapkan hari persahabatan sedunia setiap hari minggu di bulan ogos.


Ada juga negara lain yang menetapkan hari persahabatan sedunia pada tarikh
yang berbeza, misalnya negara Argentina dan Uruguay, serta negara lainnya,
yang merayakan pada tanggal 20 Julai setiap tahun..



Sekiranya benar bagai dikata,maknanya tak tepatlah waktu untuk ucapan tersebut....


Sebenarnya tidak.Pada KA "Hari Persahabatan Sedunia" adalah setiap hari.Peringatan dari kawan-kawan dan sahabat untuk diri kita,itulah yang paling penting.Ikatan persahabatan perlu diperkukuhkan setiap saat dan waktu.


Kepada semua sahabat-sahabat ketika kecik dulu yang sama-sama main masak-masak,gaduh-gaduh dan mengenali alam persekolahan di Pontian Reservoir English School,Ulu Choh.


Mengenali alam remaja di Sekolah Menengah Laksamana,Kota Tinggi.


Alam perasan-perasan di Institut Kemahiran MARA,Johor Bahru.


Alam bekerja di EME dan Thomson,Kota Tinggi.


Dan Alam senja mengenali dan menjalani kehidupan berjemaah.


Sesungguhnya mengenali mereka semua,adalah sesuatu yang amat bermakna dan berharga. Semoga ikatan ini kekal hingga keakhir hayat.


Kepada semua..."Selamat Hari Persahabatan Se Dunia"


Persoalannya???Adakah KA seorang sahabat yang baik buat mereka???








Sunday, April 18, 2010

BLOGS DAN BLOGGERS.MACAM-MACAM ADA..(2)


Salam Ukhuwah...

Hari ni pagi-pagi lagi KA dah boleh ngadap PC.Anak-anak dah gi sekolah. Kat rumah cuma tinggal Adik sorang.Tengah tengok kartun sambil makan buah berangan.Yang beli kat R&R Bukit Sempah, masa balik dari Penamaan Calon P94 Hulu Selangor.Sekilo cuma 15 ringgit je.Murahlah tu.Kalau kat Tengganu 200gm 5 ringgit jadi sekilo 25 ringgit.Kalau sesaja pegi Bukit Sempah nak beli buah berangan,memanglah mahal.Ni tidak.Dah OTW.Kira murahlah.Dan besar-besar pulak tu.


Hari ni KA nak sambung pulak tajuk yang tak dibincangkan lagi.Masa mula-mula KA pandai serve internet,blog yang mula-mula KA tengok ialah blog-blog masakan.Ralit sungguh.Lepas rumah orang ni gi rumah orang nu.Pah tu masuk rumah orang sini,masuk pulak rumah orang sana.Tapi yang KA ingat dan suka sangat masuk ialah rumah anak teruna yang rajin sangat memasak kat Sedenak,Johor tu.Macam-macam ada....Cari ajelah lauk apa...insyallah ada...Kalau tak percaya.Gilah rumah dia kat sini.Dari segi bahasa yang digunakan.Tuturkata yang ditaipkan, KA nampak bersopan aje.KA kata macam tu sebab zaman le ni tak kira anak perempuan ke lelaki ke,bahasa yang digunakan masyaAllah.Anak-anak KA sendiri sebagai contoh,KA tak ajar 'beraku-mu' (aku,engkau) sesama kawan-kawan apatah lagi sesama adik-beradik,tapi itulah yang dok melekat kat mulut.Kalau KA tegor,dia jawab,"dok kata pung" atau "oh saloh".


Selain dari blog masakan,blog politik akan KA ngadap berjam lama.KA tersangatlah sukanya. Tapi KA akan masuk blog-blog yang pro PR ajelah.Itu pun yang gunakan bahasa yang menyenangkan.Kalau guna bahasa yang hampeh,maaflah.Baik cari blog lain.Dan bukanlah KA tak jengah langsung blog 'alik nu'.Jengah jugak,tapi kalau berita yang ditulis agak mengarut,KA terpaksalah mengikut arahan atau nasihat dalam satu blog tu (tapi sekarang ni,dia dah padamlah arahan tu) SILA KLIK TANDA 'X' DI PENJURU KANAN PC ANDA...


