Friday, December 3, 2010

JAUHKANLAH SIFAT MALAS INI...

Salam Ukhuwwah di pagi Jumaat yang mulia ini.

Hampir sebulan lebih KA tak buat n3 baru.Banyak perkara yang telah berlaku setiap hari yang berlalu tanpa KA mencatitnya dalam blog yang umpama diari,untuk dikongsi.
Sebab apa???Bukan malas penyebab utama tapi banyak perkara.PC problem,internet slow, gambar tak upload lg,sibuk melayan 'Mukabuku'dan banyaaaaaakkkk.....lg problem.

Tapi tak apa.KA akan cuba mencatatkan semua yang dah berlalu tu,satu persatu.Untuk apa??? buat kenangan KA dimasa mendatang.


RESULT UPSR BY.

Malam tu,By cakap,KA takpayahlah pergi sekolah dia esok.Tentu dia rasa dan risau result dia kurang memuaskan.KA beritahu By yang KA akan pergi.Sebab,KA pergi jugak masa ambil result Kakak dan Abang.Walau apa pun keputusannya.

Masa KA sampai,Dewan dah penuh dengan pelajar dan ibubapa.Tapi Guru Besar tak sampai lagi dari ambil result di PPD.Kami terpaksa menunggu lama jugak.








Lebih kurang pukul 11 pagi,barulah nampak Guru Besar.Guru Besar beritahu,hanya 8 orang sahaja yang dapat 5 A.Jauh tersasar dari target 25 orang.










Dah?result By macamana?Lepas dapat result,By duduk kat kawan-kawan dia.KA ni tertunggu-tunggu dia datang.KA panggil, baru dia datang.







Bila KA tengok result By.....By tunduk.KA gosok belakang By.By nangis.Sedeh dengan apa yang dia dapat.Alhamdulillah.Maseh ada juga hati dan perasaan rupa-rupanya anak KA ni.KA beritahu By yang dia masih ada banyaaaakkkk lagi peluang untuk dia tebus apa yang dia tak dapat hari ni.KA selalu beritahu anak-anak,biar kita nangis hari ini kalau kita taknak nangis di hari kemudian.Biar kita berusaha sekarang supaya kita tak menyesal akan datang.







Dengan result yang kurang memuaskan tu,KA dan Yang susah hati.Tak tahu nak hantar sekolah menengah mana.Kalau boleh,taknaklah hantar sekolah menengah kebangsaan.Bukan sebab KA dan Yang tak percaya dengan sekolah tu(kita pun dari sekolah menengah tu juga),tapi KA tak percaya dan bimbang dengan perangai By.Jadi kita berusaha memohon ke sekolah yang beraliran agama.Semoga Allah mempermudahkan urusan kami.InsyaAllah.


KA terpaksa berhenti dulu.Dah lama sangat dok depan PC ni.Banyak lagi kerja rumah yang tak selesai lagi ni.InsyaAllah kejap lagi KA sambung pulak dengan cerita yang lain pulak....




Tuesday, October 19, 2010

IMTIHAN STAM 2010...JAWABLAH DENGAN TENANG...

Salam Ukhuwwah...

Hari ini adalah hari ke 2 Kakak dan semua 100 orang pelajar di seluruh Malaysia sedang menduduki Imtihan STAM 2010.Daripada 100 orang itu,40 orang calun adalah daripada sekolah Kakak iaitu Sekolah Menengah Agama (Atas)Sultan Zainal Abidin,Batu Buruk,Kuala Terengganu.



Sempat jugak gi sekolah Kakak hari Khamis lepas untuk Bacaan Yassin dan Solat Hajat sebelum hari periksa.Bersungguh Kakak suruh KA dan Yang gi.Dan KA pun bersungguh ajak Yang gi sebab kesian ke Kakak.Sebenarnya Yang susah nak kemana-mana dalam seminggu dua ni sebab kat tempat kerja Yang tengah "SHUT-DOWN".



