Monday, August 8, 2011

ALLAH.....PERMUDAHKANLAH.


Salam Ukhuwwah...

Hari ni Yang cuti sebab Kakak akan ke Besut untuk kursus BTN.Jadi pagi tadi KA,Yang dan Adik pergi hantar Kakak ke Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.

Pada awalnya Yang ambil cuti sebab nak hantar Kakak terus ke Besut tapi Alhamdulillah rupa-rupanya Ustaz Man dari JHEANT yang menguruskan Kakak dan pelajar-pelajar lain dari awal untuk ke'sana' telah berusaha menyediakan bas dari JHEANT.Walaupun ada sebilangan pelajar (tidak termasuk Kakak)yang diuruskan oleh Ustaz Man telah mendapat tajaan dari Yayasan Terengganu,tetapi tiada apa-apa usaha yang dilakukan untuk membawa pelajar tajaan mereka ke Besut.Begitu juga dengan pelajar tajaan Maidam.Mereka pergi dengan kenderaan masing-masing.

Ada antara mereka yang telah berkumpul sebelum pukul 11 pagi lagi dan bertolak lebih kurang pukul 12 lebih.

Selepas bas bertolak,Yang dan KA sempat berbual-bual dengan Ustaz Man dan ibubapa seorang pelajar.Banyak info yang kami dapat dari perbualan tadi.Oleh kerana Kakak tidak mendapat tajaan dari mana-mana pihak,KA mengharapkan agar Ustaz Man boleh tolong menguruskan Kakak dan beberapa pelajar lain dengan pihak Yayasan dalam semua proses sebelum berangkat ke'sana'.KA dan Yang tak ada pengalaman dalam semua urusan ni sebab ini adalah kali pertama.

KA mengharap do'a dari semua agar Allah mempermudahkan segala-galanya.Amin.....


Saturday, August 6, 2011

RESIPI AYAM PERCIK...

Salam Ukhuwwah...

Hari Rabu baru-baru ni,By telepon dari sekolah.Dia nak suruh KA hantar lauk Ayam Panggang. Terlior kata By.Masa dia telepon tu dah nak Asar.Apa dia ingat Ummi dia ni ada kedai Ayam Panggang ke nak order tak kira masa dan ketika...KA kata ke By,nanti hari Khamis bila dia balik rumah,InsyAllah Ummi buatlah.

Jadinya,semalam KA pun masaklah Ayam Percik.Sebenarnya dia bukannya kira Ayam tu masak apa-apa pun.Janji... ayam.

KA gunakan resepi dari Kak Hanieliza Kerteh.Salah seorang blogger masak-memasak yang tersohor tu...Dan resipi ni memang sedap.Girl kata puasa kali ni Ummi masak sedap-sedap. Sebab tu dia suka sangat puasa.Siapa lagi nak puji kalau bukan anak sendiri...muahahaha....



AYAM PERCIK

Bahan-bahan:

2 kg ayam (dipotong 8)
3 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula
1 sudu teh halba
1 1/2 sudu teh garam

Bahan mesin halus:

20 tangkai cili kering ( 3 sudu besar lada kisar)
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara memasak:

1.Basuh ayam bersih.

2.Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin,santan,halba,air asam jawa,garam dan gula sehingga sederhana masak (kuah tinggal sedikit).Tetapi pastikan segala rempah telah sebati dengan ayam.

3.Susun ayam ke dalam loyang dan panggang atau grill dalam oven pada suhu 170-200 C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.

4.Hias dengan salad dan timun dan boleh dihidangkan.

Dan petang ni By nak balik semula ke asrama.Dia nak KA masak ayam lagi.Tak apa, kita 'GOOGLE' lagi....

Kepada semua,'Selamat mencuba untuk menjamu selera...'


AAYAM


Friday, August 5, 2011

PERSEDIAAN UNTUK KE'SANA'...


Salam Ukhuwwah...

Selamat berpuasa hari yang ke-5 kepada semua.Hari ni KA buat n3 bukanlah sebab nak masukkan menu berbuka puasa atau bersahur.Tapi lebih kepada sembang-sembang santai sebab 'ter'ada masa lebih pagi-pagi hari ni.Dan KA pun bukannya macam blogger tegar masak-memasak yang rajin memasak lauk-lauk yang canggih-manggih setiap hari.Cumanya resipi biasa-biasa yang anak-anak mintak.Baru masuk hari yang ke 5,KA dah tak tahu nak masak apa.Tapi tak apa,kita 'goooooogle' aje resipi dari internet.

Kita sembang santai yang lain pulak.

