Saturday, August 25, 2012

EID MUBARAK 2012 BUAT SEMUA.....


Salam Ukhuwwah.
 
                                                                                                                                                         




 

Friday, July 20, 2012

RAMADHAN KAREEM BUAT SEMUA.

Salam Ukhuwwah.





Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.....


Girl kata,"Laaaa.........esok dah puasalah Ummi.Kita tak boleh nak makanlah.Hari ni nak maaakan..."
Gitulah ayat-ayat biasa yang akan terkeluar dari mulut budak-budak.Kalau ayat-ayat 'CINTA' gitu kira oklah sebab ada lagi ayat yang sungguh 'menyayat' hati yang pernah dicurahkan atau di tangisi suatu masa dulu."Matilah Kakak..............kalau puasa......."Huwaaaaa...........: (


Tapi itu suatu masa dulu.Hari ni Kakak akan berpuasa di perantauan.Moga dia cekal menjalani ibadat puasa di musim panas yang panjang waktu puasanya.InsyaALLAH tahun depan kalau ada rezeki, bolehlah berpuasa kat Malaysia,hehehe....: )


Bila anak-anak dah besar terutamanya lelaki,KA rasa lebih takut dan bimbang.Sebab,dia orang tu akan berpuasa penuh ke tidak.Berburuk sangka tu tak baik tapi perlu,supaya kita lebih berhati-hati dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.Kalau anak-anak perempuan bila mereka dah 'datang kotor' kita boleh tahu dan pantau berapa hari yang perlu diqada'.Tapi bagi anak-anak lelaki,susah nak tahu kalau-kalau mereka ponteng.Bagi KA,selalunya KA akan terus mengingatkan mereka kewajipan berpuasa,jangan ponteng puasa.Penat jugak tapi terpaksa.Kalau KA nak qada' puasa,KA akan tanya anak-anak lelaki KA,kalau-kalau mereka nak puasa sunat atau ada qada' puasa.




Bagi KA,bersabarlah dalam mendidik untuk membesarkan anak-anak samada anak-anak lelaki atau perempuan.Segala ujian yang Allah berikan kepada kita adalah merupakan 'kifarah dosa' kita dan juga sebagaimana Firman Allah.....






Kepada semua sahabat alam nyata dan maya,juga kepada yang sudi menyinggah di sini,KA mohon maaf atas segala kesalahan yang telah dilakukan samada sengaja atau tidak.Bimbang tak berkesempatan.Moga tahun ini kita akan memperolehi ibadat puasa yang jauh lebih baik dari tahun-tahun lepas....InsyaALLAH....Amin....



Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0 - DUDUK BANTAH D DATARAN MERDEKA...

Salam Ukhuwwah.


 

 

Dah 2 bulan lebih KA tak tulis apa-apa n3 pun kat 'diari' ni.Sebenarnya banyak cerita yang patut dicatit di sini,tapi tak taulah kenapalah KA ni malas sangat nak menaip.

Tapi hari KA gagahkan juga,rajinkan diri untuk mencatitkan sesuatu bagi menyokong PERHIMPUNAN BERSIH 3.0.

Pada awalnya hajat hati KA memang nak pergi sertai DUDUK BANTAH  D DATARAN MERDEKA dan KA dah pun bayar tambang bas Ekspress,tapi terpaksa membatalkan niat sebab pikirkan tanggunjawab pada anak-anak yang tinggal kat rumah.Insyallah lain kali KA berpeluang sertai perhimpunan yang lain.

Walau macamana pun,Yang berpeluang sekali lagi untuk sertai BERSIH 3.0 ni pulak.Yang dan beberapa orang rakan-rakan telah bertolak ke Kuala Lumpur malam tadi dengan Bas Ekspress.

Subuh tadi Kakak yang kat Jordan (waktu Jordan lebih kurang pukul 1.10 pagi)telepon KA.Kakak beritahu  yang mereka juga akan berhimpun untuk BERSIH esoknya.

 
Semoga Allah mengira segala yang dilakukan dan mendapat ganjaran sebagaimana yang telah dijanjikanNya.Insyallah....

ALLAHUAKHBAR....





Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDURRASUL.....


Salam Ukhuwwah...                                                    
                                                                                                                





Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W



Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-
1.     Melaksanakan perintah Allah.
2.     Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
3.     Bersamaan dengan selawat para malaikat.
4.     Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
5.     Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
6.     Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
7.     Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
8.     Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
9.     Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
11. Allah akan menutupi segala dukacita.
12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
13. Mendapat darjat al-Sidq.
14. Ditunaikan segala hajat.
15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
22. Tidak akan merasai fakir.
23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
32. Mendapat kesempurnaan iman.
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
36. Teguh pendirian dengan kebenaran.
37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
41. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.
 Sumber :Portal Rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.