Kelmarin tak sempat nak buat n3 baru sebab banyak program yang telah dirancang dan perlu dilaksanakan segera.Antaranya,disebelah petang lepas Solat 'Asar gi program Ziarah dengan kawan Muslimat ke 2 buah rumah jiran yang baru dapat baby dan seorang yang baru oparate lutut. Gi lepas 'Asar sebab waktu tulah Muslimat yang bekerja dah balik dan yang surirumah,dah siap urusan kat rumah yang tak habis-habis tu.Tapi waktu agak pendek sebab Maghrib awal.Bila Muslimat dah mula berbual kat sesebuah rumah,siaplah...susah nak stop.Pergi pulak 8 orang. Lagilah parok.




Alahai...KA dah melalut ke lain pulak.


Kelmari dan tadi,pagi-pagi lagi Kakak dah telepon rumah sebelum ke Dewan Periksa.Mintak tolong dan ingatkan Ummi dan Abah jangan lupa Solat Hajat untuk Kakak.Insyallah itu salah satu usaha dari Ummi Abah yang termampu setakat ni setelah Kakak berusaha selama ni.Seingat-ingat KA,periksa kali ni barulah nampak sangat Kakak susah hati.Tak macam masa SPM tahun lepas, masih relax je.Apatah lagi masa PMR dan UPSR
dulu...OHHH...Anak Ummi dan Abah dah besar dan matang rupa-rupanya...muahahaha...


Kepada Kakak dan semua anak-anak yang lain yang sedang menduduki imtihan ini,jawablah dengan tenang dan penuh keyakinan serta tawakkallah pada Allah.Insyallah 10 MUMTAZ dalam genggaman sebagaimana harapan semua Ummi Abah dan Warga Sekolah.AMIN.....


Tuesday, October 5, 2010

PMR DAH PUN BERMULA...SELAMAT BERJUANG...

Salam Ukhuwwah...



Hari ni hari Selasa 5/10/2010,seramai 479,675 calun akan menduduki Peperiksan Menengah Rendah (PMR) sehingga 12/10/2010.11,370 calun adalah dari Sekolah Agama tadbiran negeri.Dan dari jumlah tersebut,salah seorangnya adalah anak KA yang nombor 2 iaitu Abang.

Kalau 2 minggu lepas,By baru aje selesai UPSR.Hari ni Abang pulak.Dan Insyallah 2 minggu akan datang,Kakak pulak yang akan menduduki STAM.

Tahun ni KA rasa berat sungguh kepala.Apa taknya...Sampai 3 orang ambik periksa.Kakak tu tak apalah sebab dia duduk asrama.Jadual belajar dah ditetapkan.Tapi 2 orang budak lelaki yang kat rumah ni....tak tahulah nak cakap guane.

Buat Abang,Ummi dan Abah ucapkan selamat berjaya dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.Ummi dan Abah juga sentiasa mendo'akan kejayaan Abang dan anak-anak yang lain di Dunia dan Akhirat."Yang paling penting,kejayaan yang sebenar ialah selamat dari Api Neraka dan berjaya mendapat Syurga Allah SWT di Akhirat kelak."-TOK GURU NIK AZIZ.





Tuesday, September 28, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-18 SAYANG.....



Salam Ukhuwwah...



18tahun dah berlalu.Sekejap aje KA rasa.Masih terasa lagi ngilunya kesakitan.Masih terdengar-dengar lagi merdunya tangisan.Semuanya buat pertama kali.Pengalaman yang tak dapat digambarkan tapi masih tetap dalam ingatan.'Dia'lah yang Allah pilih buat KA dan Yang,melalui keindahan pengalaman pertama sebagai Ummi dan Abah.







Dari kecik tak banyak ragam.Jarang menangis.Tapi kalau dah nangis...payah nak pujuk.Tak kuat melawan.Dalam adik beradik yang lain masa kecik-kecik,dia sorang tak pernah pukul KA.Kalau bercakap macam murai.Tak susah nak ajar ngaji.Bila kena marah,masih tetap kat situ mengaji
dengan linangan airmata.Ummi garang macam singa.





