Sunday, November 27, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433.....DAN SELAMAT PENGANTIN BARU....


Salam Ukhuwwah....





Dalam kita sibuk menjalani kehidupan seharian,sedar tak sedar dah setahun masa berlalu meninggalkan kita.Umur kita semakin meningkat,tapi amalan kita...????Hanya kita aje yang tahu samada terus meningkat atau jatuh merundum...Bagaimana dengan azam kita pada setiap Tahun Baru Hijrah....???

Semoga pada tahun ini azam yang tak dapat KA laksanakan atau yang separuh jalan,dapat disempurnakan dengan ikhlas semuanya kerana Allah.Insyallah.

Kelmarin,Sabtu 26.11.2011.KA,By,Girl dan Adik sempat menghadiri Majlis Perkahwinan Cikgu Mas yang telah bertemu jodoh dengan seorang Ustaz.Cikgu Mas dan Ustaz adalah tenaga pengajar di sekolah Girl iaitu Sekolah Rendah Bersepadu Zainal Abidin,Dungun,Terengganu.

Majlis untuk 2 beradik iaitu Cikgu Mas dan Kakaknya telah berlangsung dalam cuaca yang begitu baik

Buat Cikgu Masturina dan Ustaz Fadhli,doa KA semoga jodoh mereka dalam Rahmat Allah dan kekal hingga JannahNya....Insyallah. 



                                                   

Dan selepas balik dari Jamuan,KA terus ke rumah seorang kawan yang telah menempah 'Tart Cocktail' lebih 2 minggu lepas.AllahuRobbi.Kesian pulak pada orang yang tengah mengidam....Buat Za,jangan seriklah bila nak tempah lain kali...muahahaha.....


                                                            





Wednesday, November 23, 2011

BY SUKA SANGATLAH.......


Salam Ukhuwwah.

Malam Selasa,masa kat dapur,KA cakap sorang-sorang,"Esok nak masak Nasi Ayam,Insyallah" sambil keluarkan ayam yang kerasbeku dari freezer.Masa KA cakap tu,Adik ada kat dapur.Dia pun jalan masuk dalam.Sampai kat dalam,dia duduk dekat sebelah Abang.Dengan nada mengejek dia cakap,"Esok nak masak Nasi Ayam,Insyaawwah".Sellok (ketawa terbahak-bahak) Abang dengan By ketawa.Boleh dia ejek Ummi dia macam gitu.....???

Dan yang paling suka sangat bila KA nak masak Nasi Ayam ialah By.Maklumlah orang duduk asrama. Kalau masa Kakak duduk asrama hari tu,bila KA masak yang sedap-sedap sikit bila Kakak nak balik rumah,Girl akan bunyi "Mentang-mentanglah anak kesayangan Ummi nak balik,Ummi masak sedap-sedaplah...".Anak.....anak.....Ada aje yang dia orang tak puas hati......

Dan esoknya,lepas kemas rumah dan sidai kain baju yang bertambun membukit,maka operasi yang diejek oleh Adik pun bermula....

Masa KA sedang masak,sekejap-sekejap Adik masuk dapur tanya dah siap masak ke belum.Selang beberapa waktu,tanya pulak,tanya pulak.Setiap kali Adik tanya,KA akan jawab,"Dok agi...dok agi...". Agaknya dia boring bila tanya asyik tak siap lagi,dia boleh kata "Lamanya Ummi masak.Dari tadi Adik tunggu.Lapar doh ni.....".Muahahaha.....Semalam boleh dia ejek kita.Pastu dia yang tak sabar-sabar nak makan.....


Oklah kita jamu mata ajelah sebab resepi ni,biasa-biasa je.Takde yang istimewanya.....














Monday, November 21, 2011

SAYUR KINCAM / SUP TELUR


Salam Ukhuwwah...

Cuti sekolah dah bermula,
Mak-mak dah start pening kepala,
Wahai anak-anak,janganlah gi tak tentu hala,
Baik tolong mak kat rumah,kan dapat pahala.......

Sebelum KA membebel pasal anak-anak KA yang dah start cuti panjang,baiklah KA terus ke resepi hari ni.....

Sayur Kincam atau Sup Telur ni bukanlah lauk yang KA masak hari ni tapi dah beberapa minggu yang lepas. KA lambat masukkan resepi ni sebab tak jumpa wire/jumper/entahapakenamadia untuk transfer gambar dari camera ke komputer ni.Dan oleh kerana hari ni agak terlebih masa santai tanpa gangguan sesiapa,maka bolehlah KA duduk dengan selesanya di depan sini untuk menaip resepi....

