Wednesday, December 29, 2010

19TAHUN...MOGA KEKAL DALAM PELAYARAN INI.


Salam Ukhuwwah.

Hari ini 29/12/2010.Genap sudah 19 tahun bagi KA dan Yang melayari bahtera sebuah perkahwinan.Pelbagai ujian dan rintangan,suka duka,gelak tawa dan tangis,semuanya bersama.

Rasanya,baru semalam hidup bersama.Masih teringat-ingat kenangan cinta bermula.Apa taknya.Baru-baru ni pada 27/12/2010,sebelum ke YPJ untuk bertanya tentang pinjaman pendidikan yang disediakan oleh YPJ,KA dan Yang sempat menjengah tempat segalanya bermula iaitu IKMJB atau istilah panjang yang digunakan oleh budak-budak IKM masa tu ialah Ikatan Kasih Mesra Jalinan Bersama muahaha...

Setelah 20 tahun KA dan Yang tinggalkan IKMJB,banyak yang dah berubah.Kebetulan hari tu ada pendaftaran bagi budak-budak baru untuk sesi Januari 2011-Disember 2012.Jadi, senang lah untuk kami masuk dan meronda-ronda.Hajat hati nak jumpa cikgu-cikgu yang pernah mengajar (manalah tahu kalau-kalau masih ada).Tapi tak dapat sebab mereka masih bercuti.




Inilah kelas KA dan Yang(Jabatan Eletronik).Tapi sekarang digunakan untuk kursus Air-cond.



Yang di Dewan Makan baru.



Inilah Dewan Makan lama kami yang telah dijadikan koperasi,jabatan pelajar dan bilik teater.



Koperasi dan car-park lama.




Cafe yang masih dikekalkan tapi telah diubahsuai.



Bangunan baru untuk pentadbiran.


Dan sebelum meninggalkan IKM,Yang sempat merenung padang yang banyak meninggalkan kenangannya bersama kawan-kawan.



Tapi KA tak ingat nak ambik gambar surau tempat Yang dan kawan-kawan melepak dan surau tu masih tak berubah.

Walaupun IKMJB dah banyak berubah,moga ikatan dan cinta kami masih seperti dulu malah lebih membara lagi.

Jadi apa plan KA dan Yang untuk meraikan hari yang istimewa ini?Hari ni,kami akan pergi candle-light dinner.Ke tempat yang istimewa.Hanya berdua.Tanpa gangguan sesiapa.Walaupun anak-anak kita...

Tapi...Boleh ke???Mungkin tidak...Sebabnya....

Mereka adalah insan-insan teristimewa yang telah mengisi setiap inci ruang bahtera perkahwinan ini selama 19 tahun.Dengan pelbagai ragam.Mengukuhkan lagi ikatan agar sukar dirungkai.

Buat Yang,Insan Teristimewa yang telah mengisi ruang hati KA selama ini dengan Kasih dan Cinta, Sayang dan segalanya.Moga Ikatan Ini kekal sampai Syurga dalam Rahmat dan KasihNya.AMIN....

Thursday, December 23, 2010

ESOK RESULT PMR DIUMUMKAN...BERDEBAR-DEBAR RASA


Salam Ukhuwwah...

Esok Khamis 23/12/2010.Insyallah satu lagi result peperiksaan PMR untuk anak KA iaitu Abang akan diketahui.Samada memuaskan ataupun tidak,KA perlu redha.

Untuk By yang result UPSR agak kurang memuaskan,Alhamdulillah dah ada tempat di Sekolah Menengah Islam Darul Bayan,Paka,Terengganu.Sebuah Sekolah Menengah Islam swasta yang baru 2 tahun ditubuhkan.Lanjutan daripada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan yang telah ditubuhkan 10 tahun yang lalu.Berkembang daripada Pusat Pengajian Pondok yang diasaskan 17 tahun yang lalu oleh Mantan ADUN Paka iaitu Ustaz Saiful Bahri Bin Mamat.

Usaha murni ini dapat dilaksanakan adalah hasil daripada derma orangramai ke Tabung Masjid dan telah diuruskan oleh pihak pengurusan dengan penuh keikhlasan dan amanah.

Ada 3 jenis pengajian yang disediakan iaitu Tahfiz,Akademik dan Syar'iyyah dan juga Akademik dan Tahfiz.Walaupun syarat kemasukan ke Sekolah ini agak tinggi iaitu sekurang-kurang mendapat 3A dalam UPSR,KA dan Yang tetap mencubanya.Pada KA,biar salah mencuba daripada menyesal tak mencuba.

