Wednesday, December 29, 2010

19TAHUN...MOGA KEKAL DALAM PELAYARAN INI.


Salam Ukhuwwah.

Hari ini 29/12/2010.Genap sudah 19 tahun bagi KA dan Yang melayari bahtera sebuah perkahwinan.Pelbagai ujian dan rintangan,suka duka,gelak tawa dan tangis,semuanya bersama.

Rasanya,baru semalam hidup bersama.Masih teringat-ingat kenangan cinta bermula.Apa taknya.Baru-baru ni pada 27/12/2010,sebelum ke YPJ untuk bertanya tentang pinjaman pendidikan yang disediakan oleh YPJ,KA dan Yang sempat menjengah tempat segalanya bermula iaitu IKMJB atau istilah panjang yang digunakan oleh budak-budak IKM masa tu ialah Ikatan Kasih Mesra Jalinan Bersama muahaha...

Setelah 20 tahun KA dan Yang tinggalkan IKMJB,banyak yang dah berubah.Kebetulan hari tu ada pendaftaran bagi budak-budak baru untuk sesi Januari 2011-Disember 2012.Jadi, senang lah untuk kami masuk dan meronda-ronda.Hajat hati nak jumpa cikgu-cikgu yang pernah mengajar (manalah tahu kalau-kalau masih ada).Tapi tak dapat sebab mereka masih bercuti.




Inilah kelas KA dan Yang(Jabatan Eletronik).Tapi sekarang digunakan untuk kursus Air-cond.



Yang di Dewan Makan baru.



Inilah Dewan Makan lama kami yang telah dijadikan koperasi,jabatan pelajar dan bilik teater.



Koperasi dan car-park lama.




Cafe yang masih dikekalkan tapi telah diubahsuai.



Bangunan baru untuk pentadbiran.


Dan sebelum meninggalkan IKM,Yang sempat merenung padang yang banyak meninggalkan kenangannya bersama kawan-kawan.



Tapi KA tak ingat nak ambik gambar surau tempat Yang dan kawan-kawan melepak dan surau tu masih tak berubah.

Walaupun IKMJB dah banyak berubah,moga ikatan dan cinta kami masih seperti dulu malah lebih membara lagi.

Jadi apa plan KA dan Yang untuk meraikan hari yang istimewa ini?Hari ni,kami akan pergi candle-light dinner.Ke tempat yang istimewa.Hanya berdua.Tanpa gangguan sesiapa.Walaupun anak-anak kita...

Tapi...Boleh ke???Mungkin tidak...Sebabnya....

Mereka adalah insan-insan teristimewa yang telah mengisi setiap inci ruang bahtera perkahwinan ini selama 19 tahun.Dengan pelbagai ragam.Mengukuhkan lagi ikatan agar sukar dirungkai.

Buat Yang,Insan Teristimewa yang telah mengisi ruang hati KA selama ini dengan Kasih dan Cinta, Sayang dan segalanya.Moga Ikatan Ini kekal sampai Syurga dalam Rahmat dan KasihNya.AMIN....

Thursday, December 23, 2010

ESOK RESULT PMR DIUMUMKAN...BERDEBAR-DEBAR RASA


Salam Ukhuwwah...

Esok Khamis 23/12/2010.Insyallah satu lagi result peperiksaan PMR untuk anak KA iaitu Abang akan diketahui.Samada memuaskan ataupun tidak,KA perlu redha.

Untuk By yang result UPSR agak kurang memuaskan,Alhamdulillah dah ada tempat di Sekolah Menengah Islam Darul Bayan,Paka,Terengganu.Sebuah Sekolah Menengah Islam swasta yang baru 2 tahun ditubuhkan.Lanjutan daripada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang telah ditubuhkan 10 tahun yang lalu.Berkembang daripada Pusat Pengajian Pondok yang diasaskan 17 tahun yang lalu oleh Mantan ADUN Paka iaitu Ustaz Saiful Bahri Bin Mamat.

Usaha murni ini dapat dilaksanakan adalah hasil daripada derma orangramai ke Tabung Masjid dan telah diuruskan oleh pihak pengurusan dengan penuh keikhlasan dan amanah.