KA suka juga masuk,singgah dan duduk berlama-lama dalam blog yang ditulis oleh anak-anak remaja terutamanya yang sedang menuntut tak kira dalam bidang apa sekalipun tapi yang berfikrah Islamlah.Terutamanya pelajar Mesir.Tulisan mereka yang sarat dengan ilmu,boleh dijadikan panduan buat diri KA yang begitu cetek dari segi ilmu dunia dan akhirat.


Ada jugak blog yang relaks dan santai.Kalau KA baca sesekali seronok jugak.Cerita pasal tempat keja,kawan sekeliling,masakan yang disajikan buat keluarga,kehidupan seharian dan macam-macam lagi. Dan sejak akhir-akhir ni,KA selalu masuk dan singgah ke blog ni.Blog biasa aje.Tapi punyalah kreatif tuan rumah ni macam-macam dia buat.Dengan jelajah,geledah,terjah dan macam-macam lagi.Dan punyalah kuat dia membebel,sampai 1 hari boleh buat 4-5 (mungkin lebih lagi) n3.KA yang kuat jugak membebel dan dok rumah takde keja,cuma cuit sana cuit sini pun takde idea nak buat 1 n3 dalam 1 hari....


Satu jenis lagi blog yang KA masuk.Ini bukan sengaja masuk.Tapi TERMASUK.Blog ni blog orang pompuan.Bila KA baca rasa malu.Cerita mengenai diri dan suaminya (ada juga cerita yang lain-lain).Ada lucu dari segi penceritaannya dan banyak lucah dari segi pendetailannya.Faham tak???Tak apalah...Tapi punyalah ramai followers sampai dekat 300 orang,hits counter hampir 100,000 padahal baru setahun lebih berblog.Ini KA bandingkan dengan blog yang lebih kepada keagamaanlah.KA tak bolehlah nak linkkan.Kalau nak tahu carilah sendiri.


Itu cuma sedikit sahaja jenis blogs dan bloggers.Sebenarnya ada entah berapa ribu juta jenis lagi di alam cyber ni.Yang pastinya kita sebagai ibubapa yang bertanggungjawab,patut memantau anak-anak kita ketika mereka melayari internet.Selain daripada blogs,ada games,friendster, facebook,youtube dan macam-macam lagi.Anak-anak kita dan diri kita sendiri terdedah dengan pelbagai perkara yang positif dan negetif dari kemajuan ciptaan manusia.Dengan siapa anak-anak kita berchatting dalam friendster,gambar apa yang diupload dalam facebook,games apa yang selalu mereka serve hingga berjam-jam lamanya.


Memanglah kita ibubapa tak boleh memantau anak-anak kita 24jam sehari semalam,lebih-lebih lagi yang bekerja.Tetapi cuba tanamkan perasaan takut kepada Allah sedari kecik lagi.Setiap manusia pasti lakukan kesilapan dan dosa.Itu adalah fitrah manusia.Jangan sampai apa yang kita lakukan hari ini jadi satu penyesalan yang berpanjangan dimasa mendatang...


Pada KA,blogs sebenarnya adalah diri bloggers.Siapa mereka adalah apa yang mereka tulis. Peribadi mereka terserlah dari bahasa yang digunakan kerana apa yang terlahir dari jari adalah terdetik dari hati.Ini telah sering dikatakan oleh Datuk Dr.Fadhilah Kamsah.Orang yang membaca blog kita akan dapat menilai jenis apakah kita ini.Jadi untuk peringatan diri KA dan bloggers yang lain,perbaiki diri dan blog kita kerana "DIRI ANDA DALAM PERHATIAN"......

Thursday, April 15, 2010

BLOGS DAN BLOGGERS.MACAM-MACAM ADA..(1).

Salam Ukhuwah...

Dah beberapa hari KA tak buat n3 baru.Kadang-kadang memang takde apa-apa yang nak ditulis tapi kadang-kadang memang banyak nak ditulis.Cumanya,tak reti kat mana nak mula dan bila dah tulis,tak tau nak berhenti...


Dulu masa sekolah,kalau nak buat homework atau ulangkaji,kitaorang(memanglah kita,orang) akan duduk dalam satu bilik.Lebih kurang macam dining roomlah.Dalam bilik tu ada sebuah meja makan 6 kerusi dan perabut yang sangat minimalis (betul ke istilah tu).Biasanya KA akan duduk buat homework dengan kakak KA yang sulung,Noi dan yang kedua Zan.Itupun sebelum Zan gi asmara... e..ehh...asrama SMSains Kluang.Biasanya kitaorang (dah macam orang Singapor pulak...jangan mare) start lepas siap keja masing-masing kat dapor.Lepas Isya'lah lebih tepat lagi.