Kalau dia berasa hati dengan sesiapa saja,dari kecik sampai sekarang ni,kertaslah tempat dia curahkan segala.Ada satu kertas yang dia tulis hari Isnin 27/10/2003, lepas KA marah dia,masih KA simpan sampai hari ni.KA terjumpa masa kemas katil dia,lepas dia gi sekolah.Dia masukkan kertas tu dalam sampul bantal.KA pernah cerita pada Mak mertua pasal surat tu.Begenang air mata mak mertua KA."Ha!buat lagi macam tu pada anak.Kalau jadi apa-apa,dok ke nyesal nanti".Mungkin tidak.Sebab apa yang KA buat semuanya untuk kebaikan dia jugak.Tentu dia pun masih ingat pasal kertas tu,kan???


Tapi hari ni dia dah besar sebagai remaja solehah.Itulah yang Ummi dengan Abah nak.Kelemahan dan kekurangan sebagai insan memanglah ada.Sebab,nama pun manusia.


Selalu juga KA nangis sebab dia.Mudah sangat KA terasa hati dengan dia.Mungkin sebab KA sayang sangat kat dia.Tapi dia mana tahu.Nanti bila dia dah jadi seorang Ummi satu hari nanti,dia akan tahu.Macam KA jugak.Yang,selalu tegor KA bila KA nangis sebab dia.10 rahmat,akan Allah tarik dari mereka bila orangtua nangis sebab anak-anak.KA cakap,inilah cara untuk melepaskan apa yang terbuku didada.Tapi setiap kali KA terasa hati dan marah kat dia,KA akan ampunkan dan mohon Allah ampunkan dia.Yang kata,mungkin ini cara Allah uji untuk kifarah dosa-dosa kita.KA redha. Tapi,nama pun manusia.Ada orang lain yang Allah uji lebih teruk lagi.


Panjang pulak KA menceceh.


Dan hari ni,buat Kakak,Nurul Nazirah Nazir.Sempena Ulangtahun Kakak yang ke-18 ni.Ummi dan Abah do'akan dan sentiasa mendo'akan semoga Allah merahmati hidup dan mati Kakak dan segala yang Kakak lakukan yang tak melanggar syariatNya.Belajarlah bersungguh.Semoga mendapat Mumtaz dalam STAM tak lama lagi dan dapat sambung belajar kat Mesir.


"Sebab apa Kakak kena gi Mesir?Kat lain tak boleh ke?Tak boleh ke kalau Kakak nak ambik T**L???Tak boleh ke kalau Kakak nak gi .....???Itulah antara soalan-soalan yang selalu Kakak tanya akhir-akhir ni.Boleh...dan apa-apa pun boleh.Yang penting sekarang ni Kakak kena belajar bersungguh dan buat Istikhoroh.Ummi dengan Abah nak yang terbaik dan yang terbaik itu dari Allah.






p/s:besar dah anak dara ummi abah.tak lama lagi bermenantulah...muahahaha.....

























Tuesday, September 21, 2010

UPSR HARI NI...



Salam Ukhuwwah...


Hari ni hari Selasa,21hb.Sept.2010.Seramai 494,493 calun UPSR murid Tahun Enam akan menduduki peperiksaan bermula hari ini.Daripada jumlah itu seramai 23,533 adalah calun daripada Terengganu.


Ketika KA buat n3 ini,By telah pun selamat menduduki kertas Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 dan Matematik Kertas 2.Masa KA ambik dia kat sekolah tadi,KA ada tanya By,macamana???By jawab, OKlah.Maksud By apa,KA tak taulah.Oklah boleh jawab atau Oklah tak boleh jawab.Risau juga KA dibuatnya...


Insyallah esok ada satu kertas aje,Matematik Kertas 1.Buat masa ni,Yang tengah ajar By untuk semak semula apa-apa yang patut.Biar pun dah last minute,sekurang-kurangnya bolehlah dia ingat semula.


Yang penting,biarlah apa yang dia belajar selama ni diberkati Allah.KA dan Yang hanya boleh berdoa moga Allah beri yang terbaik untuk By dan anak-anak KA yang lain.Selain dari doa,KA dan Yang juga dah sediakan segala yang termampu sama seperti Ummi Abah orang lain.


