Saturday, March 27, 2010

AAHH...SEDAPNYA...HILANG DAHAGA....

Salam Ukhuwah.....

Pagi tadi KA,Yang dan Girl gi pasar Besar Dungun.Biasalah kalau gi pasar tentulah beli ikan, sayur,bawang,asam, garam dan yang sewaktu dengannya.Takkanlah beli tayar,gelang atau kerusimeja.

Jadi,lepas beli barang basah dan kering,KA belilah buah pelam atau mangga atau mango.3 kilo sepuluh ringgit.Orang kedai tu kata maniiiiissssss.....KA pun tergodalah.Tapi bila balik rumah, kupas kulit,makan,punyalah perghhh..... masaaaaammmmm....






Oleh kerana nanti takut tak laku pelam tu,KA pun buatlah...............


Aahhh....sedapnya....hilang dahaga.....Lebih-lebih lagi cuaca hari ni tersangatlah panasnya... Sampaikan Adik yang haus sangat,minum punyalah bersungguh...Kesian pulak KA tengok.


Dia tonggak gelas tu sampai gitu sekali...........


Aahh........sedapnya.......






Aahhh....nyamannya..................






Eeehhhh..............





Dah habis..............





Takpelah...Ummi beri Adik yang lain.


Bakpe tengok orang minum sampai gitu sekali.Nak???? Buatlah sendiri...muahahaha....




Thursday, March 25, 2010

RESIPI AYAM PADPRIK...

Salam Ukhuwah...
Malam tadi utk 'dinner' KA masak nasi.Baru makan nasi.Dah beberapa malam asyik makan mee aje.Mee hailamlah,mee rebuslah,mee gorenglah,mee kedailah samada mee kuning atau mee teow atau mee hoon.Puas rasa (bosan).

Jadi,untuk lauk,KA masaklah Ayam Padprik.Resipi ni KA ambil dari buku Chef tersohor Chef Hanieliza ( Senangnya Memasak Daging).Tapi KA tukar aje kepada ayam.Dan adalah juga yang KA dah adjust sikit-sikit,ikut apa yang ada kat dapur.Resipi ni memang sedap.Anak-anak kata "Macam kat kedai Ayah Ku je...." (kedai dekat rumah KA).

Jadi kalau nak tahu sedap ke tidak,kenalah masak sendiri...Oleh kerana tak jumpa kat mana nk copy & paste,terpaksalah KA menaipnya (maleh rase).Kita layaaannnn.......

Antara bahan-bahan yang digunakan...

Dah siap...



AYAM PADPRIK.

Bahan A (dipotong kecil)

300 g ayam
100 g lobak merah
100 g kacang panjang
100 g bunga kobis
1 cili lada merah
1 labu bawang besar


Bahan B (utk sos)

1 sudu besar sos tomyam - KA gunakan serbuk tomyam putih.
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun limau purut (di koyakkan)
2 batang serai (diketuk)
5 biji cili api (diketuk) - KA tak letak sbb anak tak tahan pedas.
3 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 cawan air -KA letak lebih utk banyak kuah.
Minyak utk menumis
Garam dan gula


Cara memasak:

1.Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan serai hingga wangi.

2.Masukkan ayam dan kacau rata.Biarkan ayam separuh masak.

3.Masukkan air,kicap pekat,tomato sos,cili sos,sos tiram dan sos tomyam.Biarkan mendidih sekejap.

4.Kemudian barulah dimasukkan kacang panjang,lobak merah,bunga kobis,bawang besar dan cili merah.

5.Setelah mendidih,masukkan daun limau purut dan dikacau rata.

6.Rasakan garam dan gula secukupnya.Kemudian tutupkan api.

7.Boleh dihidangkan dengan nasi putih atau nasi goreng.

Selamat mencuba untuk menjamu selera.




Wednesday, March 24, 2010

RESIPI PANCAKE...

Salam Ukhuwah...

Apa khabar 'blog readers'KA hari ni?KA harap semuanya sihat-sihat belaka.Sebab apalah pulak KA tetiba tanya khabar orang ni...Takdalah apa-apa pun.Saje tanya.Almaklumlah,dalam cuaca yang teramatlah panasnya masa ni,manalah tahu ada yang kurang sihat.Panas-panas macam ni banyak-banyakkanlah minum air.