Kalau dah duduk berkumpul,buat keja tak mana,tapi yang banyaknya,bercakap.Yang paling banyak cakap tentulah....KA.Dengan gossip aka mengumpat.Cerita pasal 'sidia' atau 'sidia', 'Cikgu tu' dan 'Cikgu ni',suka-suka,gelak-gelak sampai tengah malam.Sampaikan Abah selalu marah."Suara orang lain,tak dengar pun.Yang dengar suara dia sorang.Bila suruh buat karangan, tak reti".Alahai...bengang betul.Tapi memang betul pun apa yang Abah cakap tu. Punyalah banyak idea masa bercakap,bila pegang pen nak menulis,tak tau menda.Sampai sekarang pun gitu jugak.Nak buat macamana dah kelebihan macam tu.Terima ajelah. Tapi sekarang,bila sesekali KA balik rumah Mak Abah kat Johor,berkumpul ramai-ramai adik-beradik,ipar-duai dengan anak-anak sedara yang dah besar-besar,suara KA juga yang tetap kedengaran.Kali ni Abah tak marahlah."Lama tak dengar suara bising-bising macam ni.Terutamanya suara Ani. Kalau dulu,suara dia aje...".Muahahaha.....


Sebenarnya KA nak tulis apa ni???OK.Kali ni KA nak bincang sikit pasal blogs dan bloggers. Sebenarnya KA ni baru celik komputer.Ini adalah satu kebenaran.Baru tahun lepas.KA yang beriya-iya suruh Yang beli komputer.Sampaikan pada hari komputer tu sampai rumah,KA ternganga-nganga dan terfikir-fikir macamanalah nak guna ni.ON dan OFF tu taulah.Yang lain-lain,KA dan Girl tengok Yang,Kakak,Abang dan By ajelah.Yang memanglah tau sebab pernah ikuti kursus kat tempat kerja.Kakak join kelab komputer masa belajar kat Maahad Darul Anuar,Pulau Melaka.Tapi Abang dengan By,tak tahulah masa mana dan kat mana dia belajar.Advance betul budak-budak ni.KA kena pantau.


Sebabnya.KA rasa malu bila terbaca tentang Tok Guru Haji Hadi.Siapa dia TG Haji Hadi???KA rasa orang PAS atau orang PR atau orang UMNO atau orang BN sekalipun,dah kenal jadi tak payahlah KA terangkan samada pernah berjumpa ataupun belum.Penerimaan terhadap peribadi TG, terpulang pada diri masing-masing.Cumanya bak kata pepatah "Tak Kenal Maka Tak Cinta" dan jangan prejudis.











Berbalik pada TGHH.Beliau telah diperkenalkan dengan ilmu IT seawal tahun 1984 lagi.Mari kita sama-sama mengikuti pengalaman beliau dari "Blog Langkap Online".










Setelah membaca pengalaman TGHH,malu rasanya.Dari tahun 1986 sehingga sekarang,berapa banyak kitab-kitab karangan TGHH yang telah digunapakai oleh Jemaah Islam.Kita,termasuk lah KA,apakah sumbangan yang dapat diberikan dengan kepandaian atau kepakaran (bagi yang pakar)kita menggunakan komputer.

Diawal n3 tadi,kan KA dah kata ,kalau nak menulis,tak tau mana nak mula dan kalau dah mula, tak tau bila nak berhenti.Ni tak masuk lagi cerita yang berkaitan dengan tajuk.Tapi KA rasa,KA terpaksa berhenti dulu kat sini sebabnya kerja-kerja kat rumah tak selesai lagi.InsyaAllah KA sambung.Bagi yang nak baca sambungannya,tunggulah n3 yang akan datang tapi bagi yang tak mahu,sila klik tanda 'X' di penjuru kanan PC anda.... muahahaha.....





Monday, April 12, 2010

RESIPI NASI TOMATO...

Salam Ukhuwah...

Hemmm.....penatnya...Apalah yang penat sangat tu KA???Taktaulah....Nak kata banyak keja... takde pun.Asyik dok riba tangan aje ni...Mungkin sebab cuaca panas sangat,tu yang jadi dok rok (tak larat).


