Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

Salam Ukhuwwah.




Hari ni dah lebih kurang 18 tahun KA diberi kesempatan oleh Allah untuk merasai sebuah kehidupan sebagai seorang Ummi kepada 5 orang 'Permata Hati'.Walaupun KA bukanlah seorang Ummi yang lemah lembut dari segi tutur bahasa dan perwatakan tetapi itu bukan bermakna KA tidak berlemah lembut dari segi hati dan perasaan.






Semua orang tahu betapa besarnya pahala menjadi seorang ibu dan betapa besarnya ujian untuk menjadi seorang ibu.Dibawah ini adalah koleksi artikel yang telah KA ambil dari iluvislam.com.




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



7. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".


8. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


9. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


10. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


Walaupun begitu,tak semua berpeluang menjadi ibu dan yang berpeluang pulak tak menghargainya.


Ini adalah kisah yang benar-benar berlaku kepada seorang rakan sekelas By iaitu Mail (bukan nama sebenar).Mail pelajar tahun 6.Kedua emak ayah Mail telah bercerai.Mail mempunyai seorang adik perempuan,tahun 5 dan seorang adik lelaki tahun 1.Ayah Mail berkahwin baru.Dengan Mak tiri,Mail ada 2 adik baru.Ayah Mail kerja 'off-shore'.Sebulan sekali baru balik.Pergi dan balik sekolah,Mak tiri Mail yang hantar.Yang menyebabkan hampir ramai kawan-kawan Mail yang tahu cerita ni dan sedih ialah Mak tiri Mail akan ambil mereka 3 beradik dari sekolah selepas pukul 6-6.30 petang setiap hari.Walaupun waktu sekolah tamat awal,begitulah setiap hari.


Kalau ada acara sukan,Mail lebih suka menyertainya.Lepas habis latihan atau sukan,mandi di sekolah dan bersiap untuk kelas tuisyen malam.Tumpang duduk di pondok 'Pakcik Jaga'.Kadang-kadang 2 adik-adik Mail pun tak balik sama.Tunggu sehingga Mail balik pukul 9.30 malam.Kalau balik awal,siapa yang nak 'backing'bila Mak tiri pukul.


Dalam kelas tuisyen malam,ada yang terdengar adik Mail merenggek lapar perut.Mail cuma boleh pujuk suruh adik tunggu sampai habis kelas.Mak tiri cuma beri RM 1 shaja sehari,walau pukul berapa mereka balik.Tapi rezeki mereka ada di mana-mana.Sehabis kelas,ada aje hamba Alah yang menghulurkan makanan.'Makcik Jaga' disebelah pagi akan bawak makanan lebih.Cikgu-cikgu bergilir belanja makan, kawan-kawan hulur duit belanja.Itulah yang berlaku sejak awal tahun ini.Puncanya semua tak tahu sebab baru tahun ini terdengar cerita.


Khamis 5/5/2010 birthday Mail.Satu kelas pakat ramai-ramai raikannya.Ada yang bawak mee goreng , air botol,kek harijadi,belon dan macam-macam.Cikgu-cikgu beri hadiah.By kata seronok sangat.


KA ada juga tanya pada By,mana Mak sebenar Mail.By kata Mak Mail dah kawin lain.Kenapa Mak Mail tak ambik Mail dan adik-adik,itu By tak tahu.Bila By tanya macam-macam,Mail kata dia kena sabar aje.


Banyak persoalan yang timbul di kepala KA.Ayah Mail tak tahu ke apa yang Mak tiri buat?Mana Mak Mail?Tanggungjawab yang Mail pikul?Macamana Mail nak hadapi UPSR nanti dan macam-macam lagi.


Semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran pada Mail untuk hadapi ujian ni.Terdetik juga di hati nak ambik mereka jadi anak angkat.Sebab macam tak percaya cerita dalam drama melayu yang selalu di tonton berlaku di alam realiti.


Itu cuma satu dari sejuta cerita yang berlaku dalam kehidupan kita setiap hari.Iktibar dari cerita yang KA paparkan ialah kita ambillah peluang yang Allah telah berikan untuk menjadi Emak,Ummi,Ibu yang terbaik dengan walau apa panggilan sekalipun.


Buat insan teristimewa yang telah melahirkan,membesarkan,mendidik,mengasuh KA menjadi insan manusia.Yang garang tapi tempat KA selalu mencurah segala rahsia dan cerita dari dulu sampai KA telah berumahtangga.Yang memahami setiap seorang dari 10 anak-anaknya.Yang selalu memberi nasihat terutama tentang alam rumahtangga.Yang tak pernah tambah 'perisa' bila kita ngadu tentang mertua.Menjadikan kita sedar,mungkin kita yang 'mengada-ada'.Insyallah sayang mertua pada kita akan hadir juga.Biarlah entah bila.Sebab Mak tahu Mak dah didik anak-anak Mak macamana.

Yang dulu KA rasa pilih kasih.Rupa-rupanya tidak.Sebab bila KA dah jadi Emak, barulah tahu yang anak-anak memang tak pernah puashati dalam pembahagian kasih.

Seorang yang pakar masak.Bukan hanya anak-anak yang suka makan 'air tangan' nya.Bahkan menantu,adik-beradik, ipar-duai,besan malah jiran tetangga.


Ucapan paling ikhlas penuh kasih sayang,buat Emak,Ungku Fatimah binti Ungku Abd.Majid.Kasih Emak tiada tandingan.Dari dulu sampai bila-bila.


Buat Mak Mertua,Mek Esah binti Salleh,Semoga sabar menghadapi ujian sakit yang Allah beri.Terima kasih kerana telah mendidik dan memberi tumpang kasih sayang Yang.


Juga buat semua adik-beradik KA,kawan-kawan dari kecil sehingga dewasa di alam nyata atau siber.Ipar duai,sepupu-sepupu dan semua insan istimewa yang telah terpilih menjadi ibu,'SELAMAT HARI IBU" buat semua....



No comments:

Post a Comment