Friday, June 11, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU,KEEN DAN AZWAN 2...


Salam Ukhuwwah...

Cuti sekolah dah pun hampir berakhir.Bila dah ramai-ramai kat rumah,KA rasa idea untuk menulis agak terbantut jugalah.Apa taknya.Biasanya KA akan buat n3 baru lepas Yang pergi kerja,anak-anak semua dah pergi sekolah dan Adik tak bangun tidur lagi.Walaupun KA tak start buat kerja-kerja rumah,masa tu KA anggap 'ZON BERTENANG'.Idea datang mencurah-curah. Kalau idea dah datang,KA kenalah terus menaip keyboard.Kalau tak,alamat tak ada
post barulah jawabnya.Maklumlah,orang kalau banyak cakap,bab menulis......


Hari ni KA nak cerita pasal Majlis Resepsi Perkahwinan antara adik KA,Shikin dan Azwan yang telah diadakan di Dewan Alumni UTM,Skudai.


Majlis bermula pukul 12 tengahari.Masa KA sampai,d
ah ramai tetamu yang hadir.Masa nilah kita boleh bertemu dengan ramai sedara dan kawan-kawan yang dah bertahun-tahun kita tak jumpa.Seronok rasanya.Tapi KA tak bolehlah berbual panjang sebab tugas KA tengok lauk-lauk. Kalau kurang,kenalah suruh orang tambah.Nanti tetamu nak makan,lauk tak ada pulak.Macam sibuklah sangat.Tetamu pulak,punyalah ramai.Dari majlis bermula,sampai majlis nak berakhir.


KA rasa cukuplah setakat hari ni.Kita tengok sama-sama gambar-gambar yang telah diambil disekitar majlis tempohari.






Pengantin yang dirai,Shikin dan Azwan.



Kumpulan kompang dari Sekolah Menengah Islam Al Hidayah,Johor Bahru.



Pengantin bersama keluarga lelaki.



Bersama sebahagian daripada anak saudara perempuan.



Bersama sebahagian daripada anak sedara lelaki.




Bersama mak dan bapa saudara serta sepupu-sepupu.











By dengan sepupu-sepupu.




Abah,Mak dan Adik lelaki tunggal dan bungsu.




Mak bersama dengan 'orang kuat' majlis.




Pengantin,baru tahun lepas,adik KA bersama suami dan anak-anak sedara.




Adik bersama sepupunya.




Pengapit Pengantin dua beradik.



Bapa sedara dengan anak lelakinya.




DJ majlis sukarela.



Abah dengan jiran lama.



Mak dan Angah bersama jiran lama (tengah).



KA bersama adik KA,Win dan kawan ketika remaja yang telah pun bermenantu.



KA,kakak dan adik bersama jiran dan kawan KA yang dah hampir 32 tahun tak bertemu.



Pengantin bersama keluarga KA tapi Abang tak ada dalam gambar dan Kakak tak dapat balik sebab periksa.



Jangan ada pulak yang marah bila'pengantin lama' nak interframe.


Jurugambar 'lantikan khas' sepanjang majlis.

No comments:

Post a Comment