Tuesday, January 5, 2010

Sekolah Dah Bermula...

Salam Ukhuwah...

Ini adalah post yang tertangguh.Walaupun sekolah dah 3 hari
bermula,baru hari ni KA berkesempatan nak menulis.
Bagi negeri Terengganu,Kelantan dan Kedah,sekolah dibuka
pd hari Ahad 3hb Januari 2010 tetapi negeri-negeri lain pd
hari Isnin.
Tahun ni,4 drp 5 orang Permata Hati KA,masih meneruskan
persekolahan.3 drpnya akan menduduki peperiksaan besar akhir tahun ni.
Kakak akan ambil STAM(Sijil Tinggi Agama Malaysia).
Abang,PMR.Dan By,UPSR.Pening juga kepala KA.Sebab,
anak-anak KA ni bukannya jenis 'kaki study'.Kalau tak suruh,
tak belajar.Jadi,setiap hari kena pasang 'recording player', ulang benda yg sama.
Alhamdulillah KA tak kerja,bolehlah pantau mereka setiap
hari.Kadang-kadang KA sedih jugak sebab walaupun KA banyak waktu dgn mereka tapi anak-anak KA taklah secemerlang anak orang lain.Tapi kawan KA kata,biarlah macam tu.Mungkin itu cara Allah nk uji KA.Katanya lagi,mungkin kalau KA kerja,mereka akan jadi lebih teruk.Jadi,KA kena redha.Muhasabah diri. Masih belum terlambat untuk perbaiki semua keadaan. Doa KA dan Yang akan sentiasa mengiringi mereka.Semuga mereka menjadi anak-anak yg soleh dan solehah.Mendapat ilmu yg diberkati ALLAH.Bahagia dan cemerlang didunia akhirat.Insyallah Amin.

No comments:

Post a Comment