Thursday, December 31, 2009

Disini.....Segalanya Bermula.

Disini.....Segalanya Bermula
Menyulam kasih,
Membentuk kehidupan,
penuh kejayaan.
Buat tatapan,
Jadi renungan
dimasa depan,
bukan untuk dibangga-banggakan.
Mengatur langkah, penuh berhemah
agar tak rebah.
Langkah penuh berhati-hati,
Melintasi titi,
ke jalan diredhai
menuju Ilahi.
Andai tersasar,
Tunjukkan jalan menuju keluar,
akan diterima segala teguran dengan sabar.
Agar tak nyesal menjadi bahan untuk di bakar.
Moga kasih yang bersemi...
kejayaan yang menanti...
membentuk ukhuwah yang sejati.
Kerana
Disini.....
Segalanya Bermula.