Dalam cuaca panas macam sekarang ni,anak-anak KA kalau balik sekolah,air satu jag, sekejapan aje boleh habis.KA kalau menyapu rumah yang cuma 'sekangkang kera' ni pun boleh' peloh bejeruk'.Nak keluar rumah sidai kain baju,rasa 'bercinta' apatah lagi keluar sesaja nak berjalan-jalan.Jangan haraplah kalau tak terpaksa.Bukan sebab takut bertambah 'putih' ( memang dah 'putih' pun)tapi sebab cuaca.

Kita tinggalkan dulu cerita pasal cuaca.Malas rasanya nak menaip panjang-panjang.Karang haus pulak (????).Ni KA nak berkongsi satu lagi resipi yang KA buat untuk 'breakfast' (minggu lepas agaknya).KA ambik dari dapur Nor dan Nor pulak katanya ambik dari dapur Hajar.Tapi KA malas lagi nak menaip.Jadinya,KA copy & paste ajelah (terima kasih Nor).


PANCAKE
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional-tak letak sbb tak ada.
secubit garam-tak letak sbb dah guna salted butter.

Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.

Bahan-bahan yang digunakan.


Adunan yang baru di dalam kuali.


Tunggu sehingga berbuih macam ni.



Baru diterbalikkan.


Waalaa...dah siap.


QC kena rasa dulu.Sedap ke tidak.Bila QC senyum,maknanya......

SEDAPLAH TU......




Kepada semua,selamat mencuba untuk menjamu selera....

Monday, March 22, 2010

RESIPI NASI MANDHI DAN AYAM BAKAR LADA HITAM BERMAYONIS...

Salam Ukhuwah...

Rasa-rasanya dah dekat seminggu KA tak dapat nak duduk lama-lama kat depan PC ni.Apa tak nya.Selain daripada anak-anak tengah bercuti,KA dan Yang pun tak buat apa-apa plan untuk bawak anak-anak bercuti ke mana-mana sebabnya KA dan Kakak terlibat dengan Camp Nisa' yang dianjurkan oleh Nisa' Cawangan Gong Pasir,Dungun.KA dan Kakak bukannya terlibat sebagai peserta tetapi KA sebagai 'orang dapur'dan Kakak sebagai fasilitator.Camp Nisa' telah pun berlalu.InsyaAllah KA akan ceritakan di n3 yang akan datang.

Tapi pada hari ni KA nak berkongsi resipi dengan pengunjung setia blog KA ni.Iaitu resipi Nasi Mandhi dan Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis.Nasi Mandhi ni KA dah pernah buat pada Hari Raya Haji yang lepas.Itu pun lepas ternampak orang jual kat Mydin Mall,Kuala Terengganu.KA taklah beli walaupun nak tahu sangat rasanya guana (macamana).Tapi bila dah balik rumah, carilah resipi ni kat dalam blog orang-orang yang rajin memasak.Makanya terjumpalah kat dalam blog Ummizaihadi(orang Kuantan yang memang rajin memasak tu).Jadi,ini kiranya masakan ulangtayanglah.Oleh kerana KA ni malas bebenor nak menaip resipinya,bolehlah cari kat sini.Sebenarnya KA masak untuk dinner minggu lepas tapi barulah hari ni sempat nak menayang.


Dan untuk resipi Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis,KA copy & paste sahaja daripada blog Ummizaihadi(terima kasih ye Kak Ummi).












Bahan:-

  • 1/2 ekor ayam (bersihkan dan cucuk2 dengan garfu)
  • 1 sk serbuk lada hitam (blackpepper)
  • 2 cm halia
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sb. madu
  • 1 sb. gula
  • 1 sk. kicap manis
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb. mayonis
  • sedikit lada sulah

Cara-Cara:-

  1. Blend bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur.
  2. Kemudian curahkan ke dalam bekas dan campurkan dengan lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  3. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis.
  4. Gaul sebati dengan ayam dan perap dalam fridge antara 2 -3 jam.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit hingga ayam bertukar warna perang keemasan (balik2kan ayam semasa membakar). Sedia untuk dihidangkan.

(*Nota - makin lama diperap makin sedap..)

Kepada semua,selamat mencuba untuk menjamu selera...






Sunday, March 14, 2010

RESULT SPM KAKAK...

Salam Ukhuwah...


Dah 3 hari keputusan SPM 2009 diumumkan.Tapi baru hari ni KA dapat nak buat n3 mengenai nya.Sebab apa???Sebab bila hari cuti,selain daripada anak-anak sibuk gi kelas tambahan di sekolah atau kelas tuisyen,dia orang pun sibuk mengadap PC ni.Lepas sorang-sorang bergilir. Lepas Kakak,Abang.Lepas tu By.Lepas By,Girl pulak.Sampaikan kadang-kadang Adik pun naik jealous,asyik tengok orang lain dok depan komputer.Masa tulah dia sibuk nak tengok kartun Mr.Bean.Tapi bila dia dah duduk,jangan harap orang lain boleh tukar.Kalau ada juga yang berani,siaplah tahan telinga dengar suara dia menjerit tahap maksima.Walaupun bergilir (sebab hanya ada 1 aje PC kat rumah),masih ada lagi yang mengelat.Biasanya Kakak dengan Abang lah.Padahal KA dah tetapkan sebelum ngadap komputer,ngaji dulu atau siapkan kerja masing-masing yang dah KA beri seperti kemas rumah,sapu verandah dan tanah atau jirus pokok tapi kalau KA buat tak tahu aje,ada yang 'baloh'.


Berbalik kita pada cerita mengenai keputusan SPM tadi.Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road,Kucing,Sarawak telah diumumkan secara rasminya sebagai Pelajar Terbaik SPM 2009 dengan mendapat 10A+ berita di sini.Tetapi,kenapa pelajar dari Maahad Muhammadi Lelaki,Kota Bahru yang mendapat 12A+ tidak diumumkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2009 berita di sini.Mungkin ada yang boleh beri pandangan yang bernas???


Oklah pada n3 yang lepas,KA ada nak cerita mengenai Kakak (anak KA yang sulung).Kakak pun adalah salah seorang calon SPM 2009 dan telah pun mendapat resultnya.Amacam???OK???

Pagi tu (pagi Khamis) KA,Yang dan Adik temankan Kakak gi ambik result kat sekolah dia (SMAASZA,Kuala Terengganu).Sebenarnya Kakak balik rumah malam Khamis tu ikut kawan dia yang baru keluar wad HSNZKT.Kakak temankan kawan dia masa tinggal kat wad.

KA tengok Kakak relax je.Takdelah nampak dia tu resah gelisah ke,mandi tak basah ke,tidor
tak lena atau makan tak kenyang (betul tak ciri-ciri yang di atas).Tapi KA yang rasa macam- macam.Bertolak dari Dungun pun dah lewat.Berhenti makan pagi sekejap kat Kelulut. Ha........... masa nilah baru nampak muka dia kejap merah,kejap pucat.Makan rasa tak tertelan dan tak habis pun.Perut sakit memulas.Masuk angin kata Kakak sebab lambat breakfast.Duduk pun tak diam.Resah Gelisah....

Sampai sekolah,ramai kawan-kawan Kakak yang dah ambil result.Kakak......................................

Gi mari...gi mari gelewak (kata orang Tengganu).Kakak tak gi ambil terus result dia.Pegi jumpa kawan-kawan dia dulu.Tanya result orang.Bila kawan-kawan tanya "Resultmu???".Kakak jawab ,"Dok ambik agi"."Gi ar ambik...".Barulah Kakak pegi.

Kita layan dulu reaksi Kakak masa ambik result.......










Kakak dengan kawan-kawan yang akan sama-sama berjuang untuk STAM 2010.


Suasana dalam Dewan selepas result diumumkan.



Adik,calon SPM 2024.InsyaAllah.Ha...............???

Yang dengan Ayah kawan Kakak.


Amacam result...OK???OKlah.....



Result Kakak,Alhamdulillah.Bolehlah dibanggakan.Mungkin boleh dapat lebih baik lagi sekiranya dia berusaha lebih kuat dan banyak lagi.Apa-apapun Kakak kena redho dengan keputusan yang Kakak dapat. Banyak mana yang Kakak usaha,banyak itulah yang Kakak dapat.Ada lagi peluang tahun ni iaitu STAM.Kalau tak nak menyesal akan datang kenalah tingkatkan usaha hari ni...