Dulu-dulu,lauk ni biasanya Mak KA masak masa hari panas.Sedap kalau nak menghirup kuah.Dan kalau Mak KA masak,tentu punya penuh satu periuk.Selain dari lauk kegilaan semua,ianya amat senang dan cepat untuk dimasak.Budget pun murah.Sesuai untuk anak ramai,lebih-lebih lagi akhir-akhir ni 'ORANG' suka-suka nak naikkan harga barang tanpa beritahu dulu.... 
                                                                                                                 Dan hari ni,KA pun suka sangat masak lauk ni,sebabnya samalah seperti yang di atas............Tapi resepi yang KA tulis kat bawah ni dah terderhaka sikitlah dari resepi Mak dan untuk sesiapa yang nak masak sikit.Kalau KA masak,dah tentu penuh satu periuk dan habis sekelip mata........muahahaha.




                                      
RESEPI SAYUR KINCAM/SUP TELUR.

Bahan-bahan:

6 biji bawang merah ( dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
3 biji kentang (dipotong 4/6)
3 biji telur.
200 g udang basah
25 g cendawan kering *
25 g tauhu kering *
40 g bunga jantung pisang kering *(nama sebenar KA tak tahu)
15 g suhun *
*rendam hingga lembut dan toskan airnya.
1/2 batang lobak merah (hiris memanjang)
1/2 biji tomata yg besar (didadu kecil)
2 sudu besar serbuk pati ayam (jika suka)
2 liter air
garam dan gula secukupnya
hirisan daun sup dan daun bawang 
bawang goreng

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  3. Masukkan air,kentang dan bahan yang telah direndam.
  4. Biarkan mendidih dan kentang empuk/masak.
  5. Masukkan serbuk pati ayam,garam dan gula secukup rasa,lobak merah,tomato dan udang basah.
  6. Biarkan mendidih sebentar.
  7. Perlahankan api dan pecahkan telur sebiji-sebiji.
  8. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
  9. Sebelum dihidangkan,taburkan hirisan daup sup/bawang dan bawang goreng.





Kepada semua, "Selamat mencuba untuk menjamu selera....."



***Kalau Kakak yang kat Joden dah lulus masak lauk ni.......bolehlah kita 'berbincang'......

Sunday, November 20, 2011

SAKITNYA...


Salam Ukhuwwah.

Dah agak lama KA tak update blog.Dah dekat sebulan rupa-rupanya.Alasan yang munasabah memang tak ada.Cumanya,buat-buat sebok mengalahkan isteri 'PEE EM'.
                                                                                                                                                           2/3 hari lepas KA sakit gigi.Punyalah sakit hanya Allah saja yang tahu.Sakit yang berterusan sampai tak ada break sikit pun.AllahuRabbi.Tak pernah KA rasa sakit macam gitu.Start sakit pada petang Khamis.Ingatkan legalah lepas tu.Tapi tak.Padahal KA baru aje tampal gigi tu hari Isnin.Bukan tampalan biasa,tapi Doktor masukkan kapas yang dicampurkan ubat ke dalam lubang gigi.

Pukul 11 pagi Jumaat tu dah tak tahan sangat sakit,ajak Yang cari klinik gigi.Hari Jumaat,mana ada klinilk yang bukak.Sepanjang hari Jumaat,KA rasa KA dah makan Paracetamol yang terbanyak sepanjang hayat ni.Selang 4 jam KA akan makan 1-2 biji.Berkomor air garam lagi.Masukkan dalam lubang,kapas yang dah dicelop dengan gambir Sarawak.Tapi sakit tu tak hilang-hilang jugak.Sepanjang malam tidur sekejap-sekejap aje.Doa pada Allah jangan cakaplah.

Pagi Sabtu,awal-awal lagi KA dah ajak Yang cari klinik lagi.Pergi Klinik Pergigian Ehsan kat Sura Gate.Sebelum pergi klinik,KA makan lagi Paracetamol untuk tahan sakit.Dan KA terpaksa berbohong pada Doktor yang KA sakit sikit-sikit je sebab kalau sakit sangat,Doktor tak akan cabut gigi KA.Macamana KA nak bertahan lagi.Oh tidak.........

