Tuesday, February 23, 2010

RINDU YANG TERPENDAM...27 TAHUN LAMANYA...

Salam Ukhuwah...

Pagi tu KA sedang berada dalam Lab Fizik.Ternampak Abah datang.Sukanya.Tak tahulah kenapa.Setiap kali nampak abah,KA rasa lega hati.Abah masuk lab.Minta izin Mr.Peter Quek (Cikgu Fizik)nak jumpa KA.KA keluar tanya Abah,"Kenapa Abah datang?"Abah kata ".........Abah dah mintak izin Cikgu nak bawak Ani balik."KA masuk lab semula. Cepat-cepat kemas buku.Masuk kelas pulak,ambik beg.

Sementara tu,Abah pegi kelas adik KA pulak,Lon(kelas 3 Perdagangan 1).Kami balik ke rumah.Terus ke BBU,Johor Bahru (rumah Makcik KA,Neen)Tapi KA tak ingat,kami ke sana naik apa.Masa tu,Abah tak ada kereta lagi.

Sampai sana,orang dah ramai.KA terus masuk ke dalam cari......Sedihnya KA.Tak dapat KA nak kata macamana.Baru minggu lepas KA jumpa dia.Tapi hari ni.....

Biasanya kalau Neen tak kerja samada hari Sabtu atau Ahad,Neen akan datang ke rumah kami di Kota Tinggi.Dan minggu tu Neen datang dengan Uncle Am (suami Neen),Farra (anak) dan .......

"Aku suka sangat datang rumah Buntat (panggilan manja untuk Mak KA) ni.Ramai yang melayan."Katanya dengan nada yang lemah.Neen kata,dah lebih 2 minggu 'dia'demam.

Hari tu,Mak KA goreng jemput-jemput ikan bilis.'Dia'makan banyak.Neen kata,'dia' tak ada selera makan.Sambil makan-makan,cerita-cerita,suka-suka,ketawa-ketawa dan macam-macam lagi.

Tapi hari ni.....23hb Februari 1983...

Hari ni KA masih merinduinya.Dah 27 tahun Tok Nyang pergi mengadap ILLAHI.MEMANG tak ada pengganti.KA selalu cerita pada anak-anak KA tentang Tok Nyang.KA nak mereka sayang Tok Nyang macamana KA sayang dia.Biar anak-anak 'rapat'dengan dia walaupun tak pernah jumpa.

Terlalu banyak kenangan KA dengan Tok Nyang....

Kita selalu pergi cari daun pegaga kat Dam P.U.B Ulu Choh.Bagi KA yang masih sekolah rendah,pergi jalan kaki,memanglah rasa jauh.

Lepas makan tengahari,pegi tengah padang,cari 'Jarum Mas'.Tok Nyang nak buat ubat.
Selalu curi makan hirisan pelam yang Tok Nyang jemur untuk buat'Acar Buah Pengantin'.

Mintak duit nak beli gula-gula."Lima sen aje Tok...Itu pun tak ada ke...?""Aku kata tak ada tu tak adalah..."sambil keluarkan beg duit dan segala benda dari kocek besar kat depan baju kurung lusuh dia."Ha!tengok-tengok,mana ada..."Memang tak ada.Yang ada cuma duit syiling lama entah zaman bila.

Kalau tidur rumah Tok Mak,(anak Tok Nyang,Mak kepada Mak KA)KA lebih suka tidur dengan Tok Nyang.Sambil dia main daun terup(tilik nasib orang agaknya,semoga ALLAH mengampunkannya)KA main bayang-bayang kat dinding."Ha!mainlah bayang-bayang tu.Malam nanti....."Apa lagi terus selubung dengan kain batik buruk Tok Nyanglah.

KA selalu cakap kat Tok Nyang "Nanti bila Ani besar...Ani beri Tok duit,penuh satu bilik..."

Tapi itu masa KA kecik-kecik.Sekarang KA tahu,Tok Nyang tak nak duit penuh satu bilik.Hanya Doa dan bacaan Al-Qur'an yang diharapkan.Pesan KA untuk diri sendiri dan
anak-anak,jadilah anak-anak Soleh dan Solehah yang mendoakan utk semua kaum Muslimin dan Muslimat,Mukminin dan Mukminat yang telah dulu meninggalkan kita.InsyaALLAH bila kita dah tak ada nanti,akan adalah orang-orang yang akan mendo'akan untuk kita.