Proses bermula dengan mengisi borang yang Yang ambik agak terlewat.Sebabnya,kami pergi bercuti ke Penang,Kedah dan Seremban selama seminggu dahulu.Satu perkara yang agak salah yang telah kami lakukan.

2 minggu selepas tu,By menduduki ujian bertulis akademik dan temuduga bagi bacaan,hafazan dan hukum tajwid Al-Quran.

Dan Alhamdulillah,2 hari lepas,pihak sekolah telah memaklumkan kemasukan By di SMIDB pada kami.

Sebenarnya,bila KA dan Yang dah ambil keputusan untuk tidak menghantar By ke Sekolah Menengah Kebangsaan,kami mula mencari beberapa sekolah yang ada aliran agama samada Swasta atau Kerajaan negeri Kelantan.Tapi KA dan Yang harap sangat By dapat sekolah di Darul Bayan ni sebabnya kalau sekolah swasta,ada daripada Jemaah yang berlainan yang KA bimbang pembentukan Fikrah di alam remajanya tidak selari dengan apa yang telah KA dan Yang mulakan dan inginkan.

Kalau Sekolah Kerajaan Negeri Kelantan pulak agak jauh dan susah KA nak lepaskan By ke sana.Tak sama macam Kakak dulu.Masa tingkatan 1 dah sekolah di Kelantan.Ada orang lebih susah nak beri anak perempuan pergi jauh-jauh tapi KA lebih percaya dan yakin yang Kakak boleh jaga diri dia sendiri.Dan Alhamdulillah kepercayaan tu Kakak jaga dengan elok.

Dan esok pulak giliran Abang.Apa-apa keputusan,janganlah buat KA dan Yang pening kepala lagi.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan bagi anak-anak KA dan Yang mencari ilmuNya.InsyaAllah......





Friday, December 3, 2010

JAUHKANLAH SIFAT MALAS INI...

Salam Ukhuwwah di pagi Jumaat yang mulia ini.

Hampir sebulan lebih KA tak buat n3 baru.Banyak perkara yang telah berlaku setiap hari yang berlalu tanpa KA mencatitnya dalam blog yang umpama diari,untuk dikongsi.
Sebab apa???Bukan malas penyebab utama tapi banyak perkara.PC problem,internet slow, gambar tak upload lg,sibuk melayan 'Mukabuku'dan banyaaaaaakkkk.....lg problem.

Tapi tak apa.KA akan cuba mencatatkan semua yang dah berlalu tu,satu persatu.Untuk apa??? buat kenangan KA dimasa mendatang.


RESULT UPSR BY.

Malam tu,By cakap,KA takpayahlah pergi sekolah dia esok.Tentu dia rasa dan risau result dia kurang memuaskan.KA beritahu By yang KA akan pergi.Sebab,KA pergi jugak masa ambil result Kakak dan Abang.Walau apa pun keputusannya.

Masa KA sampai,Dewan dah penuh dengan pelajar dan ibubapa.Tapi Guru Besar tak sampai lagi dari ambil result di PPD.Kami terpaksa menunggu lama jugak.








Lebih kurang pukul 11 pagi,barulah nampak Guru Besar.Guru Besar beritahu,hanya 8 orang sahaja yang dapat 5 A.Jauh tersasar dari target 25 orang.










Dah?result By macamana?Lepas dapat result,By duduk kat kawan-kawan dia.KA ni tertunggu-tunggu dia datang.KA panggil, baru dia datang.







Bila KA tengok result By.....By tunduk.KA gosok belakang By.By nangis.Sedeh dengan apa yang dia dapat.Alhamdulillah.Maseh ada juga hati dan perasaan rupa-rupanya anak KA ni.KA beritahu By yang dia masih ada banyaaaakkkk lagi peluang untuk dia tebus apa yang dia tak dapat hari ni.KA selalu beritahu anak-anak,biar kita nangis hari ini kalau kita taknak nangis di hari kemudian.Biar kita berusaha sekarang supaya kita tak menyesal akan datang.







Dengan result yang kurang memuaskan tu,KA dan Yang susah hati.Tak tahu nak hantar sekolah menengah mana.Kalau boleh,taknaklah hantar sekolah menengah kebangsaan.Bukan sebab KA dan Yang tak percaya dengan sekolah tu(kita pun dari sekolah menengah tu juga),tapi KA tak percaya dan bimbang dengan perangai By.Jadi kita berusaha memohon ke sekolah yang beraliran agama.Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.InsyaAllah.


KA terpaksa berhenti dulu.Dah lama sangat dok depan PC ni.Banyak lagi kerja rumah yang tak selesai lagi ni.InsyaAllah kejap lagi KA sambung pulak dengan cerita yang lain pulak....




Tuesday, October 19, 2010

IMTIHAN STAM 2010...JAWABLAH DENGAN TENANG...