Kepada semua anak-anak yang dah dapat result SPM 2009,yang baik TAHNIAH...Yang kurang baik,bersabar...Hidup dan usaha perlu diteruskan untuk kejayaan akan datang...

Untuk Kakak...TAHNIAH daripada Abah,Ummi,Abang,By,Girl dan Adik...

Friday, March 12, 2010

TESTING.....TESTING.....

Salam Ukhuwah...

KA dapat tempahan dari kakak KA (Noi) yang kat Kuantan.Dia nak 100pcs blueberry cheese tart.InsyaAllah KA akan hantar pada esok hari Sabtu.Dia bimbang akan menyusahkan KA dan katanya tak berbaloi/tak padan harga yang akan di bayar dengan duit minyak KA untuk ke Kuantan.Tapi KA tak kisah sangatlah sebab selain hantar tart,KA dapat jugak bawak anak-anak jalan-jalan sebab cuti sekolah dah bermula dan bolehlah beli-beli atau borong-borong kat Bakewell atau Barang Kita...Mungkin Abang tak dapat ikut sebab dia ada kelas tambahan.Jadi sebelum buatkan tart untuk Mak Long anak-anak KA,kenalah testing...testing dulu.Takut pulak tak jadi.Tapi Alhamdulillah jadi pun...
Jadi projek testing ni telah dibantu oleh 'pembantu-pembantu yang tak bertauliah'lagi...

Cukuplah untuk hari ni dulu.InsyaAllah KA akan cerita pasal Kakak pulak.Cerita apa???TUNGGUUUUU.......

Jadi sesiapa yang berminat untuk menikmati keenakan blueberry atau strawberry cheese tart,bolehlah menghubungi KA di talian 098458705 atau 0199195752.





By jealous sebab asyik muka orang lain aje masuk blog Ummi.


'Pembantu-pembantu yang tak bertauliah' sedia berkhidmat.




Fresh from d oven.Panaaaaaaasss lagi.


Tuesday, March 9, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 2 KERAJAAN PR...

Salam Ukhuwah...


Dalam sedar tak sedar,dah 2 tahun berlalunya Pilihanraya yang ke 12 rupa-rupanya.Dan tinggal hanya beberapa tahun aje lagi (dijangkakan 1 tahun sahaja),kita semua rakyat Malaysia akan berpilihanraya semula untuk PRU-13 pulak. Bagi mereka yang tidak terlibat dengan kerja-kerja pilihanraya,tidaklah terasa sangat.Sampai hari mengundi,pergi aje ngundi.Bila dah siap,balik rumah dan tunggu aje pengumuman samada depan TV atau Radio,parti mana yang akan memerintah Malaysia. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanahair,lebih gemar ber kumpul di kedai-kedai kopi sambil berbincang, mengulas, mengkritik, me ngutuk dan pelbagai lagi ber...dan meng...sementara menunggu keputusan.

Tetapi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan pilihanraya atau petugas mana-mana parti politik,bebanan dan tanggungjawab tugas telah dirasai seusai tamatnya kerja-kerja pilihanraya yang lepas.Samada bekerja diwaktu-waktu atau hari-hari yang tertentu sahaja atau berterusan terutamanya bagi kepimpinan parti.Semakin dekat hari mengundi,semakin berat bebanan tugas dirasai.Dan ketika inilah,munajat kepada Allah dipertingkatkan lagi (bagi parti Islam sahaja).

Bagi KA yang baru berjinak-jinak dengan parti politik,ucapan yang paling tepat sekali ialah ALHAMDULILLAH kerana dipertemukan jodoh dengan Yang. Yang telah terlibat dengan kerja-kerja politik seawal usia remaja.Bukan sebagai seorang pemimpin tetapi hanya petugas biasa sahaja dan InsyaALLAH masih istiqomah sehingga ke hari ini.Prinsip Yang adalah... "Biarlah kita hanya menjadi orang-orang bawahan yang Istiqomah dengan perjuangan parti kerana kita tak layak menjadi pemimpin kerana dibimbangi kita tidak tahan dengan ujian Allah.Biarlah kita menjadi hampas kelapa yang terlekat ditapisan daripada menjadi santan yang akan jatuh ke bawah...".

Di bawah ini adalah artikel yang KA C&P daripada blog al-banjari.Semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada kita semua atas segala kerja dan penglibatan kita dalam kerja-kerja menegakkan syi'ar Islam di bumi Malaysia ini.InsyaAllah....

