Sunday, November 27, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433.....DAN SELAMAT PENGANTIN BARU....


Salam Ukhuwwah....





Dalam kita sibuk menjalani kehidupan seharian,sedar tak sedar dah setahun masa berlalu meninggalkan kita.Umur kita semakin meningkat,tapi amalan kita...????Hanya kita aje yang tahu samada terus meningkat atau jatuh merundum...Bagaimana dengan azam kita pada setiap Tahun Baru Hijrah....???

Semoga pada tahun ini azam yang tak dapat KA laksanakan atau yang separuh jalan,dapat disempurnakan dengan ikhlas semuanya kerana Allah.Insyallah.

Kelmarin,Sabtu 26.11.2011.KA,By,Girl dan Adik sempat menghadiri Majlis Perkahwinan Cikgu Mas yang telah bertemu jodoh dengan seorang Ustaz.Cikgu Mas dan Ustaz adalah tenaga pengajar di sekolah Girl iaitu Sekolah Rendah Bersepadu Zainal Abidin,Dungun,Terengganu.

Majlis untuk 2 beradik iaitu Cikgu Mas dan Kakaknya telah berlangsung dalam cuaca yang begitu baik

Buat Cikgu Masturina dan Ustaz Fadhli,doa KA semoga jodoh mereka dalam Rahmat Allah dan kekal hingga JannahNya....Insyallah. 



                                                   

Dan selepas balik dari Jamuan,KA terus ke rumah seorang kawan yang telah menempah 'Tart Cocktail' lebih 2 minggu lepas.AllahuRobbi.Kesian pulak pada orang yang tengah mengidam....Buat Za,jangan seriklah bila nak tempah lain kali...muahahaha.....


                                                            





Wednesday, November 23, 2011

BY SUKA SANGATLAH.......


Salam Ukhuwwah.

Malam Selasa,masa kat dapur,KA cakap sorang-sorang,"Esok nak masak Nasi Ayam,Insyallah" sambil keluarkan ayam yang kerasbeku dari freezer.Masa KA cakap tu,Adik ada kat dapur.Dia pun jalan masuk dalam.Sampai kat dalam,dia duduk dekat sebelah Abang.Dengan nada mengejek dia cakap,"Esok nak masak Nasi Ayam,Insyaawwah".Sellok (ketawa terbahak-bahak) Abang dengan By ketawa.Boleh dia ejek Ummi dia macam gitu.....???

Dan yang paling suka sangat bila KA nak masak Nasi Ayam ialah By.Maklumlah orang duduk asrama. Kalau masa Kakak duduk asrama hari tu,bila KA masak yang sedap-sedap sikit bila Kakak nak balik rumah,Girl akan bunyi "Mentang-mentanglah anak kesayangan Ummi nak balik,Ummi masak sedap-sedaplah...".Anak.....anak.....Ada aje yang dia orang tak puas hati......

Dan esoknya,lepas kemas rumah dan sidai kain baju yang bertambun membukit,maka operasi yang diejek oleh Adik pun bermula....

Masa KA sedang masak,sekejap-sekejap Adik masuk dapur tanya dah siap masak ke belum.Selang beberapa waktu,tanya pulak,tanya pulak.Setiap kali Adik tanya,KA akan jawab,"Dok agi...dok agi...". Agaknya dia boring bila tanya asyik tak siap lagi,dia boleh kata "Lamanya Ummi masak.Dari tadi Adik tunggu.Lapar doh ni.....".Muahahaha.....Semalam boleh dia ejek kita.Pastu dia yang tak sabar-sabar nak makan.....


Oklah kita jamu mata ajelah sebab resepi ni,biasa-biasa je.Takde yang istimewanya.....














Monday, November 21, 2011

SAYUR KINCAM / SUP TELUR


Salam Ukhuwwah...

Cuti sekolah dah bermula,
Mak-mak dah start pening kepala,
Wahai anak-anak,janganlah gi tak tentu hala,
Baik tolong mak kat rumah,kan dapat pahala.......

Sebelum KA membebel pasal anak-anak KA yang dah start cuti panjang,baiklah KA terus ke resepi hari ni.....

Sayur Kincam atau Sup Telur ni bukanlah lauk yang KA masak hari ni tapi dah beberapa minggu yang lepas. KA lambat masukkan resepi ni sebab tak jumpa wire/jumper/entahapakenamadia untuk transfer gambar dari camera ke komputer ni.Dan oleh kerana hari ni agak terlebih masa santai tanpa gangguan sesiapa,maka bolehlah KA duduk dengan selesanya di depan sini untuk menaip resepi....