Ada 3 jenis pengajian yang disediakan iaitu Tahfiz,Akademik dan Syar'iyyah dan juga Akademik dan Tahfiz.Walaupun syarat kemasukan ke Sekolah ini agak tinggi iaitu sekurang-kurang mendapat 3A dalam UPSR,KA dan Yang tetap mencubanya.Pada KA,biar salah mencuba daripada menyesal tak mencuba.

Proses bermula dengan mengisi borang yang Yang ambik agak terlewat.Sebabnya,kami pergi bercuti ke Penang,Kedah dan Seremban selama seminggu dahulu.Satu perkara yang agak salah yang telah kami lakukan.

2 minggu selepas tu,By menduduki ujian bertulis akademik dan temuduga bagi bacaan,hafazan dan hukum tajwid Al-Quran.

Dan Alhamdulillah,2 hari lepas,pihak sekolah telah memaklumkan kemasukan By di SMIDB pada kami.

Sebenarnya,bila KA dan Yang dah ambil keputusan untuk tidak menghantar By ke Sekolah Menengah Kebangsaan,kami mula mencari beberapa sekolah yang ada aliran agama samada Swasta atau Kerajaan negeri Kelantan.Tapi KA dan Yang harap sangat By dapat sekolah di Darul Bayan ni sebabnya kalau sekolah swasta,ada daripada Jemaah yang berlainan yang KA bimbang pembentukan Fikrah di alam remajanya tidak selari dengan apa yang telah KA dan Yang mulakan dan inginkan.

Kalau Sekolah Kerajaan Negeri Kelantan pulak agak jauh dan susah KA nak lepaskan By ke sana.Tak sama macam Kakak dulu.Masa tingkatan 1 dah sekolah di Kelantan.Ada orang lebih susah nak beri anak perempuan pergi jauh-jauh tapi KA lebih percaya dan yakin yang Kakak boleh jaga diri dia sendiri.Dan Alhamdulillah kepercayaan tu Kakak jaga dengan elok.

Dan esok pulak giliran Abang.Apa-apa keputusan,janganlah buat KA dan Yang pening kepala lagi.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan bagi anak-anak KA dan Yang mencari ilmuNya.InsyaAllah......





Friday, December 3, 2010

JAUHKANLAH SIFAT MALAS INI...

Salam Ukhuwwah di pagi Jumaat yang mulia ini.

Hampir sebulan lebih KA tak buat n3 baru.Banyak perkara yang telah berlaku setiap hari yang berlalu tanpa KA mencatitnya dalam blog yang umpama diari,untuk dikongsi.
Sebab apa???Bukan malas penyebab utama tapi banyak perkara.PC problem,internet slow, gambar tak upload lg,sibuk melayan 'Mukabuku'dan banyaaaaaakkkk.....lg problem.

Tapi tak apa.KA akan cuba mencatatkan semua yang dah berlalu tu,satu persatu.Untuk apa??? buat kenangan KA dimasa mendatang.


RESULT UPSR BY.

Malam tu,By cakap,KA takpayahlah pergi sekolah dia esok.Tentu dia rasa dan risau result dia kurang memuaskan.KA beritahu By yang KA akan pergi.Sebab,KA pergi jugak masa ambil result Kakak dan Abang.Walau apa pun keputusannya.

Masa KA sampai,Dewan dah penuh dengan pelajar dan ibubapa.Tapi Guru Besar tak sampai lagi dari ambil result di PPD.Kami terpaksa menunggu lama jugak.








Lebih kurang pukul 11 pagi,barulah nampak Guru Besar.Guru Besar beritahu,hanya 8 orang sahaja yang dapat 5 A.Jauh tersasar dari target 25 orang.










Dah?result By macamana?Lepas dapat result,By duduk kat kawan-kawan dia.KA ni tertunggu-tunggu dia datang.KA panggil, baru dia datang.







Bila KA tengok result By.....By tunduk.KA gosok belakang By.By nangis.Sedeh dengan apa yang dia dapat.Alhamdulillah.Maseh ada juga hati dan perasaan rupa-rupanya anak KA ni.KA beritahu By yang dia masih ada banyaaaakkkk lagi peluang untuk dia tebus apa yang dia tak dapat hari ni.KA selalu beritahu anak-anak,biar kita nangis hari ini kalau kita taknak nangis di hari kemudian.Biar kita berusaha sekarang supaya kita tak menyesal akan datang.







