Monday, May 31, 2010

TEMPAHAN DARI JIRAN UNTUK HARI GURU...

Salam Ukhuwwah...

Coklat ni KA dapat tempahan dari jiran KA iaitu Yus untuk diberikan kepada cikgu-cikgu anak-anak kembarnya di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin,Dungun,Terengganu.
Sempena sambutan Hari Guru yang lepas.Yus nak Coklat Oreo dengan 2pcs biskut oreo di dalamnya.Alhamdulillah KA dapat siapkannya walaupun dah 'last-minute'.




Sebelum dihiaskan.




Selepas di'touch-up' sikit dengan accessory pilihan Yus.KA tolong gamkan aje.





Coklat Oreo dengan 2 pcs biskut oreo di dalam RM1.80/pc.Oder minima 30pcs.Sesiapa yang berminat,bolehlah hubungi KA di 09-8458705/019-9195752.

Sunday, May 30, 2010

UNTUK JUALAN DI SMAASZA...

Salam Ukhuwwah...

Coklat ni sebenarnya KA dah buat sebulan yang lepas untuk Kakak jual di sekolah dia.Sebulan sekali bila Kakak balik dari asrama,KA kenalah buat coklat atas pemintaan.Jumaat baru-baru ni, KA pergi jumpa Kakak.Nak bawak dia gi tengok Tok yang dah 2 minggu masuk wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu.Kakak kata ,sekarang ni dia tak payah nak gi dorm lain untuk jual coklat,tapi kawan-kawan akan datang tanya sendiri kat dia.Senang kerja.Maklumlah orang dah tahu.Jadi sekarang ni KA kenalah jaga dan kekalkan kualiti coklat.Biar jangan sampai 'customer cilik' KA lari pulak muahahaha....


KA buat pelbagai jenis...




Coklat Oreo (1 pc biskut oreo di dalam) - RM 1.50





Assorted Chocolate - RM 4.50





Simple packing - RM 0.90/pc





Antara coklat oreo untuk dijual.

TERJUMPA BLOGGER TERKENAL...

Salam Ukhuwwah.

Dah bersarang rasanya rumah KA ni.Apa taknya,dah hampir 2 minggu tak ada post n3 baru.Minggu lepas sibuk dengan 'tugas'.Bila dah selesai 'tugas',sibuk nak relek pulak.


Tapi n3 yang ni kena buat cepat-cepat.Sebabnya takut basi pulak.


Kelmarin hari Sabtu 29.5.2010,KA ada jemputan di rumah jiran lama KA,Badariah dan Hj,Azhar di Paka.Ada majlis Walimah untuk anak sulung mereka,Kak Long atau Athirah.
KA,Yang,Girl dan Adik pergi lepas Solat Zohor.Lepas habis makan,nak gilah jumpa 'Mak Pengantin'.Masa nak masuk rumah,ada orang tegor atau tanya."Kenal tak Mak Pengantin?".KA pun jawab,"Kenal".Masa jawab tu KA tengah tunduk nak bukak selipar Adik.Bila KA dongak aje ke atas,"Eeeh...Kak Liza...".Kak Liza tanya,"Mana kenal???".KA rasa soalan tu tak payahlah KA nak jawab.Sebab,siapa-siapa yang suka blog masakan,Insyallah akan kenal Siapa Sifu Chef Hanieliza.Betul tak???


Kak Liza memang peramah.Bila berbual,macam dah kenal lama.Tapi KA tak beritahulah yang KA ada masak guna resepi Kak Liza dan masuk dalam blog KA lagi.Malu....hehehe...

Kepada Badar,tahniah kerana dah dapat menantu.Selamat berangkat ke Arab Saudi akhir tahun ni kerana mengikut suami bertugas di sana.Buatlah blog supaya dapat berkongsi pengalaman hidup dalam suka dan duka di rantau orang.





Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU...

Salam Ukhuwwah...

Assalamu'alaikum dan Selamat Pagi semua Cikgu-cikgu,Guru-guru,Teachers dan Sirs.Diharap kan semuanya sihat wal'afiat.


Mungkin ada yang sangka KA ni mengigau agaknya.Hari ni bukannya 16 Mei.Tapi kelmarin.Dah sebab apa baru hari ni nak buat n3.Sebenarnya kelmarin KA sibuk sikit.Pergi Kuala Terengganu cari barang utk majlis perkahwinan adik KA minggu depan.Dalam 9 orang adik-beradik KA (seorang dah meninggal masa umur 3 tahun,23 tahun dulu),masing-masing dah dibahagikan 'tugas'.Jadi utk KA,'tugas' ini yang diamanahkan.Insyallah mudah bagi KA dan dipermudahkan Allah dalam melaksanakannya.Apa 'tugas' KA???KA akan beritahu dalam n3 akan datang. Insyallah.

KA tak bolehlah nak menaip panjang lebar,sebab hari ni nak start 'tugas'.Sebelum tu,nak selesai kan dulu tugas rumah yang tak pernah nak habis-habis ni.