Dulu-dulu,lauk ni biasanya Mak KA masak masa hari panas.Sedap kalau nak menghirup kuah.Dan kalau Mak KA masak,tentu punya penuh satu periuk.Selain dari lauk kegilaan semua,ianya amat senang dan cepat untuk dimasak.Budget pun murah.Sesuai untuk anak ramai,lebih-lebih lagi akhir-akhir ni 'ORANG' suka-suka nak naikkan harga barang tanpa beritahu dulu.... 
                                                                                                                 Dan hari ni,KA pun suka sangat masak lauk ni,sebabnya samalah seperti yang di atas............Tapi resepi yang KA tulis kat bawah ni dah terderhaka sikitlah dari resepi Mak dan untuk sesiapa yang nak masak sikit.Kalau KA masak,dah tentu penuh satu periuk dan habis sekelip mata........muahahaha.




                                      
RESEPI SAYUR KINCAM/SUP TELUR.

Bahan-bahan:

6 biji bawang merah ( dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
3 biji kentang (dipotong 4/6)
3 biji telur.
200 g udang basah
25 g cendawan kering *
25 g tauhu kering *
40 g bunga jantung pisang kering *(nama sebenar KA tak tahu)
15 g suhun *
*rendam hingga lembut dan toskan airnya.
1/2 batang lobak merah (hiris memanjang)
1/2 biji tomata yg besar (didadu kecil)
2 sudu besar serbuk pati ayam (jika suka)
2 liter air
garam dan gula secukupnya
hirisan daun sup dan daun bawang 
bawang goreng

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  3. Masukkan air,kentang dan bahan yang telah direndam.
  4. Biarkan mendidih dan kentang empuk/masak.
  5. Masukkan serbuk pati ayam,garam dan gula secukup rasa,lobak merah,tomato dan udang basah.
  6. Biarkan mendidih sebentar.
  7. Perlahankan api dan pecahkan telur sebiji-sebiji.
  8. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
  9. Sebelum dihidangkan,taburkan hirisan daup sup/bawang dan bawang goreng.





Kepada semua, "Selamat mencuba untuk menjamu selera....."



***Kalau Kakak yang kat Joden dah lulus masak lauk ni.......bolehlah kita 'berbincang'......

Sunday, November 20, 2011

SAKITNYA...


Salam Ukhuwwah.

Dah agak lama KA tak update blog.Dah dekat sebulan rupa-rupanya.Alasan yang munasabah memang tak ada.Cumanya,buat-buat sebok mengalahkan isteri 'PEE EM'.
                                                                                                                                                           2/3 hari lepas KA sakit gigi.Punyalah sakit hanya Allah saja yang tahu.Sakit yang berterusan sampai tak ada break sikit pun.AllahuRabbi.Tak pernah KA rasa sakit macam gitu.Start sakit pada petang Khamis.Ingatkan legalah lepas tu.Tapi tak.Padahal KA baru aje tampal gigi tu hari Isnin.Bukan tampalan biasa,tapi Doktor masukkan kapas yang dicampurkan ubat ke dalam lubang gigi.

Pukul 11 pagi Jumaat tu dah tak tahan sangat sakit,ajak Yang cari klinik gigi.Hari Jumaat,mana ada klinilk yang bukak.Sepanjang hari Jumaat,KA rasa KA dah makan Paracetamol yang terbanyak sepanjang hayat ni.Selang 4 jam KA akan makan 1-2 biji.Berkomor air garam lagi.Masukkan dalam lubang,kapas yang dah dicelop dengan gambir Sarawak.Tapi sakit tu tak hilang-hilang jugak.Sepanjang malam tidur sekejap-sekejap aje.Doa pada Allah jangan cakaplah.

Pagi Sabtu,awal-awal lagi KA dah ajak Yang cari klinik lagi.Pergi Klinik Pergigian Ehsan kat Sura Gate.Sebelum pergi klinik,KA makan lagi Paracetamol untuk tahan sakit.Dan KA terpaksa berbohong pada Doktor yang KA sakit sikit-sikit je sebab kalau sakit sangat,Doktor tak akan cabut gigi KA.Macamana KA nak bertahan lagi.Oh tidak.........

Oleh kerana KA dah berbohong pada Doktor,sampai hari ni KA masih rasa sakit pada bahagian kanan kepala.Ya Allah.Tapi taklah rasa sakit sangat macam hari Jumaat....

Apa-apa pun,Alhamdulillah sebab Allah dah hilangkan kesakitan tu.Semoga Allah dah hapuskan banyak dosa-dosa KA.....Amin.

*Yang kata "Sorrylah.Abang tak tahu nak buat macamana..."


*Adik kata "Sabar Ummi,nanti baiklah,macam Adik..."


*By kata "By tengok 2 hari ni Ummi macam sakit je..."