Dengan result yang kurang memuaskan tu,KA dan Yang susah hati.Tak tahu nak hantar sekolah menengah mana.Kalau boleh,taknaklah hantar sekolah menengah kebangsaan.Bukan sebab KA dan Yang tak percaya dengan sekolah tu(kita pun dari sekolah menengah tu juga),tapi KA tak percaya dan bimbang dengan perangai By.Jadi kita berusaha memohon ke sekolah yang beraliran agama.Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.InsyaAllah.


KA terpaksa berhenti dulu.Dah lama sangat dok depan PC ni.Banyak lagi kerja rumah yang tak selesai lagi ni.InsyaAllah kejap lagi KA sambung pulak dengan cerita yang lain pulak....




Tuesday, October 19, 2010

IMTIHAN STAM 2010...JAWABLAH DENGAN TENANG...

Salam Ukhuwwah...

Hari ini adalah hari ke 2 Kakak dan semua 100 orang pelajar di seluruh Malaysia sedang menduduki Imtihan STAM 2010.Daripada 100 orang itu,40 orang calun adalah daripada sekolah Kakak iaitu Sekolah Menengah Agama (Atas)Sultan Zainal Abidin,Batu Buruk,Kuala Terengganu.



Sempat jugak gi sekolah Kakak hari Khamis lepas untuk Bacaan Yassin dan Solat Hajat sebelum hari periksa.Bersungguh Kakak suruh KA dan Yang gi.Dan KA pun bersungguh ajak Yang gi sebab kesian ke Kakak.Sebenarnya Yang susah nak kemana-mana dalam seminggu dua ni sebab kat tempat kerja Yang tengah "SHUT-DOWN".



Kelmarin tak sempat nak buat n3 baru sebab banyak program yang telah dirancang dan perlu dilaksanakan segera.Antaranya,disebelah petang lepas Solat 'Asar gi program Ziarah dengan kawan Muslimat ke 2 buah rumah jiran yang baru dapat baby dan seorang yang baru oparate lutut. Gi lepas 'Asar sebab waktu tulah Muslimat yang bekerja dah balik dan yang surirumah,dah siap urusan kat rumah yang tak habis-habis tu.Tapi waktu agak pendek sebab Maghrib awal.Bila Muslimat dah mula berbual kat sesebuah rumah,siaplah...susah nak stop.Pergi pulak 8 orang. Lagilah parok.




Alahai...KA dah melalut ke lain pulak.


Kelmari dan tadi,pagi-pagi lagi Kakak dah telepon rumah sebelum ke Dewan Periksa.Mintak tolong dan ingatkan Ummi dan Abah jangan lupa Solat Hajat untuk Kakak.Insyallah itu salah satu usaha dari Ummi Abah yang termampu setakat ni setelah Kakak berusaha selama ni.Seingat-ingat KA,periksa kali ni barulah nampak sangat Kakak susah hati.Tak macam masa SPM tahun lepas, masih relax je.Apatah lagi masa PMR dan UPSR
dulu...OHHH...Anak Ummi dan Abah dah besar dan matang rupa-rupanya...muahahaha...


Kepada Kakak dan semua anak-anak yang lain yang sedang menduduki imtihan ini,jawablah dengan tenang dan penuh keyakinan serta tawakkallah pada Allah.Insyallah 10 MUMTAZ dalam genggaman sebagaimana harapan semua Ummi Abah dan Warga Sekolah.AMIN.....


Tuesday, October 5, 2010

PMR DAH PUN BERMULA...SELAMAT BERJUANG...

Salam Ukhuwwah...



Hari ni hari Selasa 5/10/2010,seramai 479,675 calun akan menduduki Peperiksan Menengah Rendah (PMR) sehingga 12/10/2010.11,370 calun adalah dari Sekolah Agama tadbiran negeri.Dan dari jumlah tersebut,salah seorangnya adalah anak KA yang nombor 2 iaitu Abang.

Kalau 2 minggu lepas,By baru aje selesai UPSR.Hari ni Abang pulak.Dan Insyallah 2 minggu akan datang,Kakak pulak yang akan menduduki STAM.

Tahun ni KA rasa berat sungguh kepala.Apa taknya...Sampai 3 orang ambik periksa.Kakak tu tak apalah sebab dia duduk asrama.Jadual belajar dah ditetapkan.Tapi 2 orang budak lelaki yang kat rumah ni....tak tahulah nak cakap guane.