Oleh kerana KA dah berbohong pada Doktor,sampai hari ni KA masih rasa sakit pada bahagian kanan kepala.Ya Allah.Tapi taklah rasa sakit sangat macam hari Jumaat....

Apa-apa pun,Alhamdulillah sebab Allah dah hilangkan kesakitan tu.Semoga Allah dah hapuskan banyak dosa-dosa KA.....Amin.

*Yang kata "Sorrylah.Abang tak tahu nak buat macamana..."


*Adik kata "Sabar Ummi,nanti baiklah,macam Adik..."


*By kata "By tengok 2 hari ni Ummi macam sakit je..."






Friday, October 28, 2011

CUKUP SEBULAN.....HAPPY BELATED BIRTHDAY,KAKAK....


Salam Ukhuwwah.

Hari ni cukup 1 bulan belated birthday Kakak.Sebulan yg lepas,KA tak sempat nak buat n3 untuk ucapkan Selamat Ulangtahun yang ke-19 tahun buat Kakak.Macam n3 lepas,KA dah kabo,punyalah sebok...............  sampai tak ada masa nak duduk depan komputer lama-lama untuk update blog.

Banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam masa yang suntuk.Selain dari kerja harian 'DO' (Dapur Officer), KA juga seorang SUPIR.Hantar dan ambik anak-anak sekolah,dari pukul 7.30 pagi-3 petang.Pada belah petang,kerja-kerja untuk lain pulak yang kadang-kadang 'last minute' baru diberitahu.Tapi tak kesahlah sebab   kita yang 'buat' maka kita yang dapat 'ganjarannya'.


Lepas Jumaat tadi,Yang telah bertolak ke IKBN Kemaman.Ada Sukan 4 Penjuru PETRONAS GAS dr 28-30hb Oktober 2011.Seperti tahun-tahun yang lepas,Yang akan sertai sukan Badminton dan Ping pong . Tapi setahun dua ni,Yang masuk dalam ketegori Veterenlah.Oklah tu.Kalah menang,kemudian cerita sebab yang penting penyertaan.
                                                                                                                                                     Selama kawin,KA tak pernah pergi tengokYang main atau lawan badminton atau ping pong.Walaupun berkali-kali Yang ajak.Rasa-rasanya macam buang masa aje KA pergi mendangok kat Dewan.Baik duduk rumah buat kerja atau mengadap 'mukabuku' atau 'bertandang' ke rumah 'sahabat maya'.Tapi pada perlawanan yang lepas,Yang bersungguh ajak.Maka dengan separuh hati KA pergilah dengan Adik.Dan hari tu,PETRONAS GAS KERTEH jadi juara untuk Badminton Veteren. Mungkin Yang bersemangat sebab KA beri sokongan moral pada dia.Muahahaha... Tapi kali ni tak tahulah pulak.


Berbalik pada Birthday Kakak yang dah terlewat.Masa birthday Kakak pada 28 September 2011,Kakak tak ada di Malaysia.Dia dah dapat pergi ke 'SANA'.Kemana??? JORDAN untuk sambung belajar dalam Kursus Bahasa Arab.Walaupun dah besar-besar,KA takdelah buat sambutan,tapi masa kat sana,kawan-kawan senior ada buat 'surprise party' untuk dia.Terharu katanya sebab ada orang yang tahu birthday dia.Agak-agaknya hilanglah jugak rindu dia pada Malaysia....


Kakak fly ke Jordan pada hari Ahad 11/9/2011 bersamaan 13 Syawal 1432 pukul 3 petang.Kami pergi sehari lebih awal dan singgah bermalam kat rumah adik KA di Seremban.Keesokan harinya,bertolak dari Seremban Ke KLIA awal pagi sebab perlu berkumpul di sana untuk urusan selanjutnya pada pukul 11 pagi.


Sebenarnya kumpulan Kakak yang bertolak ke Jordan seramai 17 orang.Dan hanya Kakak seorang saja yang pergi terus ke KLIA.Yang lain-lain semuanya dari Kuala Terengganu.Sebabnya......Kakak bawak lebih muatan.Muahaha.......


Sebelum KA tunjukkan gambar-gambar masa kat airport,untuk Kakak...walaupun dah lewat sebulan, Ummi,Abah dan adik-adik ucapkan Selamat UlangtahunYang KE 19.Moga Kakak sentiasa dalam peliharaan dan Rahmat Allah.Belajarlah bersungguh.Allah dah tetapkan rezeki Kakak kat sana dan semoga ianya akan menjadi pendorong buat adik-adik yang lain.Jagalah diri dan akhlak.Alam dewasa Kakak akan terbentuk di 'SANA' dalam pantauan ALLAH.Insyallah.






