Sunday, January 30, 2011

USRAH PENGIKAT UKHUWWAH....


Salam Ukhuwwah.

Masa KA buat n3 ni,badan KA kurang sihat.Dah 2/3 hari.Bila KA kabo ke Yang,jawapan Yang "Haaaaa...tak sihat...ke????".Bila anak-anak tengok KA terbaring berselimut,masing-masing tersenyum penuh makna.Memang sungguh KA tak sihat tapi tak pulak demam.Tekak rasa loya macam nak makan asam.Perut rasa tak sedap semacam.Badan lenguh-lenguh.Tak selesa.

Memanglah anak-anak KA ada kata,"Sorang aje lagi Ummi..."KA kata "Ummi dah tua".Dia orang jawab "Ummi muda lagilah..."Tapi KA tetap tidak mempedulikannya...muahaha...Apa dia orang ingatkan 44 tu muda lagi ke...KA tetap berdebar-debar juga.

Kita abaikan cerita tadi.

Selasa lepas 25/1/2011,kat rumah KA ada buat usrah.Macam tulah setiap 2 minggu sekali. Bergilir dari satu rumah ke satu rumah yang sudi menjemput.Ahli usrah,taklah ramai sangat. Lebih kurang 10 orang.Pembuka dengan Al-Ma'thurat,Teks yang digunakan 'UCAPTAMA TG Haji Hadi di Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010',hafazan surah dan Tazkirah.


Gambar di bawah,sekitar usrah di rumah KA.





Selepas usrah,sedikit jamuan disediakan.








Menu yang disediakan,agak ringkas,Spagetthi dengan sos segera dan Puding Laici Dangdut...




Wednesday, January 26, 2011

GAJI PERTAMA KAKAK.....

Salam Ukhuwwah.

Hampir 2 minggu KA tak berkesempatan untuk 'mengupdate'.Busy...busy...sesangat (busylah bagi KA yang selalu dok relaaaax je kat rumah).Banyak perkara yang berlaku dan dilakukan.

Tapi satu perkara ni memang KA suka sesangat.Teringat masa KA keja kilang kat Kota Tinggi.Keja bukannya berpangkat besar apatah lagi bergaji besar.Cuma 'minah kilang' je.Dan gaji yang KA dapat selepas 'bersungkur sembam' buat 'over-time' setiap malam sampai badan 'kurus kering' cuma seciput je.Tapi,setiap bulan hari dapat gaji,sebelum pergi kerja,KA akan pesan pada Mak supaya masak sikit aje untuk tengahari.Sebab malam tu KA nak belanja makan luar satu family.Dan untuk Mak setiap bulan KA tak pernah lupakan atau kurangkan pun.Tak banyak yang dapat KA hulurkan tapi itulah kemampuan dan keikhlasan.Bukan juga untuk membalas pada semua yang telah Mak berikan pada KA sebab tak terbalas pun tapi sebagai sesuatu yang boleh menyukakan Mak.Seronoknya...KA cerita ni bukannya untuk bermegah-megah tapi kenangan masa tu dah pasti tak akan berulang lagi.

Dan baru-baru ni Kakak yang mengajar cuma 2 minggu (3-13/1/2011) di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin,Dungun kerana menggantikan Cikgu yang cuti bersalin dapat gaji dan Kakak pun buat macam yang KA pernah buat dulu.Belanja makan.Yang kata tak payahlah nak belanja. Simpan aje duit tu buat belanja masa sambung belajar nanti.KA rasa mungkin Yang tak rasa apa yang KA dan Kakak rasa.Sebab,nama pun manusia dan kita memang berbeza...Tapi bila dah pergi makan,Yang pun seronok juga sebab dapat juga rasa 'Gaji Pertama Kakak' muahahaha....




Orang lain yang belanja makan,orang lain yang Adik cium....muahahaha....

Saturday, January 8, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-4,ADIK 'ALIMAH...


Salam Ukhuwwah.


Hari ni hari Sabtu 8/1/2011 dan hari ni jugak adalah hari ulangtahun yang ke-4 buat anak KA,Nur 'Alimah Nabeehah binti Nazir.Adik dah pun bersekolah di Pasti Qaryah Gong Pasir.

Pagi-pagi lepas hantar Adik gi sekolah,KA balik rumah dan duduk rumah sorang-sorang.Wah... sedapnya takda orang kacau....muahaha...










Itu semua hanya sementara.Minggu depan Kakak akan ada kat rumah semula sebab untuk 2 minggu ni Kakak jadi Cikgu sementara menggantikan Cikgu yang cuti bersalin kat sekolah Girl, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin.Dekat belakang rumah KA je.

Dah cerita ke lain pulak.

Untuk Adik,semoga menjadi insan yang solehah dan berjaya hidup di dunia dan akhirat. Insyallah.AMIN...
















