Friday, October 28, 2011

CUKUP SEBULAN.....HAPPY BELATED BIRTHDAY,KAKAK....


Salam Ukhuwwah.

Hari ni cukup 1 bulan belated birthday Kakak.Sebulan yg lepas,KA tak sempat nak buat n3 untuk ucapkan Selamat Ulangtahun yang ke-19 tahun buat Kakak.Macam n3 lepas,KA dah kabo,punyalah sebok...............  sampai tak ada masa nak duduk depan komputer lama-lama untuk update blog.

Banyak kerja yang perlu diselesaikan dalam masa yang suntuk.Selain dari kerja harian 'DO' (Dapur Officer), KA juga seorang SUPIR.Hantar dan ambik anak-anak sekolah,dari pukul 7.30 pagi-3 petang.Pada belah petang,kerja-kerja untuk lain pulak yang kadang-kadang 'last minute' baru diberitahu.Tapi tak kesahlah sebab   kita yang 'buat' maka kita yang dapat 'ganjarannya'.


Lepas Jumaat tadi,Yang telah bertolak ke IKBN Kemaman.Ada Sukan 4 Penjuru PETRONAS GAS dr 28-30hb Oktober 2011.Seperti tahun-tahun yang lepas,Yang akan sertai sukan Badminton dan Ping pong . Tapi setahun dua ni,Yang masuk dalam ketegori Veterenlah.Oklah tu.Kalah menang,kemudian cerita sebab yang penting penyertaan.
                                                                                                                                                     Selama kawin,KA tak pernah pergi tengokYang main atau lawan badminton atau ping pong.Walaupun berkali-kali Yang ajak.Rasa-rasanya macam buang masa aje KA pergi mendangok kat Dewan.Baik duduk rumah buat kerja atau mengadap 'mukabuku' atau 'bertandang' ke rumah 'sahabat maya'.Tapi pada perlawanan yang lepas,Yang bersungguh ajak.Maka dengan separuh hati KA pergilah dengan Adik.Dan hari tu,PETRONAS GAS KERTEH jadi juara untuk Badminton Veteren. Mungkin Yang bersemangat sebab KA beri sokongan moral pada dia.Muahahaha... Tapi kali ni tak tahulah pulak.


Berbalik pada Birthday Kakak yang dah terlewat.Masa birthday Kakak pada 28 September 2011,Kakak tak ada di Malaysia.Dia dah dapat pergi ke 'SANA'.Kemana??? JORDAN untuk sambung belajar dalam Kursus Bahasa Arab.Walaupun dah besar-besar,KA takdelah buat sambutan,tapi masa kat sana,kawan-kawan senior ada buat 'surprise party' untuk dia.Terharu katanya sebab ada orang yang tahu birthday dia.Agak-agaknya hilanglah jugak rindu dia pada Malaysia....


Kakak fly ke Jordan pada hari Ahad 11/9/2011 bersamaan 13 Syawal 1432 pukul 3 petang.Kami pergi sehari lebih awal dan singgah bermalam kat rumah adik KA di Seremban.Keesokan harinya,bertolak dari Seremban Ke KLIA awal pagi sebab perlu berkumpul di sana untuk urusan selanjutnya pada pukul 11 pagi.


Sebenarnya kumpulan Kakak yang bertolak ke Jordan seramai 17 orang.Dan hanya Kakak seorang saja yang pergi terus ke KLIA.Yang lain-lain semuanya dari Kuala Terengganu.Sebabnya......Kakak bawak lebih muatan.Muahaha.......


Sebelum KA tunjukkan gambar-gambar masa kat airport,untuk Kakak...walaupun dah lewat sebulan, Ummi,Abah dan adik-adik ucapkan Selamat UlangtahunYang KE 19.Moga Kakak sentiasa dalam peliharaan dan Rahmat Allah.Belajarlah bersungguh.Allah dah tetapkan rezeki Kakak kat sana dan semoga ianya akan menjadi pendorong buat adik-adik yang lain.Jagalah diri dan akhlak.Alam dewasa Kakak akan terbentuk di 'SANA' dalam pantauan ALLAH.Insyallah.






 Ke Seremban.





 Penat sampai tertidur.



 Antara yang menghantar Kakak.


Begitu banyak barang Kakak.




Mereka yang satu kumpulan dengan Kakak




Untuk menghilangkan boring.Main troli.






Alas perut dulu.Laparlah sangat.




Babak sedeh bermula.








Adik sedeh sangat bila dapat cakap dengan Kakak.



Kami semua saaaaaa............yang Kakak.Mmmmmuah.


*Sampai hari ni,Adik masih tak dapat terima yang Kakak dah tinggalkan dia untuk pergi belajar kat Jordan.


**Dari sejak Adik lahir,Kakak duduk kat asrama.Adik tak berapa rapat dengan Kakak.Tapi lepas Kakak habis STAM dan duduk rumah agak lama,setiap hari bila KA ambik Adik dari PASTI,kalau Kakak tak ikut tentu dia sebok tanya mana Kakak.Suka sangat dia kalau Kakak gi ambik dia...