 Ke Seremban.





 Penat sampai tertidur.



 Antara yang menghantar Kakak.


Begitu banyak barang Kakak.




Mereka yang satu kumpulan dengan Kakak




Untuk menghilangkan boring.Main troli.






Alas perut dulu.Laparlah sangat.




Babak sedeh bermula.








Adik sedeh sangat bila dapat cakap dengan Kakak.



Kami semua saaaaaa............yang Kakak.Mmmmmuah.


*Sampai hari ni,Adik masih tak dapat terima yang Kakak dah tinggalkan dia untuk pergi belajar kat Jordan.


**Dari sejak Adik lahir,Kakak duduk kat asrama.Adik tak berapa rapat dengan Kakak.Tapi lepas Kakak habis STAM dan duduk rumah agak lama,setiap hari bila KA ambik Adik dari PASTI,kalau Kakak tak ikut tentu dia sebok tanya mana Kakak.Suka sangat dia kalau Kakak gi ambik dia...


***Hari ni kalau Kakak telepon nak cakap dengan Adik,dia akan cakap "Adik malas nak kawan ngan Kakak.Sapa suruh Kakak gi Jordan".Tapi bila dia cakap dengan Kakak,dia akan cakap "Adik saaaaayang.....Kakak.Bila Kakak nak balik rumah???Adik nak tidor ngan Kakak".


****Setiap kali bila Adik nangis kalau KA marah,"Kakaaaaak......Ummi buat................Baliklah Kakaaaaak........".Sayu pulak KA dengar.











Friday, October 21, 2011

PUNYALAH SEBOKKKK......


Salam Ukhuwwah.

Alahai seboknya.....KA sampai tak sempat nak 'mengemas rumah'.Kesian sunggoh pada mereka yang tersinggah atau yang sengaja singgah kat sini.Bukanlah sebok sangat sampai tak sempat nak jengah rumah sendiri atau pun jalan-jalan kat rumah orang.Sempatttt......tapi sekejap-sekejap aje.

Setiap kali 'masuk rumah' KA,anak KA iaitu Girl akan tegor."Sampai ceroh ar Ummi ngan lagu Raya. Raya lepas lama doh.Tukor ar lagu lain..."muahahaha......

InsyaAllah ada masa KA tukar lah.........


Friday, September 16, 2011

ALHAMDULILLAH...........

                   


            

Salam Ukhuwwah.                                                                                                      

Masih belum terlambat untuk KA ucapkan SELAMAT BERHARI RAYA,kepada mereka yang sudi singgah  membaca di sini...

Macamana dengan Ibadah Puasa yang baru berlalu.Ada peningkatan atau penurunan???Dah selesai Puasa 6 Syawal???Masih ada berbaki 13 hari lagi untuk kita rebut peluang yang datang cuma setahun sekali. Macamana pulak dengan empunya diri yang sibuk bertanya tu???Muahahaha.....

Semua urusan yang penting sepanjang bulan Puasa dan Raya telah pun sempurna diselesaikan.Berasa juga kelam-kabut sikit.Tapi Alhamdulillah.Bila semua pergantungan kita serah pada Allah,Insyallah pertolongan dariNya akan kita rasakan.

Tapi hari ni masih tak boleh nak bercerita panjang.Banyak cerita yang nak dicatitkan dalam diari umum ni. Insyallah kita jumpa lagi dalam waktu yang terdekat.




*hari ni ada lagi Jamuan Raya yang diadakan.Kali ni kat Surau Kubur Gong Pasir pulak.Macamanalah nak habis puasa 6 ni.muahahaha....



Monday, August 8, 2011

ALLAH.....PERMUDAHKANLAH.


Salam Ukhuwwah...

Hari ni Yang cuti sebab Kakak akan ke Besut untuk kursus BTN.Jadi pagi tadi KA,Yang dan Adik pergi hantar Kakak ke Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.

