Thursday, December 23, 2010

ESOK RESULT PMR DIUMUMKAN...BERDEBAR-DEBAR RASA


Salam Ukhuwwah...

Esok Khamis 23/12/2010.Insyallah satu lagi result peperiksaan PMR untuk anak KA iaitu Abang akan diketahui.Samada memuaskan ataupun tidak,KA perlu redha.

Untuk By yang result UPSR agak kurang memuaskan,Alhamdulillah dah ada tempat di Sekolah Menengah Islam Darul Bayan,Paka,Terengganu.Sebuah Sekolah Menengah Islam swasta yang baru 2 tahun ditubuhkan.Lanjutan daripada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang telah ditubuhkan 10 tahun yang lalu.Berkembang daripada Pusat Pengajian Pondok yang diasaskan 17 tahun yang lalu oleh Mantan ADUN Paka iaitu Ustaz Saiful Bahri Bin Mamat.

Usaha murni ini dapat dilaksanakan adalah hasil daripada derma orangramai ke Tabung Masjid dan telah diuruskan oleh pihak pengurusan dengan penuh keikhlasan dan amanah.

Ada 3 jenis pengajian yang disediakan iaitu Tahfiz,Akademik dan Syar'iyyah dan juga Akademik dan Tahfiz.Walaupun syarat kemasukan ke Sekolah ini agak tinggi iaitu sekurang-kurang mendapat 3A dalam UPSR,KA dan Yang tetap mencubanya.Pada KA,biar salah mencuba daripada menyesal tak mencuba.

Proses bermula dengan mengisi borang yang Yang ambik agak terlewat.Sebabnya,kami pergi bercuti ke Penang,Kedah dan Seremban selama seminggu dahulu.Satu perkara yang agak salah yang telah kami lakukan.

2 minggu selepas tu,By menduduki ujian bertulis akademik dan temuduga bagi bacaan,hafazan dan hukum tajwid Al-Quran.

Dan Alhamdulillah,2 hari lepas,pihak sekolah telah memaklumkan kemasukan By di SMIDB pada kami.

Sebenarnya,bila KA dan Yang dah ambil keputusan untuk tidak menghantar By ke Sekolah Menengah Kebangsaan,kami mula mencari beberapa sekolah yang ada aliran agama samada Swasta atau Kerajaan negeri Kelantan.Tapi KA dan Yang harap sangat By dapat sekolah di Darul Bayan ni sebabnya kalau sekolah swasta,ada daripada Jemaah yang berlainan yang KA bimbang pembentukan Fikrah di alam remajanya tidak selari dengan apa yang telah KA dan Yang mulakan dan inginkan.

Kalau Sekolah Kerajaan Negeri Kelantan pulak agak jauh dan susah KA nak lepaskan By ke sana.Tak sama macam Kakak dulu.Masa tingkatan 1 dah sekolah di Kelantan.Ada orang lebih susah nak beri anak perempuan pergi jauh-jauh tapi KA lebih percaya dan yakin yang Kakak boleh jaga diri dia sendiri.Dan Alhamdulillah kepercayaan tu Kakak jaga dengan elok.

Dan esok pulak giliran Abang.Apa-apa keputusan,janganlah buat KA dan Yang pening kepala lagi.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan bagi anak-anak KA dan Yang mencari ilmuNya.InsyaAllah......





No comments:

Post a Comment