Dua Tahun Pakatan Rakyat, PAS Kekal Sebagai Komponen Yang Penting

Pada hari ini, 8 Mac adalah hari yang paling bermakna buat rakyat dan Pakatan Rakyat (PR). Dua tahun yang lalu iaitu pada 2008 rakyat telah menunjukan betapa seriusnya mereka mahukan perubahan dalam kepimpinan negara. Kelantan kekal di tangan PAS dan lima negeri lagi jatuh ke tangan PAS, PKR, DAP iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan (Mujurlah Wilayah tidak ada DUN).

Dengan kejayaan itu, ia memberikan inspirasi kepada penubuhan PR yang mengukuhkan kedudukan rakyat yang bencikan kezaliman BN. PR menguasai 82 kerusi Parlimen dan BN menguasai 140 kerusi Parlimen.

Selepas 8 Mac 2008, Umno kembali menyedari bahawa mereka kini kembali bersendirian menjadi juara BN selepas kekalahan teruk komponen lain kecuali parti-parti di Sabah Sarawak. Umno cuba memujuk PAS untuk bergabung di Selangor, Perak dan Kedah. Di Perak mereka mengunakan Mufti Negeri itu, Tan Sri Harussani Zakaria untuk memujuk PAS mewujudkan kerajaan campuran dengan Umno. Namun PAS terbukti sebagai parti yang mementingkan persahabatan dan tidak pernah lupa akan dosa-dosa Umno-BN kepada rakyat. Ke semua tawaran penuh tipu muslihat itu ditolak dan PAS nekad mewujudkan Kerajaan Pakatan.

Walaupun ramai yang mempersoalkan pendirian PAS berhubung usaha Umno itu, namun jelas bahawa PAS adalah parti yang berprinsip dan tidak mudah terpengaruh. PAS memiliki 3 Menteri Besar di Kelantan, Kedah dan Perak ketika itu.

Umno yang kecewa dan tidak berpuashati dengan kekalahan teruk itu menukar Presiden mereka pada tahun 2009 dan Tun Abdullah Badawi disingkirkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya.

Sedang diperingkat PR, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula di Permatang Pauh sebagai tiket untuk memasuki semula Parlimen sejak dipecat oleh Tun Mahathir pada tahun 1998.

Dengan kembalinya Anwar yang kemudiannya dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, PR menjadi lebih kukuh. Usaha mewujudkan PR secara rasmi dibuat dan PR didaftarkan secara rasmi dalam senarai Pendaftar Pertubuhan.

Kerusi PR bertambah selepas PAS kembali menguasai Parlimen Kuala Terengganu dan menjadikan kedudukan di Parlimen 83 PR, 139 BN pada Januari 2009. Dan BN ketika itu terdesak untuk melakukan rombakan strategi.

Tanpa memikirkan kepentingan dan sensitiviti rakyat, Umno-BN melakukan kezaliman terbesarnya dengan merompak Kerajaan PR di Perak melalui strategi membeli 3 orang ADUN- Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Gabungan PR yang begitu muda, dengan usia kurang dari dua tahun ketika itu turut menerima pelbagai cabaran.Umpama anak kecil yang belajar bertatih, PR tidak mengenal erti putus asa.

Dengan kesepakatan PR, cadangan DAP Kedah untuk keluar PR ditarik balik dan semua pihak kembali bekerjasama.Di Selangor, Umno cuba melagakan PR dengan isu-isu Kerajaan Perpaduan, isu agama-Arak, Nama Allah, Kepala Lembu dan sebagainya. Namun PAS mempunyai cara yang tersendiri, dan PR tidak dapat digoyahkan.

Tidak cukup menyerang PAS, DAP di Selangor difitnah sebagai parti yang ditaja oleh samseng dan kongsi gelap. Malah isu kematian Teoh Beng Hock juga menjelaskan lagi usaha memfitnah DAP yang dikatakan menyalahgunakan dana rakyat melalui penyelewengan beberapa ADUNnya. Namun hingga kini belum ada ADUN yang disabitkan bersalah. Rakyat pula bertanya, kenapa ADUN PR dikejar oleh SPRM macam mengejar penjenayah besar, sedangkan Khir Toyo dan beberapa ADUN BN yang dilaporkan mengamalkan rasuah semasa memerintah lambat diambil tindakan.

