Saturday, January 2, 2010

Hadiah 18th Wedding Anniversary ???

Salam Ukhuwah.

KA,Yang dan Permata Hati,balik bercuti di kampung Johor seminggu sebelum bukak sekolah.Nak buat macamana sebab cuti Yang tinggal 3 hari je.Sebelum balik Johor,pegi Kelana Jaya dulu,hadiri majlis perkahwinan kawan Yang.Selesai majlis,kita meronda- ronda Shah Alam.Hajat hati nak pegi Taman Pertanian di Bukit Cahaya.Nak tengok Taman 4 musim,tapi punyalah lama berpusing-pusing cari jalan untuk ke sana.Tak jumpa.Cari lagi.Akhirnya jumpa juga tapi dah terlewat.Tak boleh nak masuk sebab pukul 4.30 petang,dah ditutup.Dahlah masa sampai hujan turun selebat lebatnya. Bersungguh nak pegi ni pun sebab Kakak(anak KA yg sulung)yang ajak.Nak suruh adik-adik dia rasa macamana sejuknya Winter.Kakak dah gi,ikut rombongan sekolah
lepas habis SPM baru-baru ni.

Perjalanan ke Johor di teruskan.Sampai lebih kurang pukul 11 malam.Aktiviti bercuti macam biasa.Cari makanan kegemaran masing-masing di Angsana Johor Bahru.Masa nilah dapat makan Mee Rebus Wahid,Sup Wantan Mee,Rojak Larkin,Otak-otak Kempas dll.Duduk Johor 3 hari je.29/12/2009 bertolak ke Pekan.Disinilah segalanya bermula...
30/12/2009 KA ikuti kelas Homemade Chocolate dan Aneka Tarts diZati d Hati Fancylicious Cakes.Kelas bermula dari pagi hingga ke petang.Penat tak terasa sebab seronoknya dapat belajar buat coklat dan tart ni.Lebih-lebih lagi dengan keramahan Zati 'bergossiping'dgn KA(rahsia kita berdua je...).Banyak tips yang diberi.Riuh dan kecoh dgn anak-anak Zati.Menambahkan ceria sehingga tak terasa masa menginjak petang.
Sebelum balik,sempat lagi berposing dgn Zati.Beli novel hasil sentuhannya.Siap dgn autograph lg.Buat Zati-Terima kasih ilmu yang diberi.Panjag umur
KA gi belajar lagi.

Dah,apa kena mengena dengan tajuk di atas???Sebenarnya KA nak kabo yg kelas tulah hadiahnya...Sebabnya pd 29/12/2009 adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan KA dan Yang yg ke 18.Terima kasih Yang kerana bersusah payah menghantar dan menunggu Ani dari pagi sampai petang.Terpaksa berpusing keliling tawaf bandar Pekan untuk hilangkan bosan.Tersesat 2/3 kali nak cari rumah Zati.Sampai dijemput dgn basikal oleh Taqiuddin(anak Zati).Itulah kisahnya percutian kami.Walaupun pendek tapi penuh bererti.Penutup tirai tahun 2009.

No comments:

Post a Comment