Buat Abang,Ummi dan Abah ucapkan selamat berjaya dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.Ummi dan Abah juga sentiasa mendo'akan kejayaan Abang dan anak-anak yang lain di Dunia dan Akhirat."Yang paling penting,kejayaan yang sebenar ialah selamat dari Api Neraka dan berjaya mendapat Syurga Allah SWT di Akhirat kelak."-TOK GURU NIK AZIZ.





Tuesday, September 28, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-18 SAYANG.....



Salam Ukhuwwah...



18tahun dah berlalu.Sekejap aje KA rasa.Masih terasa lagi ngilunya kesakitan.Masih terdengar-dengar lagi merdunya tangisan.Semuanya buat pertama kali.Pengalaman yang tak dapat digambarkan tapi masih tetap dalam ingatan.'Dia'lah yang Allah pilih buat KA dan Yang,melalui keindahan pengalaman pertama sebagai Ummi dan Abah.







Dari kecik tak banyak ragam.Jarang menangis.Tapi kalau dah nangis...payah nak pujuk.Tak kuat melawan.Dalam adik beradik yang lain masa kecik-kecik,dia sorang tak pernah pukul KA.Kalau bercakap macam murai.Tak susah nak ajar ngaji.Bila kena marah,masih tetap kat situ mengaji
dengan linangan airmata.Ummi garang macam singa.





Kalau dia berasa hati dengan sesiapa saja,dari kecik sampai sekarang ni,kertaslah tempat dia curahkan segala.Ada satu kertas yang dia tulis hari Isnin 27/10/2003, lepas KA marah dia,masih KA simpan sampai hari ni.KA terjumpa masa kemas katil dia,lepas dia gi sekolah.Dia masukkan kertas tu dalam sampul bantal.KA pernah cerita pada Mak mertua pasal surat tu.Begenang air mata mak mertua KA."Ha!buat lagi macam tu pada anak.Kalau jadi apa-apa,dok ke nyesal nanti".Mungkin tidak.Sebab apa yang KA buat semuanya untuk kebaikan dia jugak.Tentu dia pun masih ingat pasal kertas tu,kan???


Tapi hari ni dia dah besar sebagai remaja solehah.Itulah yang Ummi dengan Abah nak.Kelemahan dan kekurangan sebagai insan memanglah ada.Sebab,nama pun manusia.


Selalu juga KA nangis sebab dia.Mudah sangat KA terasa hati dengan dia.Mungkin sebab KA sayang sangat kat dia.Tapi dia mana tahu.Nanti bila dia dah jadi seorang Ummi satu hari nanti,dia akan tahu.Macam KA jugak.Yang,selalu tegor KA bila KA nangis sebab dia.10 rahmat,akan Allah tarik dari mereka bila orangtua nangis sebab anak-anak.KA cakap,inilah cara untuk melepaskan apa yang terbuku didada.Tapi setiap kali KA terasa hati dan marah kat dia,KA akan ampunkan dan mohon Allah ampunkan dia.Yang kata,mungkin ini cara Allah uji untuk kifarah dosa-dosa kita.KA redha. Tapi,nama pun manusia.Ada orang lain yang Allah uji lebih teruk lagi.


Panjang pulak KA menceceh.


Dan hari ni,buat Kakak,Nurul Nazirah Nazir.Sempena Ulangtahun Kakak yang ke-18 ni.Ummi dan Abah do'akan dan sentiasa mendo'akan semoga Allah merahmati hidup dan mati Kakak dan segala yang Kakak lakukan yang tak melanggar syariatNya.Belajarlah bersungguh.Semoga mendapat Mumtaz dalam STAM tak lama lagi dan dapat sambung belajar kat Mesir.


"Sebab apa Kakak kena gi Mesir?Kat lain tak boleh ke?Tak boleh ke kalau Kakak nak ambik T**L???Tak boleh ke kalau Kakak nak gi .....???Itulah antara soalan-soalan yang selalu Kakak tanya akhir-akhir ni.Boleh...dan apa-apa pun boleh.Yang penting sekarang ni Kakak kena belajar bersungguh dan buat Istikhoroh.Ummi dengan Abah nak yang terbaik dan yang terbaik itu dari Allah.






p/s:besar dah anak dara ummi abah.tak lama lagi bermenantulah...muahahaha.....

