YANG DAH BERLALU...

Salam Ukhuwwah.

Tahun Baru Masehi 2011 dah 8 hari berlalu tapi ini adalah N3 KA yang pertama.Malas ke???Mungkin juga dan mungkin tidak...muahahaha...

Tahun 2010 yang dah berlalu,banyak meninggalkan kenangan suka duka.Pada blogger yang rajin menulis n3 setiap hari yang berlalu,tak akan ketinggalan setiap yang berlaku.Tapi kalau macam KA ni,alamatnya susahlah nak ingat semula.

Cuti sekolah kali ni,KA,Yang dan anak-anak bukan main sakan lagi bercuti.Sampai 2 kali berjalan-jalan makan angin.Mula-mula pada awal cuti sekolah dan yang kedua pada akhir cuti sebelum penutup Tirai 2010.


Ke Majlis Perkahwinan di Yan Kedah:



OTW ke rumah pengantin lelaki di Penaga,Penang.


Tempat penginapan di Yan,Kedah.











Majlis Akad Nikah di Masjid.


Makan Beradap di rumah pengantin perempuan.


Yang dan Adik bersama pengantin lelaki dan keluarga.


KA bersama kakak pengantin lelaki.


Makan malam di Penaga selepas balik dari Kedah.Di Restoren Aidy.Sedap gok makanan kat sini.






Ke Cameron Highland:

Keesokan hari selepas balik dari Penang,sempatlah jugak singgah sekejap di Cameron Highland.Punyalah boring nak sampai kat sana.Sampaikan dalam hati KA tertanya-tanya,apa yang ada kat Cameron Highland hingga ramai yang sanggup melalui jalan yang 'bagai dipatuk ular' ni.Ternyata...bila dah sampai sana,macam tak nak balik aje...muahahaha....Insyallah lain kali nak pegi lagilah tapi tak tahu bila.

Lepas balik dari cameron Highland,terus pergi Seremban sebab mak KA ada kat rumah Adik.Duduk kat sana 2 hari,kami pun balik Dungun hari Khamis.Penaaatttt....sebab terpaksa basuh kain baju yang menggunung.









Makan-makan di RFC Kuala Terengganu:

Pergi Rfc di Kuala Terengganu,selepas balik dari Seremban.Rfc ni pun baru 2/3 hari di buka secara rasminya.Yanglah yang paling semangat sebab boleh makan hingga kenyang tanpa was-was.


Lenguh beratur lama...









Mystery Drive Petronas ke Melaka:

Kami bertolak lebih kurang pukul 5 pagi dari rumah,sebabnya pagi tu pagi Jumaat,jadinya sebelum Subuh kami mestilah keluar dari kawasan supaya dalam perjalanan, tak perlulah orang lelaki berhenti solat Jumaat.Tapi kalau nak solat Jumaat boleh jugak.



Selepas solat Subuh di Masjid Kampung Nyior,Paka,maka perjalanan pun diteruskan.Jadi untuk hilangkan boring,pasang CD dalam kereta.


Berhenti di check-point 1 untuk selesaikan mission yang diberi.


Pagi-pagi Adik dah buat perangai.


Nombor pendaftaran untuk kereta kami.


Check-point 1 untuk harta Mystery di Gambang.Masa ni anak-anak KA semuanya tengah tidor dalam kereta,jadi terpaksalah KA dan Yang aje yang turun cari apa-apa yang patut.


Isteri dan anak-anak sempat menjamu selera sementara suami-suami menyelesaikan tugasan.Pagi tu KA buat breakfast yang paling simple iaitu mee segera goreng,ayam goreng, keropok dan air kopi Sphyru.Tu yang anak-anak KA boleh tidor kekenyangan.

Selepas tu ada satu lagi Check Point 2 di Muazam Shah,Kuantan.Sampai kat sana lebih kurang pukul 12 tengahari.Masa ni dah tak larat nak bergambar.

Berhenti Solat Qasar Jama' Zohor dan Asar di kawasan kampung di kaki Gunung Ledang.


Kami sampai di Puteri Resort Melaka dalam pukul 4 lebih.


Sementera menunggu Yang beratur ambik kunci bilik untuk check-in hotel.








Breakfast pagi Sabtu.(gambar blur sebab cameraman pun blur)


Lepas breakfast terus pergi Wonderland.Punyalah ramai manusia sampai bersesak-sesak.Nasib baiklah tiket dah beli awal kalau tak terpaksalah patah balik.


Yang tengah pujuk Adik yang penakut nak main air.


Anak-anak KA yang bersungguh nak gi Melaka sebab boleh gi Water Theme Park.Kalau tak boleh gi sini,dia orang lebih rela tinggal kat rumah.Girl tak ada dalam gambar sebab baru lepas nangis naik slide tinggi yang mengecutkan perut dia....muahahaha...