Kelmarin dok sibuk siapkan coklat yang kawan-kawan Kakak nak beli.Dah kirim awal-awal pada Kakak sebelum balik hari Khamis.Buat pun cuma 2 jenis,macam biasa je coklat oreo dengan coklat peanut wafer.Kata Kakak kalau tak bawak,kesian pulak bila kawan-kawan datang tanya. Setakat ni,dia orang masih belum puas lagilah makan coklat tu dan Kakak pun bukannya jual banyak sangat.Tapi tak dan sejam,licin.....biar banyak mana pun Kakak bawak.Ini maknanya, Ummi kena rajin buat coklat baaaanyak-banyak....muahaha....


Hari tu KA masak daging rusa dengan Nasi Tomato.Jadi hari ni KA nak berilah resipi nasi Tomato pulak.Resipi ni KA ambik kat rumah Ummizaihadi dari Kuantan dan Ummi pulak ambik dari rumah Che De Sam.Sebelum beri resipi tu,KA nak cerita sikit.Kadang-kadang KA heranlah bila masuk rumah-rumah orang dalam blog ni yang mana setiap hari ada aje resipi baru.Rajin sungguhlah dia orang ni masak yang best-best setiap hari.KA tabik betullah.Mereka ni semua bukannya surirumah sepenuh masa.Berkerjaya dan bukan calang-calang orang.Sebabnya,KA yang duduk rumah ni pun kadang-kadang (selalu??)tak tau nak masak apa dan kadang-kadang (selalu???) malas nak masak apa-apa...muahahaha...... KA harap,insyallah akan datang,KA akan rajin seperti mereka.



Berbalik kepada resipi tadi,KA cuma copy&paste ajelah dari blog Ummi.Maklumlah...rajinnnn...
Terima kasih Ummi kerana sudi berkongsi resipi yang sedap-sedap di alam cyber ni.Insyallah akan dapat ganjaran dari ALLAH.



Penyediaan bahan-bahan untuk dimasak...




Bahan:-

5 cawan beras basmathi - cuci dan toskan.
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sudu besar marjerin/minyak sapi
5 sudu besar minyak
garam
air (ikut sukatan - 5 cawan jugak)
daun pandan/daun sup

Bahan Tumis:-

3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Memasak:-

Gunakan periuk nasi elektrik dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah tumis ke dalam minyak hingga naik bau. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambahkan air dan biar mendidih. Masukkan beras dan daun pandan. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila telah masak, kacau rata perlahan-lahan. Hiaslah dengan bawang goreng dan tabur daun sup.



Walaaa...dah siap pun.Tapi KA tak guna beras basmathi.Guna beras biasa je dan takda juga taburan daun sup dan bawang goreng.Tak ingat...





Kepada semua,Selamat Mencuba Untuk Menjamu Selera...

Saturday, April 10, 2010

RESIPI RUSA GORENG LADA HITAM...

Salam Ukhuwah....


Waaaa.....paginya KA dah masak.Kenapa hari ni terlebih rajin sangat.Takdelah.Sebenarnya lauk ni KA masak untuk makan tengahari kelmarin.Daging rusa ni,Yang dah beli dari minggu lepas lagi,tapi oleh kerana ada lauk lain yang boleh dimasak dulu,itu yang giliran rusa di tangguhkan. Sehinggakan Yang kata,kawan-kawan yang beli sama-sama dengannya dah lama jadi ****.Tapi, KA tak mau kalah.KA kata mungkin KA orang yang pertama masak daging rusa ni berbanding orang lain.



Resipi ni,macam biasalah KA ambik dari buku masakan keluaran PTS oleh Chef Hanieliza.KA gantikan dengan daging rusa sahaja dan 'mengekjas' sedikit cara penyediaanya tetapi tidaklah sehingga mengubah rasa masakan dan cara-cara yang diajar oleh Kak Liza.Seperti yang disaran kan oleh Kak Liza,resipi ini memang sesuai untuk ibu-ibu yang baru bersalin kerana ada lada hitam dalam masakan ini.Lauk ni KA 'gukan' (padankan) dengan Nasi Tomato.Sesuai ke tidak???Sendirilah cuba...



Bahan-bahan yang telah disediakan untuk di masak.






Daging rusa yang telah diperap selama 1 jam dengan bahan-bahan yang sepatutnya untuk ditumis.Cara ini telah dicadangkan oleh Chef Yang...he..he..(kata Yang,mungkin lebih sedap lagi).







Bancuhan air tepung jagung,kicap pekat dan lada hitam.






