Monday, March 22, 2010

RESIPI NASI MANDHI DAN AYAM BAKAR LADA HITAM BERMAYONIS...

Salam Ukhuwah...

Rasa-rasanya dah dekat seminggu KA tak dapat nak duduk lama-lama kat depan PC ni.Apa tak nya.Selain daripada anak-anak tengah bercuti,KA dan Yang pun tak buat apa-apa plan untuk bawak anak-anak bercuti ke mana-mana sebabnya KA dan Kakak terlibat dengan Camp Nisa' yang dianjurkan oleh Nisa' Cawangan Gong Pasir,Dungun.KA dan Kakak bukannya terlibat sebagai peserta tetapi KA sebagai 'orang dapur'dan Kakak sebagai fasilitator.Camp Nisa' telah pun berlalu.InsyaAllah KA akan ceritakan di n3 yang akan datang.

Tapi pada hari ni KA nak berkongsi resipi dengan pengunjung setia blog KA ni.Iaitu resipi Nasi Mandhi dan Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis.Nasi Mandhi ni KA dah pernah buat pada Hari Raya Haji yang lepas.Itu pun lepas ternampak orang jual kat Mydin Mall,Kuala Terengganu.KA taklah beli walaupun nak tahu sangat rasanya guana (macamana).Tapi bila dah balik rumah, carilah resipi ni kat dalam blog orang-orang yang rajin memasak.Makanya terjumpalah kat dalam blog Ummizaihadi(orang Kuantan yang memang rajin memasak tu).Jadi,ini kiranya masakan ulangtayanglah.Oleh kerana KA ni malas bebenor nak menaip resipinya,bolehlah cari kat sini.Sebenarnya KA masak untuk dinner minggu lepas tapi barulah hari ni sempat nak menayang.


Dan untuk resipi Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis,KA copy & paste sahaja daripada blog Ummizaihadi(terima kasih ye Kak Ummi).












Bahan:-

  • 1/2 ekor ayam (bersihkan dan cucuk2 dengan garfu)
  • 1 sk serbuk lada hitam (blackpepper)
  • 2 cm halia
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sb. madu
  • 1 sb. gula
  • 1 sk. kicap manis
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb. mayonis
  • sedikit lada sulah

Cara-Cara:-

  1. Blend bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur.
  2. Kemudian curahkan ke dalam bekas dan campurkan dengan lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
  3. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis.
  4. Gaul sebati dengan ayam dan perap dalam fridge antara 2 -3 jam.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit hingga ayam bertukar warna perang keemasan (balik2kan ayam semasa membakar). Sedia untuk dihidangkan.

(*Nota - makin lama diperap makin sedap..)

Kepada semua,selamat mencuba untuk menjamu selera...






No comments:

Post a Comment