Salam Ukhuwwah...

Hari ini adalah hari ke 2 Kakak dan semua 100 orang pelajar di seluruh Malaysia sedang menduduki Imtihan STAM 2010.Daripada 100 orang itu,40 orang calun adalah daripada sekolah Kakak iaitu Sekolah Menengah Agama (Atas)Sultan Zainal Abidin,Batu Buruk,Kuala Terengganu.



Sempat jugak gi sekolah Kakak hari Khamis lepas untuk Bacaan Yassin dan Solat Hajat sebelum hari periksa.Bersungguh Kakak suruh KA dan Yang gi.Dan KA pun bersungguh ajak Yang gi sebab kesian ke Kakak.Sebenarnya Yang susah nak kemana-mana dalam seminggu dua ni sebab kat tempat kerja Yang tengah "SHUT-DOWN".



Kelmarin tak sempat nak buat n3 baru sebab banyak program yang telah dirancang dan perlu dilaksanakan segera.Antaranya,disebelah petang lepas Solat 'Asar gi program Ziarah dengan kawan Muslimat ke 2 buah rumah jiran yang baru dapat baby dan seorang yang baru oparate lutut. Gi lepas 'Asar sebab waktu tulah Muslimat yang bekerja dah balik dan yang surirumah,dah siap urusan kat rumah yang tak habis-habis tu.Tapi waktu agak pendek sebab Maghrib awal.Bila Muslimat dah mula berbual kat sesebuah rumah,siaplah...susah nak stop.Pergi pulak 8 orang. Lagilah parok.




Alahai...KA dah melalut ke lain pulak.


Kelmari dan tadi,pagi-pagi lagi Kakak dah telepon rumah sebelum ke Dewan Periksa.Mintak tolong dan ingatkan Ummi dan Abah jangan lupa Solat Hajat untuk Kakak.Insyallah itu salah satu usaha dari Ummi Abah yang termampu setakat ni setelah Kakak berusaha selama ni.Seingat-ingat KA,periksa kali ni barulah nampak sangat Kakak susah hati.Tak macam masa SPM tahun lepas, masih relax je.Apatah lagi masa PMR dan UPSR
dulu...OHHH...Anak Ummi dan Abah dah besar dan matang rupa-rupanya...muahahaha...


Kepada Kakak dan semua anak-anak yang lain yang sedang menduduki imtihan ini,jawablah dengan tenang dan penuh keyakinan serta tawakkallah pada Allah.Insyallah 10 MUMTAZ dalam genggaman sebagaimana harapan semua Ummi Abah dan Warga Sekolah.AMIN.....


Tuesday, October 5, 2010

PMR DAH PUN BERMULA...SELAMAT BERJUANG...

Salam Ukhuwwah...



Hari ni hari Selasa 5/10/2010,seramai 479,675 calun akan menduduki Peperiksan Menengah Rendah (PMR) sehingga 12/10/2010.11,370 calun adalah dari Sekolah Agama tadbiran negeri.Dan dari jumlah tersebut,salah seorangnya adalah anak KA yang nombor 2 iaitu Abang.

Kalau 2 minggu lepas,By baru aje selesai UPSR.Hari ni Abang pulak.Dan Insyallah 2 minggu akan datang,Kakak pulak yang akan menduduki STAM.

Tahun ni KA rasa berat sungguh kepala.Apa taknya...Sampai 3 orang ambik periksa.Kakak tu tak apalah sebab dia duduk asrama.Jadual belajar dah ditetapkan.Tapi 2 orang budak lelaki yang kat rumah ni....tak tahulah nak cakap guane.

Buat Abang,Ummi dan Abah ucapkan selamat berjaya dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.Ummi dan Abah juga sentiasa mendo'akan kejayaan Abang dan anak-anak yang lain di Dunia dan Akhirat."Yang paling penting,kejayaan yang sebenar ialah selamat dari Api Neraka dan berjaya mendapat Syurga Allah SWT di Akhirat kelak."-TOK GURU NIK AZIZ.





Tuesday, September 28, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-18 SAYANG.....



Salam Ukhuwwah...



18tahun dah berlalu.Sekejap aje KA rasa.Masih terasa lagi ngilunya kesakitan.Masih terdengar-dengar lagi merdunya tangisan.Semuanya buat pertama kali.Pengalaman yang tak dapat digambarkan tapi masih tetap dalam ingatan.'Dia'lah yang Allah pilih buat KA dan Yang,melalui keindahan pengalaman pertama sebagai Ummi dan Abah.