Tuesday, September 21, 2010

UPSR HARI NI...



Salam Ukhuwwah...


Hari ni hari Selasa,21hb.Sept.2010.Seramai 494,493 calun UPSR murid Tahun Enam akan menduduki peperiksaan bermula hari ini.Daripada jumlah itu seramai 23,533 adalah calun daripada Terengganu.


Ketika KA buat n3 ini,By telah pun selamat menduduki kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 dan Matematik Kertas 2.Masa KA ambik dia kat sekolah tadi,KA ada tanya By,macamana???By jawab, OKlah.Maksud By apa,KA tak taulah.Oklah boleh jawab atau Oklah tak boleh jawab.Risau juga KA dibuatnya...


Insyallah esok ada satu kertas aje,Matematik Kertas 1.Buat masa ni,Yang tengah ajar By untuk semak semula apa-apa yang patut.Biar pun dah last minute,sekurang-kurangnya bolehlah dia ingat semula.


Yang penting,biarlah apa yang dia belajar selama ni diberkati Allah.KA dan Yang hanya boleh berdoa moga Allah beri yang terbaik untuk By dan anak-anak KA yang lain.Selain dari doa,KA dan Yang juga dah sediakan segala yang termampu sama seperti Ummi Abah orang lain.


Kepada semua anak-anak calun UPSR 2010,jawablah dengan tenang.Moga kejayaan dalam gengaman.Insyallah.


Sunday, September 19, 2010

ENTRY BARU???BILA NAK UPDATE???

Salam Ukhuwwah...


Ala..Ala..Alaaaaa......sibuknya KA.Sampai tak sempat dan tak ada masa nak update blog.Sampai dah bersawang dan berhabuk sekali...Sibuk sangat ke beraya mengalahkan bebudak???


Tahun ni KA beraya kat Dungun je.Bukan sebab taat pada giliran.Taaakkk...Tapi sebab Mak mertua KA baru aje pergi meninggalkan kami.Jadi KA kesian pada adik-adik ipar KA yang kat sini. Walaupun dia orang semuanya dah besar-besar tapi kalau ada anak-anak sedara aka anak-anak KA yang ramai tu,meriahlah sikit.Bukan tak ada anak sedara yang lain,tapi taklah seramai anak KA dan ada juga anak-anak sedara lain yang tak dapat balik beraya kat Dungun.


Dan satu sebab lagi,tahun ni Mak dan Abah KA raya kat rumah adik KA,Lon di Seremban.Adik beradik KA yang lain pergi gak beraya kat sana.Ada yang pergi lepas beraya kat rumah mertua dan ada yang pergi lepas tu baru beraya kat rumah mertua...muahahaha...paham tak???


Dan sebab yang paling penting KA tak balik Johor ialah By ada kelas UPSR.Start pada raya yang ke-6 hingga raya yang ke-9.Itu kira dah lewat jugak.Masa KA pergi Majlis Sambut Menantu sepupu Yang kat Beladau Kolam pada Raya ke-4,ada sekolah dah start kelas tambahan.Kesian pada Cikgu-cikgu yang bersungguh buat kelas tambahan pada Hari Raya.Tapi ALHAMDULILLAH.... Cikgu buat kelas tambahan tu.Kalau tidak...tak taulah apa yang By akan jawab masa periksa nanti.UPSR cuma tinggal 2 hari aje lagi.Periksa hari Selasa ni,21-23hb September 2010.Buatkan nanti By jawab Sate,Tapai,Lontong,Soto,Mee Rebus Jawa...sape yang susah.KA......jugak.

Dan satu-satu lagi,hari ni Yang dah start keja dan anak-anak KA dah start sekolah...KA boleh CONQUER PC ni sorang-sorang...MUAHAHAHA.....Seronoknya takde yang kacau...(ada juge ke Ummi yang macam gini???).


Untuk gambar-gambar Raya,Insyallah akan menyusul kemudian sebabnya hari ni 'DO' pun dah terpaksa masuk 'Office'.Selalunya ada 'ADO' aka Kakak...huhuhu....

Thursday, September 9, 2010

YEHHH...YEHHH...ESOK RAYA.

Salam Ukhuwwah...