Tadaa........Dah siap pun lauk yang special ni...







DAGING GORENG LADA HITAM.


Bahan A:


500g daging rusa (dipotong kecil dan nipis)
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar tepung jagung dan 1 cawan air (dibancuh)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak zaiton - optional
garam secukupnya



Bahan B: (ditumis):KA kisar kasar dan perap pd daging.


5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar



Bahan C :(hiasan)


2 tangkai daun sup (dipotong 1 inci)
2 tangkai daun bawang (dipotong 1 inci)
1 biji tomato ( dipotong 6)
2 biji cili merah * *dihiris memanjang
2 biji cili hijau *



Cara membuatnya:


1.Panaskan minyak dan tumis daging yang telah diperap dengan bahan dikisar kasar tadi.

2.Goreng daging tadi sehingga lembut dan empuk.

3.Masukkan bancuhan air tepung jagung,kicap pekat dan lada hitam yang dikisar kasar.

4.Masak sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.

5.Angkat dan hidangkan dengan Nasi.


Selamat mencuba untuk menjamu selera....















Friday, April 9, 2010

KEM REMAJA ISLAM NISA' 2010...

Salam Ukhuwah....


Dah hampir seminggu KA tak menulis.Bukannya sebab banyak kerja atau pun merajuk,tapi tak tahu apa yang perlu ditulis walaupun banyak yang nak ditulis dan dikongsikan.Pada awalnya memanglah terasa sedikit sedih kerana telah dikomen pada n3 yang lepas tetapi KA sungguh tak sangka ada seorang bekas pemberita,dari majalah yang tersohor,mempunyai blog yang beratus followers,sifu mendecorate kek lagi dengan ikhlasnya telah memberikan komen yang boleh KA jadikan satu motivasi bagi blogger yang baru merangkak seperti KA.Dari tulisannya,beliau memang seorang yang banyak pengalaman.Almaklumlah pernah bercampur dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.Terima kasih KA ucapkan kepada Kak Jun daripada 'Cupcakekasih'
kerana telah sudi menjengah 'teratak' KA dan nasihat yang diberi.



Kepada kawan KA yang telah memberikan komen,sesungguhnya KA telah pun memaafkannya.
Walaupun tadi KA ada terjumpa dengannya dan terniat di hati ingin bersalaman,tetapi belum sempat bertemu,kawan KA tu telah pun berlalu.Mungkin dia terburu-buru,bimbang 'Asar yang semakin cemburu.



Oklah,kita tinggalkan dulu pekara yang telah pun berlaku dan semoga ianya boleh dijadikan iktibar buat KA dimasa mendatang.


Dalam n3 yang lepas,KA ada bercerita sikit tentang Kem yang KA sertai,bukan sebagai peserta tetapi sebagai 'orang dapur'.Sebenarnya 'Kem Remaja Islam Nisa' 2010' ini telah diadakan 3 hari sebelum berakhirnya cuti sekolah baru-baru ini.Tetapi barulah hari ini KA ada masa untuk me nayangkannya di sini.


Program telah bermula dari Khamis petang dan berakhir pada tengahari Sabtu.Pelbagai acara telah disusun atur seperti Solat berjamaah,Kuliah Maghrib/Subuh,Qiamulail,Latihan Dalam Kumpulan, Muhasabah Diri,Redah Malam,Embun Hidayah,Bersuka Ria dan pelbagai lagi.


Sambutan yang diterima adalah begitu menggalakkan.Disertai 50 orang peserta awal remaja berumur 9-15 tahun.Diharap para peserta yang menyertai kem ini akan menjadi remaja yang bersyakhsiyyah tinggi dan berakhlak mulia.


Hari pun dah lewat malam,jadi KA rasa biarlah gambar-gambar yang di bawah ini berbicara dengan sedikit penerangan dari KA.Sebelum KA mengundur diri sambutlah ucapan 'Selamat Beradu' dan jangan lupa baca do'a dulu.....










Peserta sedang menikmati sarapan pagi selepas slot 'Embun Hidayah'.













Latihan Dalam Kumpulan.













'Interaksi Dengan Alam'





Sempat lagi berposing dengan Kakak Fasi.





Malam Kesyahduan.




Redah Malam.




Pn Hajjah Siti Zalehah Bt Mohd.




Ketua Nisa' Cawangan Gong Pasir,Pn. Zanariah Bt Ibrahim.