Kepada semua Cikgu di seluruh Malaysia dan Dunia amnya.Dan khasnya kepada Cikgu-Cikgu di


1. Pontian Reservoir English School,P.U.B Ulu Choh,Pontian,Johor (1974-1977).

2. Sekolah Kebangsaan Pekan Nenas,Pontian,Johor (1978).

3. Sekolah Rendah Laksamana,Kota Tinggi,Johor (1979).

4.Sekolah Menengah Laksamana,Kota Tinggi,Johor (1980-1984).

5.Institiut Kemahiran MARA,Johor Bahru.Johor (1989-1990).

Walaupun kebanyakan dari mereka telah pun pencen,tetapi jasa merekalah yang telah menjadikan ramai insan manusia samada yang berjawatan ataupun tidak.

Kepada mereka semua.KA ucapkan.....








Tidak lupa juga kepada 'insan teristimewa',yang tiada tandingnya.Yang telah mengenalkan KA Asas AlQuran dan kehidupan iaitu Mak dan Abah.




Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

Salam Ukhuwwah.




Hari ni dah lebih kurang 18 tahun KA diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai sebuah kehidupan sebagai seorang Ummi kepada 5 orang 'Permata Hati'.Walaupun KA bukanlah seorang Ummi yang lemah lembut dari segi tutur bahasa dan perwatakan tetapi itu bukan bermakna KA tidak berlemah lembut dari segi hati dan perasaan.






Semua orang tahu betapa besarnya pahala menjadi seorang ibu dan betapa besarnya ujian untuk menjadi seorang ibu.Dibawah ini adalah koleksi artikel yang telah KA ambil dari iluvislam.com.




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



7. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".


8. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


9. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


10. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


Walaupun begitu,tak semua berpeluang menjadi ibu dan yang berpeluang pulak tak menghargainya.


Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku kepada seorang rakan sekelas By iaitu Mail (bukan nama sebenar).Mail pelajar tahun 6.Kedua emak ayah Mail telah bercerai.Mail mempunyai seorang adik perempuan,tahun 5 dan seorang adik lelaki tahun 1.Ayah Mail berkahwin baru.Dengan Mak tiri,Mail ada 2 adik baru.Ayah Mail kerja 'off-shore'.Sebulan sekali baru balik.Pergi dan balik sekolah,Mak tiri Mail yang hantar.Yang menyebabkan hampir ramai kawan-kawan Mail yang tahu cerita ni dan sedih ialah Mak tiri Mail akan ambil mereka 3 beradik dari sekolah selepas pukul 6-6.30 petang setiap hari.Walaupun waktu sekolah tamat awal,begitulah setiap hari.


Kalau ada acara sukan,Mail lebih suka menyertainya.Lepas habis latihan atau sukan,mandi di sekolah dan bersiap untuk kelas tuisyen malam.Tumpang duduk di pondok 'Pakcik Jaga'.Kadang-kadang 2 adik-adik Mail pun tak balik sama.Tunggu sehingga Mail balik pukul 9.30 malam.Kalau balik awal,siapa yang nak 'backing'bila Mak tiri pukul.


Dalam kelas tuisyen malam,ada yang terdengar adik Mail merenggek lapar perut.Mail cuma boleh pujuk suruh adik tunggu sampai habis kelas.Mak tiri cuma beri RM 1 shaja sehari,walau pukul berapa mereka balik.Tapi rezeki mereka ada di mana-mana.Sehabis kelas,ada aje hamba Alah yang menghulurkan makanan.'Makcik Jaga' disebelah pagi akan bawak makanan lebih.Cikgu-cikgu bergilir belanja makan, kawan-kawan hulur duit belanja.Itulah yang berlaku sejak awal tahun ini.Puncanya semua tak tahu sebab baru tahun ini terdengar cerita.


Khamis 5/5/2010 birthday Mail.Satu kelas pakat ramai-ramai raikannya.Ada yang bawak mee goreng , air botol,kek harijadi,belon dan macam-macam.Cikgu-cikgu beri hadiah.By kata seronok sangat.


KA ada juga tanya pada By,mana Mak sebenar Mail.By kata Mak Mail dah kawin lain.Kenapa Mak Mail tak ambik Mail dan adik-adik,itu By tak tahu.Bila By tanya macam-macam,Mail kata dia kena sabar aje.


Banyak persoalan yang timbul di kepala KA.Ayah Mail tak tahu ke apa yang Mak tiri buat?Mana Mak Mail?Tanggungjawab yang Mail pikul?Macamana Mail nak hadapi UPSR nanti dan macam-macam lagi.


Semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran pada Mail untuk hadapi ujian ni.Terdetik juga di hati nak ambik mereka jadi anak angkat.Sebab macam tak percaya cerita dalam drama melayu yang selalu di tonton berlaku di alam realiti.


Itu cuma satu dari sejuta cerita yang berlaku dalam kehidupan kita setiap hari.Iktibar dari cerita yang KA paparkan ialah kita ambillah peluang yang Allah telah berikan untuk menjadi Emak,Ummi,Ibu yang terbaik dengan walau apa panggilan sekalipun.


