Monday, February 22, 2010

RAIKAN BULAN CINTA INI...

Salam Ukhuwah.

Bulan ini Bulan Cinta...
Siapa yg tak tahu.Hatta budak sekolah rendah sekalipun.Lebih dikenali dgn 'Valentine's Day'.Walaupun hari yg dirai oleh kebanyakkan orang dari seluruh dunia(termasuk remaja dari negara-negara yang mengaku negara Islam)jatuh pada 14hb Februari(dan telah pun berlalu),tetapi ianya diingati seawal masuknya bulan Februari.

KA bukanlah termasuk antara orang-orang yang meraikan 'Valentine's Day'ni dan melarang keras sekiranya sesiapa saja yang akan maraikannya termasuklah anak-anak KA sendiri,tetapi termasuk antara orang-orang yang meraikan 'Bulan Cinta'ini.Apa bezanya???Bezanya,KA dah raikannya sebelum tahu 'Valentine's Day'lagi.Dan akan meraikannya selagi hayat dikandung badan.

Bulan ini adalah bukti 'Simpulan/Ikatan/Jalinan Cinta'antara Abah dan Mak KA 43 tahun yang lalu.Kerana percintaan merekalah KA lahir di dunia ini pada 22.2.1967.Dibesarkan dengan kasih sayang.Dibekalkan ilmu dunia akhirat.Walaupun KA bukanlah orang yang berjaya menjawat jawatan yang boleh dibanggakan hanya seorang Surirumah,tetapi inilah yang KA pilih sendiri.

Doa KA untuk diri KA sendiri "Semoga ALLAH meRahmati hidup,mati dan segala yang KA lakukan di dunia ini buat bekalan di 'sana'.InsyaALLAH."

"SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 43 BUAT DIRI KA"

No comments:

Post a Comment