Tuesday, January 26, 2010

Diceroboh Kali Ke 2....

Salam Ukhuwah.

Seperti malam-malam yg lain,bertahun-tahun lamanya,
KA,Yang dan anak-anak akan ke surau berdekatan dgn rumah
selepas Solat Maghrib utk ikuti kuliah atau orang Tengganu
sebut 'gi dengor'atau 'nnadah'.Biasanya kami akan balik rumah
selepas Solat Isya'.Itupun kalau tak gi ke tempat lain seperti
rumah Tok (mak mertua),De Gate (bandar Dungun utk beli barang)
atau gi makan-makan.

Jadi,nak dijadikan cerita,malam tadi lepas balik dari Sura Ustak
Omor (Surau Ustaz Omar).Kami gi makan kat kedai Ayah Ku(lebih
kurang 100 meter aje dr rumah KA)sementara tunggu nak ambil
Abang kat kelas tuisyen.Lebih kurang pukul 10malam,Yang ajak
balik rumah dulu.Dia nak ambil Abang nak motor aje.Sampai
rumah KA yg buka gate dan pintu rumah.Bukan main terperanjat
lagi KA bila masuk tengok pintu cupboard di hall terbuka luas.
KA tak jadi nak masuk terus.Keluar semula panggil Yang.Sebelum
Yang masuk,By dah masuk dulu (nak jadi herolah konon).Kat hall
tak ada apa-apa tapi bila masuk bilik....Habis bersepah.

Kali pertama baru aje diceroboh akhir bulan Disember 2009.KA
baru balik bercuti dari Johor.Tapi masa tu,pencuri tak sempat
nak bongkar banyak.Mungkin masa kami sampai,dia orang masih ada
atas rumah.Itu yang dia datang semula sebab tak puas agaknya.
Kalau masa kali pertama kami tak buat 'police report'(sampai
anak-anak tak puas hati dengan Yang)tapi kali ni kami buat.

Untuk kedua-dua kejadian tu kami kehilangan sepasang jam tangan
SEIKO,handset Yang,2 bentuk cincin KA (cincin tunang dan nikah KA
sebab KA ni bukan yg jenis 'memakai'.Kesian pulak Yang kena beli
yg baru.he..he..he..),duit tabung Girl,rantai dan loket Adik.
Mungkin bagi orang lain,sikit sangat.Tapi bagi KA,itulah yg kami
ada.

Kesian KA tengok Adik.Dia macam fobia.Dalam pelat bercakap,dia
cari'baby bear'dia sambil peluk sejadah Yang dan pegang diapers.
By dan Girl tak puas hati.Dia kata kalau dapat pencuri tu dia
nak buat macam-macam.KA kata pd mereka biar kita serah aje pd ALLAH
samada ALLAH nak beri hidayah atau musibah.Hanya ALLH yg Maha
Mengetahui.Tapi dia orang harap supaya ALLAH timpakan musibah
(budak-budak pun pandai marah tahap maksima).

KA harap pd diri KA,Yang dan anak-anak,semoga ALLAH lindungi
diri,harta,maruah dan iman kami.Terus sabar dalam menghadapi
mehnah kehidupan.

Jadi kat bawah ni,KA sertakan sekali beberapa gambar tentang
kejadian tu.

No comments:

Post a Comment