Buat insan teristimewa yang telah melahirkan,membesarkan,mendidik,mengasuh KA menjadi insan manusia.Yang garang tapi tempat KA selalu mencurah segala rahsia dan cerita dari dulu sampai KA telah berumahtangga.Yang memahami setiap seorang dari 10 anak-anaknya.Yang selalu memberi nasihat terutama tentang alam rumahtangga.Yang tak pernah tambah 'perisa' bila kita ngadu tentang mertua.Menjadikan kita sedar,mungkin kita yang 'mengada-ada'.Insyallah sayang mertua pada kita akan hadir juga.Biarlah entah bila.Sebab Mak tahu Mak dah didik anak-anak Mak macamana.

Yang dulu KA rasa pilih kasih.Rupa-rupanya tidak.Sebab bila KA dah jadi Emak, barulah tahu yang anak-anak memang tak pernah puashati dalam pembahagian kasih.

Seorang yang pakar masak.Bukan hanya anak-anak yang suka makan 'air tangan' nya.Bahkan menantu,adik-beradik, ipar-duai,besan malah jiran tetangga.


Ucapan paling ikhlas penuh kasih sayang,buat Emak,Ungku Fatimah binti Ungku Abd.Majid.Kasih Emak tiada tandingan.Dari dulu sampai bila-bila.


Buat Mak Mertua,Mek Esah binti Salleh,Semoga sabar menghadapi ujian sakit yang Allah beri.Terima kasih kerana telah mendidik dan memberi tumpang kasih sayang Yang.


Juga buat semua adik-beradik KA,kawan-kawan dari kecil sehingga dewasa di alam nyata atau siber.Ipar duai,sepupu-sepupu dan semua insan istimewa yang telah terpilih menjadi ibu,'SELAMAT HARI IBU" buat semua....



Wednesday, May 5, 2010

26 TAHUN DALAM SIMPANAN....

Salam Ukhuwwah...


Baru-baru KA sibuk mengemas almari bilik Kakak.Lipat mana yang perlu.Susun yang berterabur.Dan buang mana yang patut.Dalam berselongkar tu,KA terjumpa sebuah sajak yang telah di tulis oleh seorang sahabat masa tingkatan 5 di Sekolah Menengah Laksamana,Kota Tinggi tahun 1984.Sajak ni ditulis untuk subjek lukisan.Kalau tak silap KA untuk tulisan Khat Rumi (lebih kurang macam tulah).Disalin dari sajak orang lain.Sajak yang dia beri pada KA adalah yang dibuat untuk latihan sebelum dia hantar yang terbaik pada Cikgu.Dalam sedar tak sedar dah 26 tahun KA simpan.Punyalah lama.Dah boleh diketegorikan sebagai barang antik lagi.


Nama sahabat KA tu Arfah binti Yahya.Dalam ramai-ramai kawan KA,Arfahlah yang paling banyak pengetahuan dalam agama.Rajin membaca kitab-kitab.Dan selalu juga pinjamkan pada KA.Bukan KA nak pinjam tapi dia suruh KA pinjam.Maknanya...dia nak suruh KA bacalah.Baca kitab,maklumlah...bukannya macam baca komik 'Gila-Gila' yang tengah popular masa tu.Punyalah lama nak habiskan.Sampaikan ada satu kitab yang KA tak pulangkan dan KA pun tak ingat letak kat mana.KA harap dia akan halalkan.


Tapi sekarang KA tak tahu Arfah ada kat mana???Tak dengar khabar berita.Kali terakhir KA terjumpa dia masa KA kat IKMJB (tahun 1989/90).Terjumpa dalam bas masa 'outing' nak ke JB.Belum pulak cuba cari kat Facebook.Sebabnya,KA dah jumpa ramai kawan-kawan masa kecik-kecik dulu,dalam FB.Sampaikan ada muka-muka yang dah berubah sungguh,sampaikan KA tak kenal...Dan punyalah lama,sampaikan panggilan masa kecik-kecik pun KA boleh tak ingat....kelakar sungguh...


Buat Arfah,walau dah bertahun-tahun berpisah,InsyaAllah Sajak "KEKASIH TUHAN" ni,KA akan tetap simpan buat kenangan.Semoga kita berada diatas 'jalan yang sama'.





Saturday, May 1, 2010

TERIMA KASIH DAUN KELADI...

Salam Ukhuwwah...

Terlebih dahulu KA nak ucapkan beribu-ribu lemon ooppsss...salah,beribu-ribu,juta-juta terima kasih kepada E-na,kerana sudi memberikan KA Award.Sebenarnya dah lama E-na suruh KA ambik award tu,tapi oleh kerana nilah first time KA dapat award,jadi KA tak taulah cara-cara nak gi ambik.Maka terpaksalah tunggu IT Consultant KA yang duduk kat asrama tu.Kakaklah yang ajar KA cara-cara macamana nak 'berjalan atas pentas,bila nak gi ambik award tu'.Nanti lain kali,bila ada yang sudi beri lagi,pandailah KA nak mengambilnya.


Kepada E-na,KA ucapkan Terima Kasih Daun Keladi,Bila-bila sudi,berilah lagi....Huahahahaha...