Kalau ada yang masih ingat n3 KA mengenai MEDICAL CHECK-UP,ini adalah sambungannya.


Baru-baru ni Kakak dah dapat surat dari JABATAN PENGAJIAN TINGGI (Bahagian Education Malaysia) untuk ikuti KURSUS KENEGARAAN MAHASISWA PELAJAR-PELAJAR KE LUAR NEGARA.

Kursus akan diadakan pada 8-12 Ogos 2011.Bertempat di Kem Bina Negara Besut,Terengganu.
Lebih kurang 109 orang akan ikuti kursus ini yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara,Jabatan Perdana Menteri.

KA katakan 'lebih kurang' sebab ada beberapa orang kawan Kakak yang akan atau terpaksa menolak tawaran ini atas sebab-sebab tertentu.Oleh kerana kursus ini dikira 'WAJIB',jadi bagi sesiapa yang gagal mengikutinya akan mengakibatkan permohonan pelajar tersebut tidak akan diproses dan pelajar tidak dapat meneruskan pengajian ke Universiti di Timur Tengah.

Kalau pada tahun 1984,Kakak KA iaitu Zan ada juga ikuti kursus persediaan pelajar untuk ke luar negara (USA) di Kuala Lumpur.Dan KA temankan dia sama-sama masuk ke dalam dewan (Cewah...sekurang-kurangnya dapat juga KA merasakan betapa PERGHHH...nya kalau dapat gi over-sea.Tapi nak buat macamana,malas belajar...muahahaha...)Tapi seingat KA taklah lama sangat sampai makan masa 5 hari.Dan tak adalah orang kata kursus yang mem'brain-wash' kan.

Tapi sekarang ni,macam-macam cerita buruk tentang kursus anjuran BTN ni boleh didengar.Samada dari Cikgu-cikgu atau pegawai kerajaan lain yang telah ikutinya.
Apa-apa pun,KA akan tunggu cerita sebenarnya dari Kakak.InsyAllah.Sebab tak baikkan kalau kita berburuk sangka.

Kepada Kakak dan anak-anak lain yang akan pergi ke kursus ini,Ummi ucapkan 'SEMOGA BERJAYA'.Kalau 'foundation' dah kukuh,'bangunan' tak akan runtuh.InsyAllah...



Monday, August 1, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN 1432H.


Salam Ukhuwwah...

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk melaksanakan Rukun Islam yang ketiga pada tahun ini.KA mengharapkan agar ini bukanlah Ramadhan yang terakhir tetapi Ramadhan yang terbaik buat KA,Yang dan anak-anak....

Dikesempatan ini,KA ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh alam maya ini...

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...


Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Setiap amalan anak Adam akan digandakan di mana satu amalan kebaikan akan digandakan sebanyak sepuluh hingga 700 kali ganda, kecuali puasa.

Kelebihan Puasa

Allah berkata; 'Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu'. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi". (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu".
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)




Friday, July 8, 2011

BERSIH 2.0


Salam Ukhuwwah yang BERSIH.



Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan untuk menuntut hak kita di dalam pilihanraya yang BERSIH & ADIL.

Apakah tujuan diadakan BERSIH 2.0 yang dianggap KOTOR oleh KERAjaan yang memerintah Malaysia pada hari ini.Tujuannya adalah untuk memBERSIHKAN PILIHANRAYA dan KEMBALIKAN HAK RAKYAT.Itu aja.Susah ke???

Tuntutan BERSIH dan BERSIH 2.0 adalah:

[/] BERSIHKAN SENARAI PENGUNDI.
[/] MANSUHKAN UNDI POS.
[/] PENGUNAAN DAKWAT KEKAL.
[/] AKSES MEDIA BEBAS DAN ADIL.
[/] TEMPOH KEMPEN MINIMA 21 HARI.
[/] KUKUHKAN INSTITUSI AWAM.
[/] HENTIKAN RASUAH.
[/] HENTIKAN POLITIK KOTOR.

Dijangkakan dan adalah diharapkan 300,000 orang dari pelbagai lapisan masyarakat yang mewakili pelbagai pertubuhab NGO dan ahli serta penyokong parti-parti politik yang dianggap pembangkang.

Sejarah sentiasa berulang.Kalau pada zaman sebelum MERDEKA,Sayap Kiri yang terdiri daripada PKMM, API,AWAS,PUTERA,MDU (MALAYAN DEMOCRATIC UNION)JSFTU (JOHORE STATE FEDERATION of TRADE UNION)-yang mempunyai keahlian seramai 300,00 orang buruh seluruh Malaya dan pelbagai lagi gerakan politik pada masa itu menuntut demokrasi dari penjajahan kolonial.

