Wednesday, June 2, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU,SHIKIN DAN AZWAN...


Salam Ukhuwwah.

Ya Allah...Punyalah lama KA nak update blog.Dengan macam-macam rasa.Dengan malasnya,dok rok,sibuk yang dibuat-buat dan pelbagai lagi alasan-alasan....

Majlis pernikahan adik KA dah berlalu.Dari majlis pernikahan di rumah MakAbah diKampung Melayu Kangkar Pulai hinggalah ke Majlis Resepsi yang diadakan di Dewan Alumni UTM,Skudai. Alhamdulillah.Semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit kekurangan.Itu pekara biasa dalam melaksanakan satu majlis yang besar.Tetapi tidaklah sampai mencacatkan majlis.

Kepada Mak dan Abah,tahniah kerana dapat menantu baru.Dari Terengganu lagi.Termasuk menantu yang baru ni,dah 4 orang menantu Mak Abah dari Terengganu.Apa istimewa orang Johor,sampai orang Terengganu terpikat???Dan apa istimewa orang Terengganu,sampai orang Johor terpikat???Dok taulah Ambe...

Kepada pasangan pengantin,Shikin dan Azwan,Selamat menempuh alam Rumahtangga yang penuh Barakah dan Mehnah.Semoga kekal hingga ke Syurga...





Sah???Sah???Sah....Alhamdulillah....




Sahlah mereka sebagai Suami Isteri...




Abah menyerahkan tanggungjawabnya kepada menantu baru.




Ucapan terima kasih kepada Mak yang telah mendidik dan mengasuh selama ini.




Setiap kali lepas anak-anak Mak menikah,tentu Mak akan mengalirkan air mata.Tentu sedihkan.




Penyeri majlis.Adik,Girl dan sepupu mereka Farhanah.



Terpegun Abang bila tengok Tok Kadhi sampai dengan motor besar...


Insyallah majlis Resepsi di Dewan Alumni UTM,Skudai dan majlis di Terengganu akan menyusul kemudian.Lambat sangat nak menunggu gambar di'download'.Cuti sekolah ni,KA terpaksa tunggu giliran untuk mengadap PC ni sebab netbook terpaksa dihantar ke'klinik'.Demamlah pulak...

No comments:

Post a Comment