Walaupun KA dah curahkan sedikit rasa hati di sini,kerinduan tu masih tak susut, malah makin menebal.KA rasa terkilan kerana tak cium Tok Nyang sepuas hati masa hari terakhir dia di dunia walaupun pipi tuanya dah sesejuk air di kali.

Doa KA yang selalu mengiringi Tok Nyang,Allahyarhamah Dara Binti Arshad:

"Ya ALLAH.Ampunkanlah segala dosa-dosanya walau sebesar zarrah sekalipun.Terimalah segala amalan baiknya walau sebesar zarrah sekalipun.Lapangkanlah kuburnya sejauh mata memandang.Terang benderangkanlah kuburnya dengan cahaya RahmatMU.Masukkanlah dia dan tempatkan dia ke dalam Syurga Firdaus dengan RahmatMU.Lindungkanlah dia dan jauhkan dia dari seksa kubur dan 'Azab Api Neraka.Tempatkan dia bersama hamba-hambaMU yang Soleh dan Solehah.Amin...Amin YA RABBAL'ALAMIN"

AL-FATIHAH....

Monday, February 22, 2010

RAIKAN BULAN CINTA INI...

Salam Ukhuwah.

Bulan ini Bulan Cinta...
Siapa yg tak tahu.Hatta budak sekolah rendah sekalipun.Lebih dikenali dgn 'Valentine's Day'.Walaupun hari yg dirai oleh kebanyakkan orang dari seluruh dunia(termasuk remaja dari negara-negara yang mengaku negara Islam)jatuh pada 14hb Februari(dan telah pun berlalu),tetapi ianya diingati seawal masuknya bulan Februari.

KA bukanlah termasuk antara orang-orang yang meraikan 'Valentine's Day'ni dan melarang keras sekiranya sesiapa saja yang akan maraikannya termasuklah anak-anak KA sendiri,tetapi termasuk antara orang-orang yang meraikan 'Bulan Cinta'ini.Apa bezanya???Bezanya,KA dah raikannya sebelum tahu 'Valentine's Day'lagi.Dan akan meraikannya selagi hayat dikandung badan.

Bulan ini adalah bukti 'Simpulan/Ikatan/Jalinan Cinta'antara Abah dan Mak KA 43 tahun yang lalu.Kerana percintaan merekalah KA lahir di dunia ini pada 22.2.1967.Dibesarkan dengan kasih sayang.Dibekalkan ilmu dunia akhirat.Walaupun KA bukanlah orang yang berjaya menjawat jawatan yang boleh dibanggakan hanya seorang Surirumah,tetapi inilah yang KA pilih sendiri.

Doa KA untuk diri KA sendiri "Semoga ALLAH meRahmati hidup,mati dan segala yang KA lakukan di dunia ini buat bekalan di 'sana'.InsyaALLAH."

"SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 43 BUAT DIRI KA"

Sunday, February 21, 2010

SUKANEKA PAS UPU GONG PASIR...

Salam Ukhuwah...

Alhamdulillah...Itulah ucapan yang paling tepat sekali setelah selesainya semua perancangan dan pelaksanaan OPS AL-FALAH bagi UPU GONG PASIR.

Pelbagai program yang telah dirancang berbulan lamanya dan akhirnya telah terlaksana dengan jayanya hasil drp kerjasama yg telah diberikan oleh pelbagai pihak.

Antara program tersebut ialah Ziarah,Qiamulail,Kuliah Maghrib,Kuliah Subuh,Ceramah Kelompok dan Ceramah Umum.

Penutup bagi semua acara yg di atas ialah Sukaneka.Ianya telah diadakan di Padang Awam Taman Rakyat Jaya,Dungun,Terengganu.Bermula dari pukul 8.30 pagi sehingglah pukul 12.30 tengahari.Pemuda PAS DUN telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pada pagi itu.Telah dibantu oleh Muslimin PAS Cawangan-cawangan.

Pelbagai acara telah dipertandingan bagi Muslimin,Muslimat dan Kanak-kanak.Sambutan yg diterima begitu menggalakkan dan sungguh meriah.

Sekiranya ada kelemahan dan cacat-cela ketika program OPS AL-FALAH ini berjalan,diharapkan agar dapat diperbaiki bersama dimasa akan datang.Apa-apapun, semoga semua yang terlibat dlm program ini mendapat ganjaran pahala drp ALLAH S.W.T .
InsyaALLAH.AMIN......

KA rasa hanya gambar-gambar di bawah ini sahaja yg dapat menceritakan segala-galanya.





KA 'interframe' dulu...

Adik dan kawan dia,Muttaqi.