***Hari ni kalau Kakak telepon nak cakap dengan Adik,dia akan cakap "Adik malas nak kawan ngan Kakak.Sapa suruh Kakak gi Jordan".Tapi bila dia cakap dengan Kakak,dia akan cakap "Adik saaaaayang.....Kakak.Bila Kakak nak balik rumah???Adik nak tidor ngan Kakak".


****Setiap kali bila Adik nangis kalau KA marah,"Kakaaaaak......Ummi buat................Baliklah Kakaaaaak........".Sayu pulak KA dengar.











Friday, October 21, 2011

PUNYALAH SEBOKKKK......


Salam Ukhuwwah.

Alahai seboknya.....KA sampai tak sempat nak 'mengemas rumah'.Kesian sunggoh pada mereka yang tersinggah atau yang sengaja singgah kat sini.Bukanlah sebok sangat sampai tak sempat nak jengah rumah sendiri atau pun jalan-jalan kat rumah orang.Sempatttt......tapi sekejap-sekejap aje.

Setiap kali 'masuk rumah' KA,anak KA iaitu Girl akan tegor."Sampai ceroh ar Ummi ngan lagu Raya. Raya lepas lama doh.Tukor ar lagu lain..."muahahaha......

InsyaAllah ada masa KA tukar lah.........


Friday, September 16, 2011

ALHAMDULILLAH...........

                   


            

Salam Ukhuwwah.                                                                                                      

Masih belum terlambat untuk KA ucapkan SELAMAT BERHARI RAYA,kepada mereka yang sudi singgah  membaca di sini...

Macamana dengan Ibadah Puasa yang baru berlalu.Ada peningkatan atau penurunan???Dah selesai Puasa 6 Syawal???Masih ada berbaki 13 hari lagi untuk kita rebut peluang yang datang cuma setahun sekali. Macamana pulak dengan empunya diri yang sibuk bertanya tu???Muahahaha.....

Semua urusan yang penting sepanjang bulan Puasa dan Raya telah pun sempurna diselesaikan.Berasa juga kelam-kabut sikit.Tapi Alhamdulillah.Bila semua pergantungan kita serah pada Allah,Insyallah pertolongan dariNya akan kita rasakan.

Tapi hari ni masih tak boleh nak bercerita panjang.Banyak cerita yang nak dicatitkan dalam diari umum ni. Insyallah kita jumpa lagi dalam waktu yang terdekat.




*hari ni ada lagi Jamuan Raya yang diadakan.Kali ni kat Surau Kubur Gong Pasir pulak.Macamanalah nak habis puasa 6 ni.muahahaha....



Monday, August 8, 2011

ALLAH.....PERMUDAHKANLAH.


Salam Ukhuwwah...

Hari ni Yang cuti sebab Kakak akan ke Besut untuk kursus BTN.Jadi pagi tadi KA,Yang dan Adik pergi hantar Kakak ke Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.

Pada awalnya Yang ambil cuti sebab nak hantar Kakak terus ke Besut tapi Alhamdulillah rupa-rupanya Ustaz Man dari JHEANT yang menguruskan Kakak dan pelajar-pelajar lain dari awal untuk ke'sana' telah berusaha menyediakan bas dari JHEANT.Walaupun ada sebilangan pelajar (tidak termasuk Kakak)yang diuruskan oleh Ustaz Man telah mendapat tajaan dari Yayasan Terengganu,tetapi tiada apa-apa usaha yang dilakukan untuk membawa pelajar tajaan mereka ke Besut.Begitu juga dengan pelajar tajaan Maidam.Mereka pergi dengan kenderaan masing-masing.

Ada antara mereka yang telah berkumpul sebelum pukul 11 pagi lagi dan bertolak lebih kurang pukul 12 lebih.

Selepas bas bertolak,Yang dan KA sempat berbual-bual dengan Ustaz Man dan ibubapa seorang pelajar.Banyak info yang kami dapat dari perbualan tadi.Oleh kerana Kakak tidak mendapat tajaan dari mana-mana pihak,KA mengharapkan agar Ustaz Man boleh tolong menguruskan Kakak dan beberapa pelajar lain dengan pihak Yayasan dalam semua proses sebelum berangkat ke'sana'.KA dan Yang tak ada pengalaman dalam semua urusan ni sebab ini adalah kali pertama.

KA mengharap do'a dari semua agar Allah mempermudahkan segala-galanya.Amin.....


Saturday, August 6, 2011

RESIPI AYAM PERCIK...

Salam Ukhuwwah...

Hari Rabu baru-baru ni,By telepon dari sekolah.Dia nak suruh KA hantar lauk Ayam Panggang. Terlior kata By.Masa dia telepon tu dah nak Asar.Apa dia ingat Ummi dia ni ada kedai Ayam Panggang ke nak order tak kira masa dan ketika...KA kata ke By,nanti hari Khamis bila dia balik rumah,InsyAllah Ummi buatlah.