Kepada semua anak-anak calun UPSR 2010,jawablah dengan tenang.Moga kejayaan dalam gengaman.Insyallah.


Sunday, September 19, 2010

ENTRY BARU???BILA NAK UPDATE???

Salam Ukhuwwah...


Ala..Ala..Alaaaaa......sibuknya KA.Sampai tak sempat dan tak ada masa nak update blog.Sampai dah bersawang dan berhabuk sekali...Sibuk sangat ke beraya mengalahkan bebudak???


Tahun ni KA beraya kat Dungun je.Bukan sebab taat pada giliran.Taaakkk...Tapi sebab Mak mertua KA baru aje pergi meninggalkan kami.Jadi KA kesian pada adik-adik ipar KA yang kat sini. Walaupun dia orang semuanya dah besar-besar tapi kalau ada anak-anak sedara aka anak-anak KA yang ramai tu,meriahlah sikit.Bukan tak ada anak sedara yang lain,tapi taklah seramai anak KA dan ada juga anak-anak sedara lain yang tak dapat balik beraya kat Dungun.


Dan satu sebab lagi,tahun ni Mak dan Abah KA raya kat rumah adik KA,Lon di Seremban.Adik beradik KA yang lain pergi gak beraya kat sana.Ada yang pergi lepas beraya kat rumah mertua dan ada yang pergi lepas tu baru beraya kat rumah mertua...muahahaha...paham tak???


Dan sebab yang paling penting KA tak balik Johor ialah By ada kelas UPSR.Start pada raya yang ke-6 hingga raya yang ke-9.Itu kira dah lewat jugak.Masa KA pergi Majlis Sambut Menantu sepupu Yang kat Beladau Kolam pada Raya ke-4,ada sekolah dah start kelas tambahan.Kesian pada Cikgu-cikgu yang bersungguh buat kelas tambahan pada Hari Raya.Tapi ALHAMDULILLAH.... Cikgu buat kelas tambahan tu.Kalau tidak...tak taulah apa yang By akan jawab masa periksa nanti.UPSR cuma tinggal 2 hari aje lagi.Periksa hari Selasa ni,21-23hb September 2010.Buatkan nanti By jawab Sate,Tapai,Lontong,Soto,Mee Rebus Jawa...sape yang susah.KA......jugak.

Dan satu-satu lagi,hari ni Yang dah start keja dan anak-anak KA dah start sekolah...KA boleh CONQUER PC ni sorang-sorang...MUAHAHAHA.....Seronoknya takde yang kacau...(ada juge ke Ummi yang macam gini???).


Untuk gambar-gambar Raya,Insyallah akan menyusul kemudian sebabnya hari ni 'DO' pun dah terpaksa masuk 'Office'.Selalunya ada 'ADO' aka Kakak...huhuhu....

Thursday, September 9, 2010

YEHHH...YEHHH...ESOK RAYA.

Salam Ukhuwwah...




Cuma tinggal sehari aje lagi Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita semua dan Aidil Fitri akan menjelma.Anak-anak KA terutamanya Girl,bukan main suka lagi.Selepas menghitung hari selama sebulan,akhirnya tinggal sehari aje lagi dah nak Raya.Dengan baju baru,tudung baru,kasut baru. Apataknya.Tentulah dia suka sangat.Yehhh...lagi 3 hari nak Raya...Yehhh...lagi 2 hari nak Raya dan tadi YEHHH...lagi sehari nak Raya...KA rasa,semua budak-budak akan bersorak macam gitu.Sebabnya,KA pun dulu gitulah....
Tapi Yang lain pulak.Orang dah berumur.Sugul aje...Bimbang tahun depan tak dapat jumpa Ramadhan lagi.
Dikesempatan ini,KA bagi pihak Yang,Kakak,Abang,By,Girl dan Adik ingin memohon ampun dan maaf kepada semua kaum keluarga,sahabat handai,pengunjung dan pembaca blog KA yang tak seberapa ni.
Semoga Ramadhan yang akan berlalu telah kita perolehi segala janji-janji Allah dan Aidil Fitri yang akan menjelang kita sambut di atas landasan Islam dan Iman.
Kepada semua...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN...