Saturday, April 3, 2010

PERLUKAH KEMAAFAN.....?????

Salam Ukhuwah...

KA adalah seorang yg baru dlm dunia berblogging ni.Baru lebih kurang 3 bulan.Blog KA pun baru ada 3 followers.Dalam satu hari cuma ada 4-8 orang saja yang online.KA selalu cakap dengan Kakak,"Yang baca blog Ummi ni mungkin orang-orang yang tak sengaja termasuk dan terbaca".KA cuma ada beritahu pada beberapa orang kawan-kawan sahaja.Dan kebanyakan mereka mungkin tak ada talian internet kat rumah.Macam awal-awal dulu lagi,KA dah beritahu yang blog ni adalah tempat di mana KA mencurah rasa hati dan apa yang KA lalui dan yang akan dilalui bersama-sama Yang,anak-anak,keluarga dan masyarakat.Ianya untuk dijadikan tatapan KA dan anak-anak dimasa akan datang.Macam sebuah Diari. Kalau dulu-dulu masa remaja,KA suka tulis diari.Dalam tu KA tulis macam-macam.Lebih kepada curahan rasa hati.Siapa yang KA suka,budak lelaki mana yang selalu kutuk KA tapi lepas tu terhegeh-hegeh tulis surat kata sukakan KA,bila Mak marah,bergaduh dengan adik beradik dan semuanya.


Tapi diari tu KA akan sembunyikan bawah katil.Takut kalau ada adik- beradik KA yang terbaca. Sampaikan kakak KA kata "Tulis semua dalam kepala,buat apa tulis dalam diari kalau takut orang lain baca."Memang betul pun....

Hari ni,seorang blog reader KA telah memberikan komen secara terbuka tentang gambar yang KA masukkan dalam blog.Sebelum KA published gambar tu,KA dah mintak izin tuan punya badan dan dia tak kisah.Tapi pagi tadi bila dia baca blog KA, dia suruh remove gambar tu.KA tak kesah dan akan delete gambar tu tapi lepas balik dari mesyuaratlah sebab dah terlewat nak pergi.


Apa komen reader tu...???Dia beritahu,anak-anak dia kata,"Kesian Pakcik *****".Atas keperihati nan itu KA terima.Mungkin ada yang tertanya-tanya,gambar apa???Bukan gambar yang patut dicensored pun sebab bukan gambar yang menampakkan aurat apatah lagi gambar lucah.Tapi yang menyebabkan KA terasa hati bila reader tu beritahu,suami dia kata,"Nasib baiklah KA bukan isteri dia".Waaa......satu statement yang begitu berani.Tapi KA tak heran kalau itu yang dikatakan oleh suami reader tu sebab kadang-kadang kita suami-isteri memang lebih terbuka bila bercakap.Yang mengherankan KA,kenapa sebagai seorang isteri,dia tak tahu mana satu kerahsiaan.Kenapa dia perlu beritahu apa yang suami dia cakap.Tak terfikirkah dia bahawa itu mungkin akan menyebabkan orang yang mendengar berasa kecik hati.


KA sedar kekurangan dan keburukan diri KA berbanding isteri dia.Tapi apa kelebihan diri suami tu berbanding Yang sehingga dia boleh terfikir dan berasa bernasib baik KA bukan isteri dia . Mungkin dari segi harta dan pangkat,dia memang lebih dari Yang.Tapi Yang juga ada keistimewaan.Bukan dari segi 'kegagahan'sebab itu perkara subjectif dan sensitif.Tapi dari segi ...... takpelah.Biarlah Rahsia.


Mungkinkah reader itu akan membaca apa yang KA tulis hari ni???Adakah dia akan terasa hati sebagaimana KA???Bukan tujuan KA hendak membalas...tapi inilah cara KA untuk melepaskan kebukuan di hati.KA tak akan beritahu pada Yang kerana reader tu kawan KA.Tak mahu Yang beranggapan yang bukan-bukan pada diri dia dan suaminya.Mungkin juga Yang pun tak akan tahu apa-apa sebab Yang pun bukannya rajin baca blog KA.Kalau Yang tahu pun sebab dia terbaca.


Yang menjadi masaalahnya sekarang,Perlukah Kemaafan???KA atau dia.....

1 comment:

  1. Salam KA

    Kesian pulak apabila kak Jun membaca luahan hati KA. Memang kak Jun pun baru kali pertama jengah blog KA ini sbb memang kak Jun suka lawati semula blog org yang pernh ziarah blog kak Jun. Mengenai kejadian yang menimpa KA itu...pendapat kak Jun mudah saja -- abaikan saja pendapat si pembaca itu sebab blog ni ibarat rumah kita. Suka hati kita nak tulis apa atau nak letak gambar apa pun. Itu hak mutlak kita, selagi ia tidak bercanggah hukum syarak dan tatasusila budaya. Sebenarnya org yg singgah blog kita itu yg perlu tahu batasan dan sempadan. Kalau kita masuk mana2 blog dan kita rasa tak suka dengan isi kandungan blog itu, tinggalkan saja blog itu dgn lapang dada - tanpa sebarang prasangka. Mengapa pulak nak buat ulasan selari? Lebih baik si pengunjung itu kawal dirinya sendiri dan belajar menerima keadaan org lain seadanya. Dia perlu tahu, naluri kita ini semua berbeza jadi jika ada perkara hal yg dia rasa tak relevan utk dirinya itu, tapi tidak kepada org lain. Benda yang tidak bernilai kpd kita mungkin ibarat 'intan berlian' kepada insan lain. Jadi apa salahnya jika kita belajar menghormati kesukaan dan keterujaan org lain. Justeru, KA tidak perlu berjauh hati pun dgn komen suami si pembaca itu sebab 'kita tidak hidup kerana pujian org, dan kita tidak mungkin akan mati kerana kejian org'. Tapi yang penting ialah keredhaan Allah, restu suami dan keampunan ibubapa kita sahaja. Insyaallah, hidup kita akan sejantera. Betul tak? So, till then, take care and keep on blogging.

    ReplyDelete