Monday, February 8, 2010

KONVENSYEN MUSLIMAT TERENGGANU.

Salam Ukhuwah.

Dah lama KA tak update blog.Nak kata sibuk,taklah juga.Orang duduk rumah macam KA ni,walau sibuk macamana sekali pun,masa yang kita ada,panjang.Kadang-kadang mereka yang bekerja lebih pandai menguruskan masa berbanding surirumah sepenuh masa.


Pada hari Sabtu 6/1/2010 bersamaan 21 Safar 1431,KA berkesempatan mengikuti Konvensyen Muslimat Pas Terengganu yang diadakan di Rusila,Marang,Terengganu.

Setiap Cawangan Muslimat dikehendaki menghantar 10 peserta.Turut disertai oleh guru-guru PASTI dari seluruh Terengganu.Tema Konvensyen adalah "Muslimat Penjana Kemenangan".Kehadiran atau sambutan peserta Konvensyen begitu menggalakkan.Hampir 3000 Muslimat dari seluruh 8 Kawasan di Negeri Terengganu telah membanjiri perkarangan Masjid Rusila sepanjang berlangsungnya Konvensyen dari pagi sehingga petang.

2 kertaskerja telah dibentangkan oleh YB Bukit Payung Ustaz Mohd Nor Bin Hamzah dan YB Rantau Panjang Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff.Konvensyen dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Tujuan Konvensyen ini diadakan adalah bagi menyusun gerakerja parti dalam menghadapi pilihanraya kecil atau PRU ke 13.

Dibawah ini adalah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat KA rakamkan disepanjang Konvensyen...

No comments:

Post a Comment