Saturday, January 8, 2011

YANG DAH BERLALU...

Salam Ukhuwwah.

Tahun Baru Masehi 2011 dah 8 hari berlalu tapi ini adalah N3 KA yang pertama.Malas ke???Mungkin juga dan mungkin tidak...muahahaha...

Tahun 2010 yang dah berlalu,banyak meninggalkan kenangan suka duka.Pada blogger yang rajin menulis n3 setiap hari yang berlalu,tak akan ketinggalan setiap yang berlaku.Tapi kalau macam KA ni,alamatnya susahlah nak ingat semula.

Cuti sekolah kali ni,KA,Yang dan anak-anak bukan main sakan lagi bercuti.Sampai 2 kali berjalan-jalan makan angin.Mula-mula pada awal cuti sekolah dan yang kedua pada akhir cuti sebelum penutup Tirai 2010.


Ke Majlis Perkahwinan di Yan Kedah:



OTW ke rumah pengantin lelaki di Penaga,Penang.


Tempat penginapan di Yan,Kedah.











Majlis Akad Nikah di Masjid.


Makan Beradap di rumah pengantin perempuan.


Yang dan Adik bersama pengantin lelaki dan keluarga.


KA bersama kakak pengantin lelaki.


Makan malam di Penaga selepas balik dari Kedah.Di Restoren Aidy.Sedap gok makanan kat sini.






Ke Cameron Highland:

Keesokan hari selepas balik dari Penang,sempatlah jugak singgah sekejap di Cameron Highland.Punyalah boring nak sampai kat sana.Sampaikan dalam hati KA tertanya-tanya,apa yang ada kat Cameron Highland hingga ramai yang sanggup melalui jalan yang 'bagai dipatuk ular' ni.Ternyata...bila dah sampai sana,macam tak nak balik aje...muahahaha....Insyallah lain kali nak pegi lagilah tapi tak tahu bila.

Lepas balik dari cameron Highland,terus pergi Seremban sebab mak KA ada kat rumah Adik.Duduk kat sana 2 hari,kami pun balik Dungun hari Khamis.Penaaatttt....sebab terpaksa basuh kain baju yang menggunung.









Makan-makan di RFC Kuala Terengganu:

Pergi Rfc di Kuala Terengganu,selepas balik dari Seremban.Rfc ni pun baru 2/3 hari di buka secara rasminya.Yanglah yang paling semangat sebab boleh makan hingga kenyang tanpa was-was.


Lenguh beratur lama...









Mystery Drive Petronas ke Melaka:

Kami bertolak lebih kurang pukul 5 pagi dari rumah,sebabnya pagi tu pagi Jumaat,jadinya sebelum Subuh kami mestilah keluar dari kawasan supaya dalam perjalanan, tak perlulah orang lelaki berhenti solat Jumaat.Tapi kalau nak solat Jumaat boleh jugak.



Selepas solat Subuh di Masjid Kampung Nyior,Paka,maka perjalanan pun diteruskan.Jadi untuk hilangkan boring,pasang CD dalam kereta.


Berhenti di check-point 1 untuk selesaikan mission yang diberi.


Pagi-pagi Adik dah buat perangai.


Nombor pendaftaran untuk kereta kami.


Check-point 1 untuk harta Mystery di Gambang.Masa ni anak-anak KA semuanya tengah tidor dalam kereta,jadi terpaksalah KA dan Yang aje yang turun cari apa-apa yang patut.


Isteri dan anak-anak sempat menjamu selera sementara suami-suami menyelesaikan tugasan.Pagi tu KA buat breakfast yang paling simple iaitu mee segera goreng,ayam goreng, keropok dan air kopi Sphyru.Tu yang anak-anak KA boleh tidor kekenyangan.

Selepas tu ada satu lagi Check Point 2 di Muazam Shah,Kuantan.Sampai kat sana lebih kurang pukul 12 tengahari.Masa ni dah tak larat nak bergambar.

Berhenti Solat Qasar Jama' Zohor dan Asar di kawasan kampung di kaki Gunung Ledang.


Kami sampai di Puteri Resort Melaka dalam pukul 4 lebih.


Sementera menunggu Yang beratur ambik kunci bilik untuk check-in hotel.








Breakfast pagi Sabtu.(gambar blur sebab cameraman pun blur)


Lepas breakfast terus pergi Wonderland.Punyalah ramai manusia sampai bersesak-sesak.Nasib baiklah tiket dah beli awal kalau tak terpaksalah patah balik.


Yang tengah pujuk Adik yang penakut nak main air.


Anak-anak KA yang bersungguh nak gi Melaka sebab boleh gi Water Theme Park.Kalau tak boleh gi sini,dia orang lebih rela tinggal kat rumah.Girl tak ada dalam gambar sebab baru lepas nangis naik slide tinggi yang mengecutkan perut dia....muahahaha...





No comments:

Post a Comment