Pada awalnya Yang ambil cuti sebab nak hantar Kakak terus ke Besut tapi Alhamdulillah rupa-rupanya Ustaz Man dari JHEANT yang menguruskan Kakak dan pelajar-pelajar lain dari awal untuk ke'sana' telah berusaha menyediakan bas dari JHEANT.Walaupun ada sebilangan pelajar (tidak termasuk Kakak)yang diuruskan oleh Ustaz Man telah mendapat tajaan dari Yayasan Terengganu,tetapi tiada apa-apa usaha yang dilakukan untuk membawa pelajar tajaan mereka ke Besut.Begitu juga dengan pelajar tajaan Maidam.Mereka pergi dengan kenderaan masing-masing.

Ada antara mereka yang telah berkumpul sebelum pukul 11 pagi lagi dan bertolak lebih kurang pukul 12 lebih.

Selepas bas bertolak,Yang dan KA sempat berbual-bual dengan Ustaz Man dan ibubapa seorang pelajar.Banyak info yang kami dapat dari perbualan tadi.Oleh kerana Kakak tidak mendapat tajaan dari mana-mana pihak,KA mengharapkan agar Ustaz Man boleh tolong menguruskan Kakak dan beberapa pelajar lain dengan pihak Yayasan dalam semua proses sebelum berangkat ke'sana'.KA dan Yang tak ada pengalaman dalam semua urusan ni sebab ini adalah kali pertama.

KA mengharap do'a dari semua agar Allah mempermudahkan segala-galanya.Amin.....


Saturday, August 6, 2011

RESIPI AYAM PERCIK...

Salam Ukhuwwah...

Hari Rabu baru-baru ni,By telepon dari sekolah.Dia nak suruh KA hantar lauk Ayam Panggang. Terlior kata By.Masa dia telepon tu dah nak Asar.Apa dia ingat Ummi dia ni ada kedai Ayam Panggang ke nak order tak kira masa dan ketika...KA kata ke By,nanti hari Khamis bila dia balik rumah,InsyAllah Ummi buatlah.

Jadinya,semalam KA pun masaklah Ayam Percik.Sebenarnya dia bukannya kira Ayam tu masak apa-apa pun.Janji... ayam.

KA gunakan resepi dari Kak Hanieliza Kerteh.Salah seorang blogger masak-memasak yang tersohor tu...Dan resipi ni memang sedap.Girl kata puasa kali ni Ummi masak sedap-sedap. Sebab tu dia suka sangat puasa.Siapa lagi nak puji kalau bukan anak sendiri...muahahaha....



AYAM PERCIK

Bahan-bahan:

2 kg ayam (dipotong 8)
3 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula
1 sudu teh halba
1 1/2 sudu teh garam

Bahan mesin halus:

20 tangkai cili kering ( 3 sudu besar lada kisar)
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara memasak:

1.Basuh ayam bersih.

2.Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin,santan,halba,air asam jawa,garam dan gula sehingga sederhana masak (kuah tinggal sedikit).Tetapi pastikan segala rempah telah sebati dengan ayam.

3.Susun ayam ke dalam loyang dan panggang atau grill dalam oven pada suhu 170-200 C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.

4.Hias dengan salad dan timun dan boleh dihidangkan.

Dan petang ni By nak balik semula ke asrama.Dia nak KA masak ayam lagi.Tak apa, kita 'GOOGLE' lagi....

Kepada semua,'Selamat mencuba untuk menjamu selera...'


AAYAM


Friday, August 5, 2011

PERSEDIAAN UNTUK KE'SANA'...


Salam Ukhuwwah...

Selamat berpuasa hari yang ke-5 kepada semua.Hari ni KA buat n3 bukanlah sebab nak masukkan menu berbuka puasa atau bersahur.Tapi lebih kepada sembang-sembang santai sebab 'ter'ada masa lebih pagi-pagi hari ni.Dan KA pun bukannya macam blogger tegar masak-memasak yang rajin memasak lauk-lauk yang canggih-manggih setiap hari.Cumanya resipi biasa-biasa yang anak-anak mintak.Baru masuk hari yang ke 5,KA dah tak tahu nak masak apa.Tapi tak apa,kita 'goooooogle' aje resipi dari internet.

Kita sembang santai yang lain pulak.

Kalau ada yang masih ingat n3 KA mengenai MEDICAL CHECK-UP,ini adalah sambungannya.


Baru-baru ni Kakak dah dapat surat dari JABATAN PENGAJIAN TINGGI (Bahagian Education Malaysia) untuk ikuti KURSUS KENEGARAAN MAHASISWA PELAJAR-PELAJAR KE LUAR NEGARA.