Cuma tinggal sehari aje lagi Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita semua dan Aidil Fitri akan menjelma.Anak-anak KA terutamanya Girl,bukan main suka lagi.Selepas menghitung hari selama sebulan,akhirnya tinggal sehari aje lagi dah nak Raya.Dengan baju baru,tudung baru,kasut baru. Apataknya.Tentulah dia suka sangat.Yehhh...lagi 3 hari nak Raya...Yehhh...lagi 2 hari nak Raya dan tadi YEHHH...lagi sehari nak Raya...KA rasa,semua budak-budak akan bersorak macam gitu.Sebabnya,KA pun dulu gitulah....
Tapi Yang lain pulak.Orang dah berumur.Sugul aje...Bimbang tahun depan tak dapat jumpa Ramadhan lagi.
Dikesempatan ini,KA bagi pihak Yang,Kakak,Abang,By,Girl dan Adik ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kaum keluarga,sahabat handai,pengunjung dan pembaca blog KA yang tak seberapa ni.
Semoga Ramadhan yang akan berlalu telah kita perolehi segala janji-janji Allah dan Aidil Fitri yang akan menjelang kita sambut di atas landasan Islam dan Iman.
Kepada semua...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN...

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT DATANG BULAN YANG MULIA.....

Salam Ukhuwwah...

Alhamdulillah.Tahun ini kita telah diberi kesempatan sekali lagi oleh Allah untuk menyambut bulan Ramadhan.

Malam tadi,KA,Yang dan anak-anak telah bertarawikh di Masjid Lama Sura,Dungun.Punyalah ramai orang yang gi sembahyang,sampai penuh satu Masjid.Dan Pak Imam telah berpesan supaya keadaan macam malam tadi akan terus kekal hingga keakhir Ramadhan.Insyallah....

Keadaan anak-anak KA nampaknya ok.Maklumlah dah besar-besar.Cuma Adik sorang aje yang tak puasa.Adik pun tak adalah makan sangat depan orang.

Tak boleh nak menaip cerita panjang-panjang sebab tak masuk 'office'lagi.Nanti tak ada apa-apa nak buat berbuka kalau 'DO' mengulor muahahaha....

Jom pakat ramai-ramai gi Tarawikh pulak malam ni dan malam-malam akan datang....


Free Orkut, Facebook and My Space Ramadan Mubarak Graphics Glitters



Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK...

Salam Ukhuwwah...

Alhamdulillah dan Insyallah tinggal sehari aje lagi kita umat Islam seluruh dunia akan menyambut Ramadhan Al Mubarak.KA harap tahun ni Ramadhan yang akan KA,Yang dan anak-anak lalui,lebih baik dari tahun yang sudah-sudah.KA taklah mengharapkan yang Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kami,tapi cuba memperbaiki seperti ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kami.

Kalau tahun yang lepas-lepas,dalam bulan ramadhan,KA sibuk ambik tempahan buat biskut dan kek raya.Tapi tahun ni tak tahulah kenapa KA rasa tak ada mood.Walaupun ada juga buat,tapi taklah bersungguh.

Mungkin juga sebab Mak Mertua KA baru aje meninggalkan kami mengadap Ilahi pada 23hb Julai 2010 bersamaan 11 Syaaban 1431 yang lalu.Setelah sakit hampir 4 tahun akibat penyakit kencing manis yang telah dihidapi hampir 20 tahun.Walaupun KA bukanlah menantu yang baik tapi dah hampir 18 tahun sejak KA kawin dengan Yang,KA duduk dekat dengannya.Taklah setiap hari KA pergi jengah,tapi selang beberapa hari KA akan pergi tengok.Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkannya di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan solehah.Amin...

Kepada semua terutamanya Mak,Abah,adik-beradik dan sanak saudara KA,kawan-kawan di alam nyata dan siber.Selamat menyambut Ramadhan.Semoga Ramadhan tahun ini antara Ramadhan yang terbaik buat kita semua.

Di bawah ini KA sertakan sekali Do'a yang boleh kita sama-sama amalkan di sepanjang Ramadhan dan semoga dapat manafaat bersama.Insyallah...




Thursday, July 29, 2010

MENGAPA YAHUDI BIJAK - SUATU RENUNGAN...

Salam Ukhuwwah...

Dah 16 hari KA tak buat n3 baru.Banyak perkara yang dah berlaku sepanjang tempoh tu.Terma suk perkara yang sedih.KA tak dapat nak cerita lagi.Insyallah KA akan cerita pada lain masa.

