Sunday, June 20, 2010

BUAT INSAN-INSAN TERISTIMEWA...SELAMAT HARI BAPA.


Salam Ukhuwwah.

Hari ni anak-anak KA dah pun mulakan hari persekolahan mereka seperti biasa.Ini bermakna, hari cuti mereka dah pun berakhir.Selama 2 minggu cuti sekolah,bukan main seronok lagi Abang dengan By meronda kampung.Bukan main penat lagi mulut KA.Bercaaaakap aje suruh buat latihtubi,baca buku, siapkan homework.Buat.Tapi sekejap aje.Lepas tu tertidor.Periksa tak lama lagi.Tak tau nak buat macamana lagi.Budak-budak ni harap sekolah dan tuisyen aje mereka belajar.KA selalu ingatkan pada mereka,jangan menyesal kemudian.


Hari ni hari Ahad dan juga sambutan hari Bapa bagi semua bapa-bapa diseluruh dunia.KA nak mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada insan teristimewa
dalam hidup KA dan anak-anak iaitu Yang.Yang telah memenuhi kehidupan kami dengan kasih sayang.Yang telah cuba sedaya upaya menjaga dirinya dan kami dari api neraka.Yang telah menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin sebagaimana bapa-bapa soleh yang lain.





Ucapan Selamat Hari Bapa KA juga tujukan khas untuk Abah yang telah mendidik semua anak- anak Abah disamping insan tersayang dalam hidup Abah selama 47 tahun iaitu Mak.

Tak lupa juga buat bapa mertua KA iaitu Ghani bin Talib.




Juga kepada abang-abang dan adik-adik ipar KA dari belah Johor dan Terengganu.Semoga hidup mereka dirahmati Allah.Insyallah.Amin...




Abah di samping anak lelaki tunggal,Hafiz (berdiri dari kiri)menantu-menantu,Yang,Abang Long,Ghafar,Ammar(cucu),Nik,Jais dan Izat.Seorang menantu Abah iaitu Abang Ngah tak ada dalam gambar.Dan dibarisan hadapan adalah sebahagian daripada cucu-cucu dan 2 cucu sedara.

No comments:

Post a Comment