Wednesday, January 26, 2011

GAJI PERTAMA KAKAK.....

Salam Ukhuwwah.

Hampir 2 minggu KA tak berkesempatan untuk 'mengupdate'.Busy...busy...sesangat (busylah bagi KA yang selalu dok relaaaax je kat rumah).Banyak perkara yang berlaku dan dilakukan.

Tapi satu perkara ni memang KA suka sesangat.Teringat masa KA keja kilang kat Kota Tinggi.Keja bukannya berpangkat besar apatah lagi bergaji besar.Cuma 'minah kilang' je.Dan gaji yang KA dapat selepas 'bersungkur sembam' buat 'over-time' setiap malam sampai badan 'kurus kering' cuma seciput je.Tapi,setiap bulan hari dapat gaji,sebelum pergi kerja,KA akan pesan pada Mak supaya masak sikit aje untuk tengahari.Sebab malam tu KA nak belanja makan luar satu family.Dan untuk Mak setiap bulan KA tak pernah lupakan atau kurangkan pun.Tak banyak yang dapat KA hulurkan tapi itulah kemampuan dan keikhlasan.Bukan juga untuk membalas pada semua yang telah Mak berikan pada KA sebab tak terbalas pun tapi sebagai sesuatu yang boleh menyukakan Mak.Seronoknya...KA cerita ni bukannya untuk bermegah-megah tapi kenangan masa tu dah pasti tak akan berulang lagi.

Dan baru-baru ni Kakak yang mengajar cuma 2 minggu (3-13/1/2011) di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin,Dungun kerana menggantikan Cikgu yang cuti bersalin dapat gaji dan Kakak pun buat macam yang KA pernah buat dulu.Belanja makan.Yang kata tak payahlah nak belanja. Simpan aje duit tu buat belanja masa sambung belajar nanti.KA rasa mungkin Yang tak rasa apa yang KA dan Kakak rasa.Sebab,nama pun manusia dan kita memang berbeza...Tapi bila dah pergi makan,Yang pun seronok juga sebab dapat juga rasa 'Gaji Pertama Kakak' muahahaha....




Orang lain yang belanja makan,orang lain yang Adik cium....muahahaha....

No comments:

Post a Comment