Kursus akan diadakan pada 8-12 Ogos 2011.Bertempat di Kem Bina Negara Besut,Terengganu.
Lebih kurang 109 orang akan ikuti kursus ini yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara,Jabatan Perdana Menteri.

KA katakan 'lebih kurang' sebab ada beberapa orang kawan Kakak yang akan atau terpaksa menolak tawaran ini atas sebab-sebab tertentu.Oleh kerana kursus ini dikira 'WAJIB',jadi bagi sesiapa yang gagal mengikutinya akan mengakibatkan permohonan pelajar tersebut tidak akan diproses dan pelajar tidak dapat meneruskan pengajian ke Universiti di Timur Tengah.

Kalau pada tahun 1984,Kakak KA iaitu Zan ada juga ikuti kursus persediaan pelajar untuk ke luar negara (USA) di Kuala Lumpur.Dan KA temankan dia sama-sama masuk ke dalam dewan (Cewah...sekurang-kurangnya dapat juga KA merasakan betapa PERGHHH...nya kalau dapat gi over-sea.Tapi nak buat macamana,malas belajar...muahahaha...)Tapi seingat KA taklah lama sangat sampai makan masa 5 hari.Dan tak adalah orang kata kursus yang mem'brain-wash' kan.

Tapi sekarang ni,macam-macam cerita buruk tentang kursus anjuran BTN ni boleh didengar.Samada dari Cikgu-cikgu atau pegawai kerajaan lain yang telah ikutinya.
Apa-apa pun,KA akan tunggu cerita sebenarnya dari Kakak.InsyAllah.Sebab tak baikkan kalau kita berburuk sangka.

Kepada Kakak dan anak-anak lain yang akan pergi ke kursus ini,Ummi ucapkan 'SEMOGA BERJAYA'.Kalau 'foundation' dah kukuh,'bangunan' tak akan runtuh.InsyAllah...



Monday, August 1, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN 1432H.


Salam Ukhuwwah...

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk melaksanakan Rukun Islam yang ketiga pada tahun ini.KA mengharapkan agar ini bukanlah Ramadhan yang terakhir tetapi Ramadhan yang terbaik buat KA,Yang dan anak-anak....

Dikesempatan ini,KA ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh alam maya ini...

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...


Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Setiap amalan anak Adam akan digandakan di mana satu amalan kebaikan akan digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda, kecuali puasa.

Kelebihan Puasa

Allah berkata; 'Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu'. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi". (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu".
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)




Friday, July 8, 2011

BERSIH 2.0


Salam Ukhuwwah yang BERSIH.



Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk menuntut hak kita di dalam pilihanraya yang BERSIH & ADIL.

Apakah tujuan diadakan BERSIH 2.0 yang dianggap KOTOR oleh KERAjaan yang memerintah Malaysia pada hari ini.Tujuannya adalah untuk memBERSIHKAN PILIHANRAYA dan KEMBALIKAN HAK RAKYAT.Itu aja.Susah ke???

Tuntutan BERSIH dan BERSIH 2.0 adalah:

[/] BERSIHKAN SENARAI PENGUNDI.
[/] MANSUHKAN UNDI POS.
[/] PENGUNAAN DAKWAT KEKAL.
[/] AKSES MEDIA BEBAS DAN ADIL.
[/] TEMPOH KEMPEN MINIMA 21 HARI.
[/] KUKUHKAN INSTITUSI AWAM.
[/] HENTIKAN RASUAH.
[/] HENTIKAN POLITIK KOTOR.

Dijangkakan dan adalah diharapkan 300,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat yang mewakili pelbagai pertubuhab NGO dan ahli serta penyokong parti-parti politik yang dianggap pembangkang.

Sejarah sentiasa berulang.Kalau pada zaman sebelum MERDEKA,Sayap Kiri yang terdiri daripada PKMM, API,AWAS,PUTERA,MDU (MALAYAN DEMOCRATIC UNION)JSFTU (JOHORE STATE FEDERATION of TRADE UNION)-yang mempunyai keahlian seramai 300,00 orang buruh seluruh Malaya dan pelbagai lagi gerakan politik pada masa itu menuntut demokrasi dari penjajahan kolonial.

Dan kita hari ini menuntut keadilan dalam pilihanraya supaya kerajaan yang akan memerintah Malaysia pada masa akan datang adalah lebih ADIL dan TELUS.

Perhimpunan Aman pada hari ini hanyalah untuk menyerahkan MEMORENDUM kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara pada pukul 2 petang.

