Saturday, July 10, 2010

RESIPI SOTO

Salam Ukhuwwah...




Ohhhh....lamanya tak update blog...Bukan sengaja tak nak update tapi tak ada apa yang nak dikongsi.Kadang-kadang rasa bersalah juga bila KA bukak blog,masih ada yang sudi singgah walaupun tak ada n3 baru.Biarlah tak ramai yang baca,KA tetap rasa seronok untuk berkongsi sesuatu terutamanya resipi.Dan KA bukanlah pandai sangat masak.Tapi untuk resipi yang biasa-biasa,bolehlah...





Resipi ni KA dapat dari 'Tukang Masak Terhandal' dalam hidup KA.Sejak KA celek mata di dunia ni hinggalah sekarang,tak ada yang dapat tandingi 'Air Tangan' dia.Siapa lagi kalau bukan Mak.





Sebelum KA tulis resipi,KA nak cerita sikit.Cerita pun yang berkaitan dengan masak-masaklah.Dulu masa anak KA,Kakak kecik-kecik,Mak KA pernah tanya pada dia."Pandai tak Ummi masak???".Kakak jawab,"Pandai...".Dan Kakak siap tambah,"Sedap sangat".Muahahaha...





Bila Mak KA dengar Kakak jawab macam tu,dia suka.Mak KA tahu sangat yang KA ni agak kureng dalam bab masak memasak.Dan Mak pun memang tahu sangat yang semua anak-anak akan jawab macam tu sebab dari 'Air Tangan' mak-maklah anak-anak membesar.Terfikir juga samada anak-anak KA akan merindui 'Air Tangan' KA bila diaorang dah besar-besar dan duduk berjauhan dari KA.Macam yang KA rasa sekarang ni.







Berbalik pada resipi pulak.Sebenarnya Soto ni KA masak hari Jumaat.Hajat nak masak hari Sabtu,tapi rayuan dari anak-anak suruh masak hari Jumaat jugak bila dia orang tahu KA nak masak Soto terpaksalah diikutkan.KA pun dah lama terliur sebenarnya dan kebetulan Kakak pun balik minggu ni.Dan resipi ni KA buat dengan terperinci biar mudah sesiapa nak ikut.Kalau Mak baca,tentu dia gelak sebab kalau KA tanya Mak apa-apa resipi pun,Mak akan jawab"Agak-agaklah" atau "Lebih kuranglah".Tension.....






SOTO:


Bahan-bahan:


1 ekor ayam (dipotong 4 dan dibersihkan)


1/2 cawan santan pekat


40 g rempah soto


4 batang serai *


4 inci lengkuas * *dititik/dikatok


2 inci halia **


13 biji bawang merah **


5 biji bawang putih ** **dikisar halus




Bahan tumis:


2 inci kayu manis


2 kuntum bunga lawang


3 biji buah pelaga


15 biji bunga pe'kak


sedikit buah pala






Cara memasak:


1.Panaskan minyak dalam periuk.Tumiskan bahan tumis,bahan kisar dan rempah soto.


2.Masukkan 4.5 liter air dan santan.


3.Masukkan ayam,serai dan lengkuas.


4.Bila telah mendidih,masukkan garam dan gula.Rasa masin dan manis biarlah seimbang.


5.Masak sehingga ayam empuk.


6.Keluarkan ayam dan digoreng sebentar.Biarkan sejuk dan disiat-siat isinya.






Dimakan bersama:


Nasi kapit atau mee kuning (atau apa-apa mee yang dicelur dulu)


Pegedil


Daun sup dan daun bawang (dihiris)


Bawang goreng


Lada kicap (cili padi kisar dicampur kicap)


Taugeh/Camboh

Daging ayam yang telah disist-sist






Mungkin ada yang tertanya-tanya,KA guna rempah soto apa???Biasanya KA kalau nak buat soto,KA akan gunakan rempah soto yang dibeli di Johor.Samada rempah soto Syarifah atau Idaman.Jenis yang lain-lain KA tak pernah cuba.Tapi Kakak KA pernah juga cuba Rempah Soto Mak Siti.Rasanya guane???Itu KA tak tahu nak kabo...




Dan kelmarin KA buat Soto(yang dimakan dengan nasi kapit)dan Mee Soto.Dua versi sekali gus.Senangkan.Oleh kerana dah lama KA tak buat soto,Kakak,Abang,By,Girl dan Adik makan bukan main banyak lagi.Dan pagi tadi,breakfast pun makan Soto.Muahahaha...Senang hidup.












Contoh Rempah Soto yang KA gunakan kelmarin.





Tadaaa....Inilah Sotonya....









Kepada semua,selamat mencuba untuk menjamu selera...

1 comment:

  1. yeke ummi akak penah ckp gitu...??
    ehem....
    ye kot....skang nie pon akak tgh merindui masakan2 ummi......aduss...so,utk m'ilangkan rindu,meh r anto makanan weekend nie....
    hehehe

    ReplyDelete