Salam Ukhuwah...
Malam tadi utk 'dinner' KA masak nasi.Baru makan nasi.Dah beberapa malam asyik makan mee aje.Mee hailamlah,mee rebuslah,mee gorenglah,mee kedailah samada mee kuning atau mee teow atau mee hoon.Puas rasa (bosan).
Jadi,untuk lauk,KA masaklah Ayam Padprik.Resipi ni KA ambil dari buku Chef tersohor Chef Hanieliza ( Senangnya Memasak Daging).Tapi KA tukar aje kepada ayam.Dan adalah juga yang KA dah adjust sikit-sikit,ikut apa yang ada kat dapur.Resipi ni memang sedap.Anak-anak kata "Macam kat kedai Ayah Ku je...." (kedai dekat rumah KA).
Jadi kalau nak tahu sedap ke tidak,kenalah masak sendiri...Oleh kerana tak jumpa kat mana nk copy & paste,terpaksalah KA menaipnya (maleh rase).Kita layaaannnn.......
Antara bahan-bahan yang digunakan...
Dah siap...
AYAM PADPRIK.
Bahan A (dipotong kecil)
300 g ayam
100 g lobak merah
100 g kacang panjang
100 g bunga kobis
1 cili lada merah
1 labu bawang besar
Bahan B (utk sos)
1 sudu besar sos tomyam - KA gunakan serbuk tomyam putih.
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun limau purut (di koyakkan)
2 batang serai (diketuk)
5 biji cili api (diketuk) - KA tak letak sbb anak tak tahan pedas.
3 ulas bawang putih (diketuk)
1/2 cawan air -KA letak lebih utk banyak kuah.
Minyak utk menumis
Garam dan gula
Cara memasak:
1.Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih dan serai hingga wangi.
2.Masukkan ayam dan kacau rata.Biarkan ayam separuh masak.
3.Masukkan air,kicap pekat,tomato sos,cili sos,sos tiram dan sos tomyam.Biarkan mendidih sekejap.
4.Kemudian barulah dimasukkan kacang panjang,lobak merah,bunga kobis,bawang besar dan cili merah.
5.Setelah mendidih,masukkan daun limau purut dan dikacau rata.
6.Rasakan garam dan gula secukupnya.Kemudian tutupkan api.
7.Boleh dihidangkan dengan nasi putih atau nasi goreng.
Selamat mencuba untuk menjamu selera.
No comments:
Post a Comment