Dan kita hari ini menuntut keadilan dalam pilihanraya supaya kerajaan yang akan memerintah Malaysia pada masa akan datang adalah lebih ADIL dan TELUS.

Perhimpunan Aman pada hari ini hanyalah untuk menyerahkan MEMORENDUM kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara pada pukul 2 petang.

Benarlah seperti kata-kata A.Samad Said di dalam Sajak terbaru beliau PELUDAH WARNA: "KERANA NIKMAT AMAT LAMA BERKUASA, KUASA PUN SEOLAH MENJADI HARTANYA".

Dan sejarah juga pernah merakamkan peri pentingnya penggiat sastera dalam membangkitkan semangat MERDEKA.Dan kini KA dapat rasakan SEMANGAT ITU....


Kepada Yang,yang kini Insyallah berada di KL bersama sahabat Jamaah dan kepada semua Kepimpinan,ahli dan penyokong yang membawa satu tujuan,perbetulkanlah niat kita,kuatkan semangat,tabah dalam menghadapi apa juga kemungkinan.KA dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian.Moga apa yang kita perjuangkan hari ini akan beroleh kejayaan dunia,Redho ALLAH dan JANNAHNya. InsyaALLAH...







Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI CIKGU 2011...

Salam Ukhuwwah.



Dikesempatan ini KA nak ucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua cikgu-cikgu yang telah memberikan ilmu dunia dan akhirat dari KA kecik hinggalah tua-tua macam ni.


Juga kepada kakak KA iaitu Zan,adik-adik Lon dan Lin,anak sedara,Mawaddah,biras KA iaitu Kak Long dan semua kawan-kawan KA yang telah Allah rezekikan kepada mereka menjadi seorang pendidik.Jadilah pendidik yang ikhlas mencurahkan segala ilmu yang dapat memberi manafaat kepada semua.Juga pendidik yang akan dikenang oleh semua anak-anak didik sebagai seorang yang mulia akhlaknya.Bukan dari sifat-sifat yang buruk dan dibenci mereka.


Tak lupa juga kepada Mak dan Abah yang juga KA anggap sebagai pendidik yang pertama, dulu,kini dan selamanya dalam hidup KA.Abah dan Maklah yang mengenalkan kalimah-kalimah Al-Qur'an kepada KA dan semua adik-beradik sehingga KA boleh mengajar semua anak-anak KA.Insyallah anak-anak KA akan mengajar anak-anak mereka pulak.Betapa besarnya pahala Mak dan Abah jika ianya berterusan hingga ke anak cucu keturunan yang lain.Insyallah.


KA dan Yang pun Insyallah akan cuba menjadi pendidik yang sebaik mungkin kepada anak-anak kami,sebab sebagai ibubapa,kita bukan membela anak-anak tetapi mendidik mereka.Moga Allah membantu kami dalam usaha ini.

Kepada semua cikgu-cikgu dan warga pendidik,moga mendapat Rahmat Allah dalam menjalankan amanah ini...



Wednesday, April 20, 2011

MEDICAL CHECK-UP...


Salam Ukhuwwah.

Pukul 7.30 pagi tadi,Kakak pergi buat medical check-up kat Hospital Dungun.Kakak pergi dengan Teh (mak sedara kakak,adik Yang).Aunty As (mak sedara baru,adik ipar Yang)yang hantar on the way dia nak pergi kerja.KA tak dapat hantar sebab nak hantar Adik pergi sekolah dulu.Nanti lambat pulak.
Kata Kakak,punyalah lama dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 12 tengahari baru siap.KA kata kat dia memanglah macam gitu.Kalau pergi lewat dan ramai orang,lagilah lambat siap.

Dia kata,lapar giler.Apataknya.Masa pagi sebelum pergi,KA dah ingatkan Kakak suruh dia siap awal-awal.Makanlah apa-apa buat alas perut.Tapi jenis buat kerja 'mmmetek'(dalam bahasa Tengganu iaitu lambat),jadi tak sempatlah nak makan apa-apa.

Tapi masa KA ambik Kakak lepas ambik Adik kat Pasti tadi,KA bawakkanlah dia Nasi Goreng Lada Hijau dan air Mangga Sunquick.Tak menyempat,makan terus dalam kereta.Padahal dari rumah ke hospital tak sampai 10 minit.Kesian dia lapar.Hati Ummi...gitulah...

Sebab apa Kakak buat Medical Check-up awal sangat???Haaaa.... yang tu cerita lain kali pulak...