Untuk hari ni,KA nak berkongsi sesuatu yang begitu penting buat kita umat Islam jadikan panduan dan pedoman pada perkara yang baik-baik dan yang tidak bercanggah dengan Islam.Belum ter lambat untuk kita ikuti atau boleh juga kita turunkan kepada anak-cucu kita,bagi melahirkan umat Islam yang soleh dan bijak.

Artikel ini KA dapat dari Blog Tuan Ibrahim Tuan Man.Semoga boleh dimanafaatkan oleh kita semua.


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak
hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :
Adibah Mohd Noor
Matriculation Lecturer, Department of Sciences
UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.


(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Saturday, July 10, 2010

RESIPI SOTO

Salam Ukhuwwah...




Ohhhh....lamanya tak update blog...Bukan sengaja tak nak update tapi tak ada apa yang nak dikongsi.Kadang-kadang rasa bersalah juga bila KA bukak blog,masih ada yang sudi singgah walaupun tak ada n3 baru.Biarlah tak ramai yang baca,KA tetap rasa seronok untuk berkongsi sesuatu terutamanya resipi.Dan KA bukanlah pandai sangat masak.Tapi untuk resipi yang biasa-biasa,bolehlah...





Resipi ni KA dapat dari 'Tukang Masak Terhandal' dalam hidup KA.Sejak KA celek mata di dunia ni hinggalah sekarang,tak ada yang dapat tandingi 'Air Tangan' dia.Siapa lagi kalau bukan Mak.





Sebelum KA tulis resipi,KA nak cerita sikit.Cerita pun yang berkaitan dengan masak-masaklah.Dulu masa anak KA,Kakak kecik-kecik,Mak KA pernah tanya pada dia."Pandai tak Ummi masak???".Kakak jawab,"Pandai...".Dan Kakak siap tambah,"Sedap sangat".Muahahaha...





Bila Mak KA dengar Kakak jawab macam tu,dia suka.Mak KA tahu sangat yang KA ni agak kureng dalam bab masak memasak.Dan Mak pun memang tahu sangat yang semua anak-anak akan jawab macam tu sebab dari 'Air Tangan' mak-maklah anak-anak membesar.Terfikir juga samada anak-anak KA akan merindui 'Air Tangan' KA bila diaorang dah besar-besar dan duduk berjauhan dari KA.Macam yang KA rasa sekarang ni.







Berbalik pada resipi pulak.Sebenarnya Soto ni KA masak hari Jumaat.Hajat nak masak hari Sabtu,tapi rayuan dari anak-anak suruh masak hari Jumaat jugak bila dia orang tahu KA nak masak Soto terpaksalah diikutkan.KA pun dah lama terliur sebenarnya dan kebetulan Kakak pun balik minggu ni.Dan resipi ni KA buat dengan terperinci biar mudah sesiapa nak ikut.Kalau Mak baca,tentu dia gelak sebab kalau KA tanya Mak apa-apa resipi pun,Mak akan jawab"Agak-agaklah" atau "Lebih kuranglah".Tension.....






SOTO:


Bahan-bahan:


1 ekor ayam (dipotong 4 dan dibersihkan)


1/2 cawan santan pekat


40 g rempah soto


4 batang serai *


4 inci lengkuas * *dititik/dikatok


2 inci halia **


13 biji bawang merah **


5 biji bawang putih ** **dikisar halus




Bahan tumis:


2 inci kayu manis


2 kuntum bunga lawang


3 biji buah pelaga


15 biji bunga pe'kak


sedikit buah pala






Cara memasak:


1.Panaskan minyak dalam periuk.Tumiskan bahan tumis,bahan kisar dan rempah soto.


2.Masukkan 4.5 liter air dan santan.


3.Masukkan ayam,serai dan lengkuas.


4.Bila telah mendidih,masukkan garam dan gula.Rasa masin dan manis biarlah seimbang.


5.Masak sehingga ayam empuk.


6.Keluarkan ayam dan digoreng sebentar.Biarkan sejuk dan disiat-siat isinya.