Jadinya,semalam KA pun masaklah Ayam Percik.Sebenarnya dia bukannya kira Ayam tu masak apa-apa pun.Janji... ayam.

KA gunakan resepi dari Kak Hanieliza Kerteh.Salah seorang blogger masak-memasak yang tersohor tu...Dan resipi ni memang sedap.Girl kata puasa kali ni Ummi masak sedap-sedap. Sebab tu dia suka sangat puasa.Siapa lagi nak puji kalau bukan anak sendiri...muahahaha....



AYAM PERCIK

Bahan-bahan:

2 kg ayam (dipotong 8)
3 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula
1 sudu teh halba
1 1/2 sudu teh garam

Bahan mesin halus:

20 tangkai cili kering ( 3 sudu besar lada kisar)
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara memasak:

1.Basuh ayam bersih.

2.Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin,santan,halba,air asam jawa,garam dan gula sehingga sederhana masak (kuah tinggal sedikit).Tetapi pastikan segala rempah telah sebati dengan ayam.

3.Susun ayam ke dalam loyang dan panggang atau grill dalam oven pada suhu 170-200 C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.

4.Hias dengan salad dan timun dan boleh dihidangkan.

Dan petang ni By nak balik semula ke asrama.Dia nak KA masak ayam lagi.Tak apa, kita 'GOOGLE' lagi....

Kepada semua,'Selamat mencuba untuk menjamu selera...'


AAYAM


Friday, August 5, 2011

PERSEDIAAN UNTUK KE'SANA'...


Salam Ukhuwwah...

Selamat berpuasa hari yang ke-5 kepada semua.Hari ni KA buat n3 bukanlah sebab nak masukkan menu berbuka puasa atau bersahur.Tapi lebih kepada sembang-sembang santai sebab 'ter'ada masa lebih pagi-pagi hari ni.Dan KA pun bukannya macam blogger tegar masak-memasak yang rajin memasak lauk-lauk yang canggih-manggih setiap hari.Cumanya resipi biasa-biasa yang anak-anak mintak.Baru masuk hari yang ke 5,KA dah tak tahu nak masak apa.Tapi tak apa,kita 'goooooogle' aje resipi dari internet.

Kita sembang santai yang lain pulak.

Kalau ada yang masih ingat n3 KA mengenai MEDICAL CHECK-UP,ini adalah sambungannya.


Baru-baru ni Kakak dah dapat surat dari JABATAN PENGAJIAN TINGGI (Bahagian Education Malaysia) untuk ikuti KURSUS KENEGARAAN MAHASISWA PELAJAR-PELAJAR KE LUAR NEGARA.

Kursus akan diadakan pada 8-12 Ogos 2011.Bertempat di Kem Bina Negara Besut,Terengganu.
Lebih kurang 109 orang akan ikuti kursus ini yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara,Jabatan Perdana Menteri.

KA katakan 'lebih kurang' sebab ada beberapa orang kawan Kakak yang akan atau terpaksa menolak tawaran ini atas sebab-sebab tertentu.Oleh kerana kursus ini dikira 'WAJIB',jadi bagi sesiapa yang gagal mengikutinya akan mengakibatkan permohonan pelajar tersebut tidak akan diproses dan pelajar tidak dapat meneruskan pengajian ke Universiti di Timur Tengah.

Kalau pada tahun 1984,Kakak KA iaitu Zan ada juga ikuti kursus persediaan pelajar untuk ke luar negara (USA) di Kuala Lumpur.Dan KA temankan dia sama-sama masuk ke dalam dewan (Cewah...sekurang-kurangnya dapat juga KA merasakan betapa PERGHHH...nya kalau dapat gi over-sea.Tapi nak buat macamana,malas belajar...muahahaha...)Tapi seingat KA taklah lama sangat sampai makan masa 5 hari.Dan tak adalah orang kata kursus yang mem'brain-wash' kan.

Tapi sekarang ni,macam-macam cerita buruk tentang kursus anjuran BTN ni boleh didengar.Samada dari Cikgu-cikgu atau pegawai kerajaan lain yang telah ikutinya.
Apa-apa pun,KA akan tunggu cerita sebenarnya dari Kakak.InsyAllah.Sebab tak baikkan kalau kita berburuk sangka.

Kepada Kakak dan anak-anak lain yang akan pergi ke kursus ini,Ummi ucapkan 'SEMOGA BERJAYA'.Kalau 'foundation' dah kukuh,'bangunan' tak akan runtuh.InsyAllah...



Monday, August 1, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN 1432H.


Salam Ukhuwwah...

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk melaksanakan Rukun Islam yang ketiga pada tahun ini.KA mengharapkan agar ini bukanlah Ramadhan yang terakhir tetapi Ramadhan yang terbaik buat KA,Yang dan anak-anak....

Dikesempatan ini,KA ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh alam maya ini...

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...


Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Setiap amalan anak Adam akan digandakan di mana satu amalan kebaikan akan digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda, kecuali puasa.

Kelebihan Puasa

Allah berkata; 'Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu'. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi". (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu".
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)