Benarlah seperti kata-kata A.Samad Said di dalam Sajak terbaru beliau PELUDAH WARNA: "KERANA NIKMAT AMAT LAMA BERKUASA, KUASA PUN SEOLAH MENJADI HARTANYA".

Dan sejarah juga pernah merakamkan peri pentingnya penggiat sastera dalam membangkitkan semangat MERDEKA.Dan kini KA dapat rasakan SEMANGAT ITU....


Kepada Yang,yang kini Insyallah berada di KL bersama sahabat Jamaah dan kepada semua Kepimpinan,ahli dan penyokong yang membawa satu tujuan,perbetulkanlah niat kita,kuatkan semangat,tabah dalam menghadapi apa juga kemungkinan.KA dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian.Moga apa yang kita perjuangkan hari ini akan beroleh kejayaan dunia,Redho ALLAH dan JANNAHNya. InsyaALLAH...







Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI CIKGU 2011...

Salam Ukhuwwah.



Dikesempatan ini KA nak ucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua cikgu-cikgu yang telah memberikan ilmu dunia dan akhirat dari KA kecik hinggalah tua-tua macam ni.


Juga kepada kakak KA iaitu Zan,adik-adik Lon dan Lin,anak sedara,Mawaddah,biras KA iaitu Kak Long dan semua kawan-kawan KA yang telah Allah rezekikan kepada mereka menjadi seorang pendidik.Jadilah pendidik yang ikhlas mencurahkan segala ilmu yang dapat memberi manafaat kepada semua.Juga pendidik yang akan dikenang oleh semua anak-anak didik sebagai seorang yang mulia akhlaknya.Bukan dari sifat-sifat yang buruk dan dibenci mereka.


Tak lupa juga kepada Mak dan Abah yang juga KA anggap sebagai pendidik yang pertama, dulu,kini dan selamanya dalam hidup KA.Abah dan Maklah yang mengenalkan kalimah-kalimah Al-Qur'an kepada KA dan semua adik-beradik sehingga KA boleh mengajar semua anak-anak KA.Insyallah anak-anak KA akan mengajar anak-anak mereka pulak.Betapa besarnya pahala Mak dan Abah jika ianya berterusan hingga ke anak cucu keturunan yang lain.Insyallah.


KA dan Yang pun Insyallah akan cuba menjadi pendidik yang sebaik mungkin kepada anak-anak kami,sebab sebagai ibubapa,kita bukan membela anak-anak tetapi mendidik mereka.Moga Allah membantu kami dalam usaha ini.

Kepada semua cikgu-cikgu dan warga pendidik,moga mendapat Rahmat Allah dalam menjalankan amanah ini...



Wednesday, April 20, 2011

MEDICAL CHECK-UP...


Salam Ukhuwwah.

Pukul 7.30 pagi tadi,Kakak pergi buat medical check-up kat Hospital Dungun.Kakak pergi dengan Teh (mak sedara kakak,adik Yang).Aunty As (mak sedara baru,adik ipar Yang)yang hantar on the way dia nak pergi kerja.KA tak dapat hantar sebab nak hantar Adik pergi sekolah dulu.Nanti lambat pulak.
Kata Kakak,punyalah lama dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 12 tengahari baru siap.KA kata kat dia memanglah macam gitu.Kalau pergi lewat dan ramai orang,lagilah lambat siap.

Dia kata,lapar giler.Apataknya.Masa pagi sebelum pergi,KA dah ingatkan Kakak suruh dia siap awal-awal.Makanlah apa-apa buat alas perut.Tapi jenis buat kerja 'mmmetek'(dalam bahasa Tengganu iaitu lambat),jadi tak sempatlah nak makan apa-apa.

Tapi masa KA ambik Kakak lepas ambik Adik kat Pasti tadi,KA bawakkanlah dia Nasi Goreng Lada Hijau dan air Mangga Sunquick.Tak menyempat,makan terus dalam kereta.Padahal dari rumah ke hospital tak sampai 10 minit.Kesian dia lapar.Hati Ummi...gitulah...

Sebab apa Kakak buat Medical Check-up awal sangat???Haaaa.... yang tu cerita lain kali pulak...



Thursday, April 14, 2011

SUKAN PASTI DUN RANTAU ABANG 2011


Salam Ukhuwwah.