Dimakan bersama:


Nasi kapit atau mee kuning (atau apa-apa mee yang dicelur dulu)


Pegedil


Daun sup dan daun bawang (dihiris)


Bawang goreng


Lada kicap (cili padi kisar dicampur kicap)


Taugeh/Camboh

Daging ayam yang telah disist-sist






Mungkin ada yang tertanya-tanya,KA guna rempah soto apa???Biasanya KA kalau nak buat soto,KA akan gunakan rempah soto yang dibeli di Johor.Samada rempah soto Syarifah atau Idaman.Jenis yang lain-lain KA tak pernah cuba.Tapi Kakak KA pernah juga cuba Rempah Soto Mak Siti.Rasanya guane???Itu KA tak tahu nak kabo...




Dan kelmarin KA buat Soto(yang dimakan dengan nasi kapit)dan Mee Soto.Dua versi sekali gus.Senangkan.Oleh kerana dah lama KA tak buat soto,Kakak,Abang,By,Girl dan Adik makan bukan main banyak lagi.Dan pagi tadi,breakfast pun makan Soto.Muahahaha...Senang hidup.












Contoh Rempah Soto yang KA gunakan kelmarin.





Tadaaa....Inilah Sotonya....









Kepada semua,selamat mencuba untuk menjamu selera...

Sunday, June 27, 2010

SAMBUT MENANTU SHIKIN DAN AZWAN.

Salam Ukhuwwah.

Selamat bercuti kepada semua warga Terengganu.Hari ini kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan cuti sempena Negeri Terengganu telah menjadi juara keseluruhan bagi kali ke2 berturut-turut di SUKMA yang telah diadakan di Melaka selepas memungut 47 Emas,30Perak dan 43 Gangsa,mengatasi saingan terdekat Selangor dan Wilayah Persekutuan apabila masing-masing memperolehi 43 Emas.


Dan hari ini juga KA masih nak berkongsi gambar-gambar di Majlis Menyambut Menantu yang telah diadakan di rumah pengantin lelaki di Gong Pak Maseh,Kuala Terengganu.


Majlis telah diadakan pada hari Ahad,06.06.2010 bersempena dengan hari ulangtahun yang ke..... pengantin lelaki.


Tak payahlah KA berceloteh panjang lebar.Kita cuci-cuci ajelah mata dengan gambar yang telah dirakam disekitar majlis...














Adik dengan sepupu.Madihah.




KA bersama adik lelaki tunggal,Hafiz.


















Yang disamping Ayah dan adik-adik.




Pengantin di samping Kakak-kakak,Adik dan anak-anak sedara.



Mak-mak sedara Angah,Neen,KA dan Mak.



Kakak disamping Aunty Keen,sepupu-sepupu dan Pak Usu.



Kat Banner pun sempat lagi berposing dengan sepupu-sepupu.




Mak disamping adik lelaki dan cucu-cucu.

Selepas balik dari rumah pengantin,Kami pun bertolak ke NACC di Cendering.Kita yang duduk kat Terengganu ni pun sibuk-sibuk meronda kat NACC.Walaupun dah biasa lalu kat sini tapi secara jujurnya ini adalah kali ke 2 KA singgah.Tapi taklah berborong macam Orang Johor. Cumanya...berposing sikit-sikit aje.



Adik nak gi mana tu???



By kena buli...



Interframe sikit...
Selepas tu kita singgah borong keropok kat Kedai 008 di Kelulut.Kedai ni kalau KA gi Tengganu dan anak-anak nak suruh Yang berhenti beli,Yang akan tengok dulu samada kena beratur panjang atau tidak.Kalau terpaksa beratur...alamatnya tak dapatlah makan kepok.KA kadang-kadang heran jugak dengan anak-anak KA ni,tak rasa jemu ke...
Tapi hari tu KA dan yang lain-lain begitu bersabar walaupun terpaksa beratur bukan sahaja panjang tetapi terlalu panjang....Muahahaha...nak wak gane???Gitulah....
KA sampai di Dungun lebih kurang pukul 6.30 petang dan kelam kabut solat 'Asar.Keluarga KA sampai Johor lebih kurang pukul 3.30 pagi.
Anak-anak KA seronok sungguh dapat naik bas beramai-ramai walaupun dekat sangat Dungun dengan Kuala Terengganu.Tak macam tahun lepas bila adik KA bernikah dengan orang Kota Bahru.Puas hati naik bas jalan jauh.Lepas ni tak tahulah pulak samada kita berpeluang lagi naik bas ramai-ramai macam gitu.Siapalah pulak nak bernikah dengan orang jauh???