Slot yang terakhir selepas Redah Malam.




Seperti tiada tumpuan apabila kebanyakan peserta kelihatan mengantuk.



Huuuuwaaaa.....ngantuknya....











Saturday, April 3, 2010

PERLUKAH KEMAAFAN.....?????

Salam Ukhuwah...

KA adalah seorang yg baru dlm dunia berblogging ni.Baru lebih kurang 3 bulan.Blog KA pun baru ada 3 followers.Dalam satu hari cuma ada 4-8 orang saja yang online.KA selalu cakap dengan Kakak,"Yang baca blog Ummi ni mungkin orang-orang yang tak sengaja termasuk dan terbaca".KA cuma ada beritahu pada beberapa orang kawan-kawan sahaja.Dan kebanyakan mereka mungkin tak ada talian internet kat rumah.Macam awal-awal dulu lagi,KA dah beritahu yang blog ni adalah tempat di mana KA mencurah rasa hati dan apa yang KA lalui dan yang akan dilalui bersama-sama Yang,anak-anak,keluarga dan masyarakat.Ianya untuk dijadikan tatapan KA dan anak-anak dimasa akan datang.Macam sebuah Diari. Kalau dulu-dulu masa remaja,KA suka tulis diari.Dalam tu KA tulis macam-macam.Lebih kepada curahan rasa hati.Siapa yang KA suka,budak lelaki mana yang selalu kutuk KA tapi lepas tu terhegeh-hegeh tulis surat kata sukakan KA,bila Mak marah,bergaduh dengan adik beradik dan semuanya.


Tapi diari tu KA akan sembunyikan bawah katil.Takut kalau ada adik- beradik KA yang terbaca. Sampaikan kakak KA kata "Tulis semua dalam kepala,buat apa tulis dalam diari kalau takut orang lain baca."Memang betul pun....

Hari ni,seorang blog reader KA telah memberikan komen secara terbuka tentang gambar yang KA masukkan dalam blog.Sebelum KA published gambar tu,KA dah mintak izin tuan punya badan dan dia tak kisah.Tapi pagi tadi bila dia baca blog KA, dia suruh remove gambar tu.KA tak kesah dan akan delete gambar tu tapi lepas balik dari mesyuaratlah sebab dah terlewat nak pergi.


Apa komen reader tu...???Dia beritahu,anak-anak dia kata,"Kesian Pakcik *****".Atas keperihati nan itu KA terima.Mungkin ada yang tertanya-tanya,gambar apa???Bukan gambar yang patut dicensored pun sebab bukan gambar yang menampakkan aurat apatah lagi gambar lucah.Tapi yang menyebabkan KA terasa hati bila reader tu beritahu,suami dia kata,"Nasib baiklah KA bukan isteri dia".Waaa......satu statement yang begitu berani.Tapi KA tak heran kalau itu yang dikatakan oleh suami reader tu sebab kadang-kadang kita suami-isteri memang lebih terbuka bila bercakap.Yang mengherankan KA,kenapa sebagai seorang isteri,dia tak tahu mana satu kerahsiaan.Kenapa dia perlu beritahu apa yang suami dia cakap.Tak terfikirkah dia bahawa itu mungkin akan menyebabkan orang yang mendengar berasa kecik hati.


KA sedar kekurangan dan keburukan diri KA berbanding isteri dia.Tapi apa kelebihan diri suami tu berbanding Yang sehingga dia boleh terfikir dan berasa bernasib baik KA bukan isteri dia . Mungkin dari segi harta dan pangkat,dia memang lebih dari Yang.Tapi Yang juga ada keistimewaan.Bukan dari segi 'kegagahan'sebab itu perkara subjectif dan sensitif.Tapi dari segi ...... takpelah.Biarlah Rahsia.


Mungkinkah reader itu akan membaca apa yang KA tulis hari ni???Adakah dia akan terasa hati sebagaimana KA???Bukan tujuan KA hendak membalas...tapi inilah cara KA untuk melepaskan kebukuan di hati.KA tak akan beritahu pada Yang kerana reader tu kawan KA.Tak mahu Yang beranggapan yang bukan-bukan pada diri dia dan suaminya.Mungkin juga Yang pun tak akan tahu apa-apa sebab Yang pun bukannya rajin baca blog KA.Kalau Yang tahu pun sebab dia terbaca.


Yang menjadi masaalahnya sekarang,Perlukah Kemaafan???KA atau dia.....