PKR juga diserang dengan pelbagai isu, dari kes ADUN Bukit Lanjan hinggalah kes YBK yang mana jelas Umno cuba menunjukan kepada rakyat yang kononnya PR menindas rakyat.

Di Pulau Pinang, isu kontraktor Melayu tidak habis-habis diungkitkan. Tetapi rakyat tahu bahawa begitu banyak kontraktor Melayu mendapat manfaat dengan pemerintahan PR. Yang gagal dapat projek adalah kontraktor Umno yang selalu mengambil tender kemudian menjualnya pada bukan Melayu.

Di Kelantan, Umno-BN menumpukan serangan kepada batang tubuh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pelbagai isu peribadi beliau dijadikan bahan oleh Umno, namun rakyat Kelantan lebih mengenali beliau menolak fitnah-fitnah yang dilontarkan Umno.

Penat menabur fitnah, kini BN berusaha kembali untuk menguasai 2/3 Parlimen dengan membeli beberapa ahli Parlimen. Bermula dengan Ibrahim Ali di Pasir Mas, BN kemudiannya membeli secara borong 3 ahli Parlimen PKR yang keluar secara bergilir-gilir.Bermula dengan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed, kemudian Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri. PKR turut memberikan satu lagi ahli parlimen yang paling bermasalah iaitu ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai 'hadiah'- Beli 3 dapat 1 'percuma'. Yang pasti ramai menganggap mereka adalah 'sampah-sampah' terbuang yang dihambat keluar bagi membersihkan PR.

Walaupun PR kini tinggal 78 kerusi namun, itu sedikitpun tidak melunturkan kekuatan PR. Pergolakan Pakatan secara dalaman dan luaran adalah lumrah bagi mana-mana organisasi. Namun PR masih kekal bersatu walaupun permulaannya seperti anak-anak yang mula bertatih, namun PR cepat belajar dari apa yang berlaku.

PAS mengucapkan tahniah buat seluruh kepimpinan PR, ahli dan mereka yang menyokong PR selama 2 tahun kebelakangan ini. Kekuatan PR bukanlah kerana satu, dua atau tiga individu sahaja. ianya adalah kekuatan semua pihak dari akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan.

Kepada semua wakil rakyat PAS berharap agar anda menunaikan amanah rakyat dengan sebaiknya dan ingatlah, sesungguhnya amanat rakyat yang terpikul dibahu bukanlah barang mainan yang boleh digadai sana sini. Jika hari ini anda fikir boleh menjual diri anda dengan wang ringgit, ketahuilah ketika mati nanti tidak mustahil akan datang orang-orang yang membenci kezaliman itu diatas kubur anda pula.

Di peringkat PAS kita mengharapkan kerjasama dari semua ahli, penyokong dan kepimpinan untuk sama-sama melangkah kehadapan demi untuk kebaikan rakyat dan semua pihak. PAS meletakkan perjuangan Islam sebagai keutamaan dalam memberikan keadilan, kesejahteraan dan manfaat buat semua. Kerana perjuangan Islamlah yang meletakan PAS berdiri teguh pada hari ini dan menjadi komponen Pakatan yang amat penting, efektif dan progresif hari ini.

Ust. Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat

Sunday, March 7, 2010

RESIPI MEE UDANG...

Salam Ukhuwah...

Beberapa hari dah sebenarnya KA terhingin sangat nak makan Mee Udang selepas ternampak resipi kat dalam blog Saudara YB Drs Khalil Idham Lim,ADUN Titi Serong,Perak Darul Ridzuan.

Resipi ni telah diemailkan oleh Saudara Mohd Naim Mohd Zain.TETAPI..........................................
telah dimodipaid (istilah yang selalu di sebut oleh Allahyarhamah Tok Mak KA) oleh KA. Sorilah ya, pada yang empunya resipi.

Mee Udang ni sebenarnya untuk dinner malam ni,tapi kalau ada lebih,bolehlah buat breakfast esok pulak.La..lalalala...(rajin sesangatlah isteri Yang ni...).

Jadi,sebelum KA terlebih rajin nak mengadap PC ni,baiklah KA tulis dulu resipi dia.