Hari Sabtu lepas 9.4.2011,telah diadakan sukan bagi seluruh Pasti di DUN Rantau Abang. Antara permainan sukan tahunan yang dipertandingan ialah Bola Sepak dan Bola Jaring. Disamping itu ada juga beberapa acara sukaneka. Bagi Pasti Qaryah Gong Pasir,hampir kesemua pelajar yang terlibat dalam sekurang-kurangnya satu acara.Kalah menang bukan matlamat tetapi penyertaan semua pelajar yang diutamakan.

Anak KA,Adik pun ada menyertai satu acara iaitu 'mengisi air dalam botol'.Sempat juga dilatih oleh kakak Girl.Walaupun telah dilatih oleh jurulatih yang profesional,Adik tetap kalah jugak. Tak taulah nak wak guane....



Adik disamping kawan baiknya,Dhia Damia.


Disamping Aisyah.










Sebahagian daripada ibubapa yang memberi sokongan moral kepada anak-anak Pasti.


Perlawanan Bola Jaring antara Pasti Gong Pasir dan Pasti Pulau Serai.Pasti Gong Pasir adalah Johan DUN Rantau Abang.


Adakah kakak Nisa' ini jurulatih bagi pasukan Pasti Gong Pasir yang telah menjadi Johan itu?
Oh....tidak.....


Terpaksa berteduh kerana hujan lebat.


Acara sukaneka terpaksa diberhentikan sekejap.


Selepas hujan,sukaneka dimulakan.




Inilah anak KA,Adik yang masuk acara isi air dalam botol.Begitu bersopan mengisi air sehingga kalah,muahahaha.....Sebenarnya Adik dok rok sebab dah beberapa dia demam.Kesian...

Dan pada hari itu KA telah buka gerai kecil yang dijaga oleh Girl dan kawan dia Ainah.Suka sangatlah dia bila dapat menjual.Yang dijual hanyalah dadih dan air Radix pelbagai perisa.Ini sebenarnya kali kedua Girl berjual.Dan bila KA tanya dia nak tak jual lain kali.Jawapan dia,Naaaaakkkk......






Girl sibuk melayan pelanggan.

Dan Insyallah hari Sabtu 23.4.2011 ini akan diadakan Sukan Pasti Peringkat Kawasan pulak.

Majulah Sukan Untuk Negara sebab Pasti For All...




Thursday, March 31, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU SHAIMI DAN ASMAHANI...

Salam Ukhuwwah.

Cuti sekolah dah 2 minggu berlalu.Tapi baru hari ni KA berpeluang nak update blog.Masa 1 minggu cuti sekolah,KA dan anak-anak 'menyibuk' membuat persiapan untuk Majlis Kesyukuran Pernikahan adik ipar KA.Buatlah sikit-sikit,mana-mana yang patut dan lebih banyak mengular dari menolong muahahahaha......

Alhamdulillah...Semuanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang.

KA rasa cukuplah gambar-gambar kat bawah ni menceritakan segalanya....Sebab sebenarnya KA malas nak menaip panjang-panjang...



Persiapan terakhir sebelum majlis oleh ipar-ipar dan biras.


Kerja sikit,makan aje banyak.


Disekitar Majlis Akad Nikah
di Surau Taman Rakyat Jaya,Dungun.(Jumaat 18.3.2011)








Antara keluarga perempuan yang hadir


Pengantin bergambar dengan sebahagian anak sedara perempuan.




Antara yang suka sangat bila nampak camera.




Menuju ke rumah pengantin perempuan.


Bersama pengantin yang dirai di rumah pengantin perempuan selepas majlis akad nikah.


Keluarga sebelah lelaki.


Kakak dengan sepupu-sepupu yang jarang sekali berjumpa.


Sekitar Majlis Di Rumah Pengantin Lelaki (Sabtu 19.3.2011)


Kakak,By dan Adik bersama Maksedara dan sepupu-sepupu.


KA bergambar kenangan dengan biras-biras dan anak-anak sedara.




Keluarga sebelah perempuan.




Makan beradap bersama keluarga pengantin perempuan.






By bersama sebahagian sepupu lelaki.




Adik tunggu sapa tu???


Rasa-rasanya masih belum terlambat untuk KA ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' kepada kedua mempelai.Harungi kehidupan dalam perkahwinan ini dengan tanggungjawab,kesabaran, tolak ansur.'Moga Mendapat Rahmat Allah Dan Kekal Hingga Ke Jannah'.Insyallah.