Antara orang-orang kuat Sukaneka.






Sambutan yg diterima dari orangramai.







Sambutan Muslimin.





Acara Muslimat,Pancing ikan oooppss....pancing botol.


Tiup belon.


Pengerusi PAS Cawangan Tmn.Rakyat Jaya membuat cabutan bertuah.


Muslimat yg bertuah menerima hadiah drp Pengerusi PAS Cawangan Tmn.Rakyat Jaya.


Antara Muslimat yg hadir.




Macamana boleh tersimpul tali joran aku ni?


Tak terlerai lagi ke?


Dapat ikan tak Girl?


Ucapan Penutup drp Pengerusi DUN Rantau Abang merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Azman Shapawi B.Abd Rani.


Muslimin khusyuk mendengar ucapan.



Muslimat menerima hadiah drp isteri mantan ADUN Rantau Abang.



By menerima hadiah tempat ke-2 dlm acara membawa bola dlm sudu (tak macho langsung he..he..he..)drp Pengerusi PAS Cawangan Gong Pasir.

Wednesday, February 17, 2010

PROJEK DALAM PELAKSANAAN...

Salam Ukhuwah.
Masih ingat tak lagi yang KA pernah beritahu dalam N3 lepas bahawa KA akan buat sikit bisnes dlm blog ni.Jadi sebagai permulaan,KA tunjukkan dulu apa yg akan KA jual dimasa akan datang.

Tapi,bagi sesiapa yang nak merasa kek lapis,bolehlah menempahnya bila-bila masa sahaja mulai sekarang.Antara kek lapis yang KA ada jual buat masa ni ialah :

1)Lapis Coklat Van Houten - 7x7 RM 60
8X8 RM 70
2)Lapis Limau Purut.*

3)Lapis Ice Cream.*

4)Lapis Nenas.*

5)Lapis Masam Manis.*

6)Lapis Prune.*

*Bagi kek lapis yang bertanda * 7X7 RM 55
8X8 RM 65

Untuk kek lapis,KA hanya gunakan bahan-bahan yang halal dan bermutu sahaja,InsyaALLAH.Butter hanya dari jenis 'Pure Butter'seperti Golden Churn atau Tatura.

Buat masa ni tak ada lagi gambar untuk ditunjukkan.InsyaALLAH dalam masa terdekat,KA akan cuba masukkan gambar-gambar kek lapis tu.
Bagi sesiapa yang ingin menempah kek lapis,bolehlah menghubungi KA/Kak Ani : 09-8458705/0199195752

Sebelum KA mengakhiri cerita malam ni,cucilah mata dengan gambar-gambar di bawah bersama 'MODEL'terpilih....

Tart Telur.

'MODEL'terpilih.


Tart Fruit Cocktail.

Lapis Chocolate Van Houten.

Lapis Chocolate Rice.

Homemade Chocolate.



Monday, February 8, 2010

KONVENSYEN MUSLIMAT TERENGGANU.

Salam Ukhuwah.

Dah lama KA tak update blog.Nak kata sibuk,taklah juga.Orang duduk rumah macam KA ni,walau sibuk macamana sekali pun,masa yang kita ada,panjang.Kadang-kadang mereka yang bekerja lebih pandai menguruskan masa berbanding surirumah sepenuh masa.


Pada hari Sabtu 6/1/2010 bersamaan 21 Safar 1431,KA berkesempatan mengikuti Konvensyen Muslimat Pas Terengganu yang diadakan di Rusila,Marang,Terengganu.

Setiap Cawangan Muslimat dikehendaki menghantar 10 peserta.Turut disertai oleh guru-guru PASTI dari seluruh Terengganu.Tema Konvensyen adalah "Muslimat Penjana Kemenangan".Kehadiran atau sambutan peserta Konvensyen begitu menggalakkan.Hampir 3000 Muslimat dari seluruh 8 Kawasan di Negeri Terengganu telah membanjiri perkarangan Masjid Rusila sepanjang berlangsungnya Konvensyen dari pagi sehingga petang.

2 kertaskerja telah dibentangkan oleh YB Bukit Payung Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah dan YB Rantau Panjang Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff.Konvensyen dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Tujuan Konvensyen ini diadakan adalah bagi menyusun gerakerja parti dalam menghadapi pilihanraya kecil atau PRU ke 13.

Dibawah ini adalah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat KA rakamkan disepanjang Konvensyen...

Perasmi Konvensyen,Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

YB Bukit Payung.





Sambutan Muslimat yang begitu menggalakkan.

Muslimat Pelapis