MEE UDANG

Bahan-bahan:
800 gm mee kuning
1/2 kg udang (dibuang kulit dan kulitnya direbus)
13 biji bawang merah } di kisar
3 ulas bawang putih }
3 sudu besar lada kering kisar
1 inci belacan
2 senduk kecil tomato sos HPA
1 senduk kecil cili sos HPA
1/2 kg sawi
200 gm taugeh (camboh) }
Daun bawang/daun sup } untuk hiasan
Bawang goreng }
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam,gula dan perasa.


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak.
Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air rebusan udang tadi.
3. Tambahkan sos tomato,sos cili,garam,gula dan perasa.
4. Setelah mendidih,masukkan sawi,udang dan mee *
5. Kacau seketika.Rasa garam dan gula secukupnya.
6. Akhir sekali angkat.
Hias dengan taugeh.daun bawang/sup yang dihiris dan bawang goreng.
Sedia untuk dimakan.
*KA celur aje mee tu.

KA rasa cukuplah dulu untuk malam ni.Nak sambung kerja yang tak habis lagi dan yang tak akan habis-habis pun,penatnya....
Selamat mencuba resipi ni dan KA akan cuba lagi resipi Mee Udang yang lain pulak....



Saturday, March 6, 2010

Homemade Chocolate Lagi...

Salam Ukhuwah...

Hari ni,KA dan 'pembantu-pembantu' 'bertungkuslumus' menyiapkan coklat yg nampaknya telah dapat menarik perhatian 'kanak-kanak' yang telah terlepas pandangan ibu-ibu, bapak -bapak dan 'kanak-kanak' yang tak takut gigi rosak di SMAASZA.

Tak baik rasanya menghampakan harapan mereka yang 'menaruh harapan'.Semoga dengan memakan coklat Mak Lang/Mak Ngah KA,anak-anak di SMAASZA dapat 'mereleasekan tension' mereka.Mengharapkan agar permulaan ini akan membawa kejayaan...keberkatan... dan kekayaan..........(InsyaALLAH)

KA cuba mempraktikkan apa yang telah dipelajari dari 'Sifu' KA (ZatiDHati) dan juga resepi daripada Dr Rahimah Isnin (Peanut Butter Crispy di blog http://homechoc.blogspot.com.Terima kasih Dr). Beliau juga merupakan 'Sifu' bagi ramai pembuat 'homemade chocolate' di Malaysia ni.KA selalu berurusan dgn Dr dalam pembelian coklat block dll.InsyaALLAH satu hari nanti,jika berkesempatan dan ada rezeki lebih,KA akan menambahkan lagi ilmu dengan Dr di Bandar Baru Bangi.

Untuk pengetahuan semua,buat masa ni KA hanya menggunakan coklat Compound dari jenis SICAO keluaran Syarikat BARRY CALLEBAUT  yang dikilangkan di Singapura.Dan ianya HALAL.InsyaALLAH.
Terdapat satu jenis lagi coklat yang biasa digunakan iaitu jenis Couverture.Coklat jenis ini adalah coklat Gred A.Ianya menggunakan teknik 'Tempering'.Oleh kerana KA masih tak confident lagi dengan teknik ni, makanya..... KA tangguhkan dulu.Yang pastinya,KA TIDAK menggunakan COOKING CHOCOLATE.

Sebelum KA mengakhiri n3 malam ni,mai kita cuci-cuci mata dengan gambar-gambar di bawah ni.Bagi sesiapa yang 'terlio'dan teringin nak merasai 'Homemade Chocolate' dan kek lapis yang pelbagai perisa dan jenis dari 'Nazeehan's Small Kitchen', bolehlah mengemailkannya di nazeehan@yahoo.com atau boleh juga menghubungi KA di 09-8458705 /019-9195752. InsyaALLAH dalam masa yang terdekat ni,KA akan lebih kemaskinikan butiran-butiran yang lebih lengkap.

Setakat ini dulu untuk malam ni.







Inilah pembantu-pembantu KA (basuh tangan dulu sebelum tolong Ummi...)



Setelah di'packing' untuk diedarkan (simple packing untuk SMAASZA)




Antara coklat yang dihasilkan...Dark Chocolate with Strawberry filling,Peanut Butter Cispy,



dan White Chocolate with Oreo Crumb.



Ini adalah proses 'step-by-step' untuk semua jenis coklat yang ber'filling'.