Dari kecik tak banyak ragam.Jarang menangis.Tapi kalau dah nangis...payah nak pujuk.Tak kuat melawan.Dalam adik beradik yang lain masa kecik-kecik,dia sorang tak pernah pukul KA.Kalau bercakap macam murai.Tak susah nak ajar ngaji.Bila kena marah,masih tetap kat situ mengaji
dengan linangan airmata.Ummi garang macam singa.





Kalau dia berasa hati dengan sesiapa saja,dari kecik sampai sekarang ni,kertaslah tempat dia curahkan segala.Ada satu kertas yang dia tulis hari Isnin 27/10/2003, lepas KA marah dia,masih KA simpan sampai hari ni.KA terjumpa masa kemas katil dia,lepas dia gi sekolah.Dia masukkan kertas tu dalam sampul bantal.KA pernah cerita pada Mak mertua pasal surat tu.Begenang air mata mak mertua KA."Ha!buat lagi macam tu pada anak.Kalau jadi apa-apa,dok ke nyesal nanti".Mungkin tidak.Sebab apa yang KA buat semuanya untuk kebaikan dia jugak.Tentu dia pun masih ingat pasal kertas tu,kan???


Tapi hari ni dia dah besar sebagai remaja solehah.Itulah yang Ummi dengan Abah nak.Kelemahan dan kekurangan sebagai insan memanglah ada.Sebab,nama pun manusia.


Selalu juga KA nangis sebab dia.Mudah sangat KA terasa hati dengan dia.Mungkin sebab KA sayang sangat kat dia.Tapi dia mana tahu.Nanti bila dia dah jadi seorang Ummi satu hari nanti,dia akan tahu.Macam KA jugak.Yang,selalu tegor KA bila KA nangis sebab dia.10 rahmat,akan Allah tarik dari mereka bila orangtua nangis sebab anak-anak.KA cakap,inilah cara untuk melepaskan apa yang terbuku didada.Tapi setiap kali KA terasa hati dan marah kat dia,KA akan ampunkan dan mohon Allah ampunkan dia.Yang kata,mungkin ini cara Allah uji untuk kifarah dosa-dosa kita.KA redha. Tapi,nama pun manusia.Ada orang lain yang Allah uji lebih teruk lagi.


Panjang pulak KA menceceh.


Dan hari ni,buat Kakak,Nurul Nazirah Nazir.Sempena Ulangtahun Kakak yang ke-18 ni.Ummi dan Abah do'akan dan sentiasa mendo'akan semoga Allah merahmati hidup dan mati Kakak dan segala yang Kakak lakukan yang tak melanggar syariatNya.Belajarlah bersungguh.Semoga mendapat Mumtaz dalam STAM tak lama lagi dan dapat sambung belajar kat Mesir.


"Sebab apa Kakak kena gi Mesir?Kat lain tak boleh ke?Tak boleh ke kalau Kakak nak ambik T**L???Tak boleh ke kalau Kakak nak gi .....???Itulah antara soalan-soalan yang selalu Kakak tanya akhir-akhir ni.Boleh...dan apa-apa pun boleh.Yang penting sekarang ni Kakak kena belajar bersungguh dan buat Istikhoroh.Ummi dengan Abah nak yang terbaik dan yang terbaik itu dari Allah.






p/s:besar dah anak dara ummi abah.tak lama lagi bermenantulah...muahahaha.....

























Tuesday, September 21, 2010

UPSR HARI NI...



Salam Ukhuwwah...


Hari ni hari Selasa,21hb.Sept.2010.Seramai 494,493 calun UPSR murid Tahun Enam akan menduduki peperiksaan bermula hari ini.Daripada jumlah itu seramai 23,533 adalah calun daripada Terengganu.


Ketika KA buat n3 ini,By telah pun selamat menduduki kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 dan Matematik Kertas 2.Masa KA ambik dia kat sekolah tadi,KA ada tanya By,macamana???By jawab, OKlah.Maksud By apa,KA tak taulah.Oklah boleh jawab atau Oklah tak boleh jawab.Risau juga KA dibuatnya...


Insyallah esok ada satu kertas aje,Matematik Kertas 1.Buat masa ni,Yang tengah ajar By untuk semak semula apa-apa yang patut.Biar pun dah last minute,sekurang-kurangnya bolehlah dia ingat semula.


Yang penting,biarlah apa yang dia belajar selama ni diberkati Allah.KA dan Yang hanya boleh berdoa moga Allah beri yang terbaik untuk By dan anak-anak KA yang lain.Selain dari doa,KA dan Yang juga dah sediakan segala yang termampu sama seperti Ummi Abah orang lain.


Kepada semua anak-anak calun UPSR 2010,jawablah dengan tenang.Moga kejayaan dalam gengaman.Insyallah.