Friday, July 8, 2011

BERSIH 2.0


Salam Ukhuwwah yang BERSIH.



Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk menuntut hak kita di dalam pilihanraya yang BERSIH & ADIL.

Apakah tujuan diadakan BERSIH 2.0 yang dianggap KOTOR oleh KERAjaan yang memerintah Malaysia pada hari ini.Tujuannya adalah untuk memBERSIHKAN PILIHANRAYA dan KEMBALIKAN HAK RAKYAT.Itu aja.Susah ke???

Tuntutan BERSIH dan BERSIH 2.0 adalah:

[/] BERSIHKAN SENARAI PENGUNDI.
[/] MANSUHKAN UNDI POS.
[/] PENGUNAAN DAKWAT KEKAL.
[/] AKSES MEDIA BEBAS DAN ADIL.
[/] TEMPOH KEMPEN MINIMA 21 HARI.
[/] KUKUHKAN INSTITUSI AWAM.
[/] HENTIKAN RASUAH.
[/] HENTIKAN POLITIK KOTOR.

Dijangkakan dan adalah diharapkan 300,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat yang mewakili pelbagai pertubuhab NGO dan ahli serta penyokong parti-parti politik yang dianggap pembangkang.

Sejarah sentiasa berulang.Kalau pada zaman sebelum MERDEKA,Sayap Kiri yang terdiri daripada PKMM, API,AWAS,PUTERA,MDU (MALAYAN DEMOCRATIC UNION)JSFTU (JOHORE STATE FEDERATION of TRADE UNION)-yang mempunyai keahlian seramai 300,00 orang buruh seluruh Malaya dan pelbagai lagi gerakan politik pada masa itu menuntut demokrasi dari penjajahan kolonial.

Dan kita hari ini menuntut keadilan dalam pilihanraya supaya kerajaan yang akan memerintah Malaysia pada masa akan datang adalah lebih ADIL dan TELUS.

Perhimpunan Aman pada hari ini hanyalah untuk menyerahkan MEMORENDUM kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara pada pukul 2 petang.

Benarlah seperti kata-kata A.Samad Said di dalam Sajak terbaru beliau PELUDAH WARNA: "KERANA NIKMAT AMAT LAMA BERKUASA, KUASA PUN SEOLAH MENJADI HARTANYA".

Dan sejarah juga pernah merakamkan peri pentingnya penggiat sastera dalam membangkitkan semangat MERDEKA.Dan kini KA dapat rasakan SEMANGAT ITU....


Kepada Yang,yang kini Insyallah berada di KL bersama sahabat Jamaah dan kepada semua Kepimpinan,ahli dan penyokong yang membawa satu tujuan,perbetulkanlah niat kita,kuatkan semangat,tabah dalam menghadapi apa juga kemungkinan.KA dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian.Moga apa yang kita perjuangkan hari ini akan beroleh kejayaan dunia,Redho ALLAH dan JANNAHNya. InsyaALLAH...







3 comments:

  1. berhimpunla kalau rasa bersih sangat, tapi tak payah la guna KL sebagai lokasi, menyusahkan warga kota, yang rugi sapa bukan orang luar tapi warga kota juga yang jadi mangsa. Disebabkan golongan yang terlalu fanatik dan ikut ikutan sahaja dan bukan pejuang sebenar hal yang sepatutnya aman jadi huru hara. Sedarlah segera golongan yang tak tau perjuangan sebenar. Orang ISLAM yang rugi orang ASING suka hati.

    ReplyDelete
  2. Kalau anda seorang yg tahu sngt tentang perjuangan,kenapa tidak tunjukkn identiti diri anda tanpa brselindung di sebalik topeng ANONYMOUS.Pejuang sebeginilah yg akan dicantas seawal mungkin.
    Orang Islam yg mukmin tak pernah rugi dlm setiap perbuatn dgn niat kerana ALLAH.Tetapi melayu yg terbuai selama 50thn lebih dgn mimpi 'indah'UMNO,dulu,kini dn selamanya....
    Adakh anda mencadangkn PUTRAJAYA sebagai lokasi yg trbaik.Supaya tiada sesiapa yg akn RUGI???

    ReplyDelete
  3. bersihkan diri dulu baru nak bersihkan org. pas pun bersekongkol dgn dap apa cerita.cakap tak serupa bikin.peerah.....

    ReplyDelete