Friday, January 8, 2010

Selamat Ulangtahun Sayang...

Salam Ukhuwah.

Hari ni 8 Januari 2010 adalah hari Ulangtahun yg ke 3 utk anak KA yg ke 5(yg bungsu setakat ni lh...???)Sebagaimana Mak
-mak yg lain,KA juga sentiasa berdoa agar "Adik menjadi anak yg
solehah.Mendapat rahmat ALLAH.Ilmu yg diberkati,cemerlang dan bahagia di dunia dan akhirat."

Masa KA pregnantkan Adik,banyak tanda-tanda macam anak lelaki. Tapi bila lahir,rupa-rupanya perempuan,Sampaikan kakak dia,Girl kata "Dalam perut main bola,bila keluar main anak patung..."

Di bawah ini adalah gambar-gambar Permata Hati KA yg ke 5,
Adik atau Nur 'Alimah Nabeehah Binti Nazir.
"Happy Birthday & Ummi Love U So.......Much"







Wednesday, January 6, 2010

Di Mana Boleh Cari Ramai Melayu...

Salam Ukhuwah...

Di bawah ni KA copy paste dari blog
Saudara YB Drs Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong,Perak Darul Ridzwan.
Semoga ianya boleh dijadikan renungan
dan iktibar buat semua.Terutamanya kita,
Anak-anak Melayu...
Terima Kasih YB dan penghantar Email,
Yamin Saman.

Di mana boleh cari ramai Melayu?

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu?

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Kakak Tak Nak Ambik STAM...

Salam Ukhuwah...

Itulah apa yang selalu Kakak (anak sulung KA)cakap bila
KA dan Yang gi tengok dia kat asrama (SMAASZA Batu Buruk
Kuala Terengganu)Bila kita tanya kenapa tak nak ambik,
Kakak kata dia tak nak pegi Mesir dan banyak lagi alasan yang diberi.Pening kepala bila difikirkan.

Bila KA dan Yang tanya pd mereka yg dah ambik STAM (lepasan
Mesir)mereka galakkan dan suruh Kakak ambik.Peluang lebih
besar.KA cakap kat Kakak,dah ambik thanawi,biarlah sampai
ambik STAM.Biar tersalah ambik,jangan nyesal akan datang.
Kakak tetap kata tak nak(ikut perangai siapa agaknya).

Tapi tiba-tiba sebelum sekolah dibuka,Kakak kata nak pulak.
Sebab apa,kenapa dan mungkin siapa(???.....) yang menyebabkan Kakak berubah fikiran.Musykil sungguh.Walauapapun alasannya,
biarlah ALLAH tetapkan hati Kakak.Selesaikan apa yang telah bermula.Jangan buat kerja separuh jalan.

Tuesday, January 5, 2010

Sekolah Dah Bermula...

Salam Ukhuwah...

Ini adalah post yang tertangguh.Walaupun sekolah dah 3 hari
bermula,baru hari ni KA berkesempatan nak menulis.
Bagi negeri Terengganu,Kelantan dan Kedah,sekolah dibuka
pd hari Ahad 3hb Januari 2010 tetapi negeri-negeri lain pd
hari Isnin.
Tahun ni,4 drp 5 orang Permata Hati KA,masih meneruskan
persekolahan.3 drpnya akan menduduki peperiksaan besar akhir tahun ni.
Kakak akan ambil STAM(Sijil Tinggi Agama Malaysia).
Abang,PMR.Dan By,UPSR.Pening juga kepala KA.Sebab,
anak-anak KA ni bukannya jenis 'kaki study'.Kalau tak suruh,
tak belajar.Jadi,setiap hari kena pasang 'recording player', ulang benda yg sama.
Alhamdulillah KA tak kerja,bolehlah pantau mereka setiap
hari.Kadang-kadang KA sedih jugak sebab walaupun KA banyak waktu dgn mereka tapi anak-anak KA taklah secemerlang anak orang lain.Tapi kawan KA kata,biarlah macam tu.Mungkin itu cara Allah nk uji KA.Katanya lagi,mungkin kalau KA kerja,mereka akan jadi lebih teruk.Jadi,KA kena redha.Muhasabah diri. Masih belum terlambat untuk perbaiki semua keadaan. Doa KA dan Yang akan sentiasa mengiringi mereka.Semuga mereka menjadi anak-anak yg soleh dan solehah.Mendapat ilmu yg diberkati ALLAH.Bahagia dan cemerlang didunia akhirat.Insyallah Amin.

Sunday, January 3, 2010

Salam Ukhuwah.

Di bawah ni,adalh gambar-gambar yg diambil ketika cuti baru-baru ni.
Oleh kerana malas nk ngadap PC lama-lama,jadi cerita dipost dulu dan gambar kemudian.


Pengantin yg dirai.Selamat Pengantin Baru.


Yang dan KA.


KA dan By.


Kakak,Adik dan Abah.


Abang dan Girl.


KA dgn coklat dan tart yg dihasilkan.

KA bersama Zati D Hati.



Inilah novel sentuhan Zati berserta autograph.

Saturday, January 2, 2010

Hadiah 18th Wedding Anniversary ???

Salam Ukhuwah.

KA,Yang dan Permata Hati,balik bercuti di kampung Johor seminggu sebelum bukak sekolah.Nak buat macamana sebab cuti Yang tinggal 3 hari je.Sebelum balik Johor,pegi Kelana Jaya dulu,hadiri majlis perkahwinan kawan Yang.Selesai majlis,kita meronda- ronda Shah Alam.Hajat hati nak pegi Taman Pertanian di Bukit Cahaya.Nak tengok Taman 4 musim,tapi punyalah lama berpusing-pusing cari jalan untuk ke sana.Tak jumpa.Cari lagi.Akhirnya jumpa juga tapi dah terlewat.Tak boleh nak masuk sebab pukul 4.30 petang,dah ditutup.Dahlah masa sampai hujan turun selebat lebatnya. Bersungguh nak pegi ni pun sebab Kakak(anak KA yg sulung)yang ajak.Nak suruh adik-adik dia rasa macamana sejuknya Winter.Kakak dah gi,ikut rombongan sekolah
lepas habis SPM baru-baru ni.

Perjalanan ke Johor di teruskan.Sampai lebih kurang pukul 11 malam.Aktiviti bercuti macam biasa.Cari makanan kegemaran masing-masing di Angsana Johor Bahru.Masa nilah dapat makan Mee Rebus Wahid,Sup Wantan Mee,Rojak Larkin,Otak-otak Kempas dll.Duduk Johor 3 hari je.29/12/2009 bertolak ke Pekan.Disinilah segalanya bermula...
30/12/2009 KA ikuti kelas Homemade Chocolate dan Aneka Tarts diZati d Hati Fancylicious Cakes.Kelas bermula dari pagi hingga ke petang.Penat tak terasa sebab seronoknya dapat belajar buat coklat dan tart ni.Lebih-lebih lagi dengan keramahan Zati 'bergossiping'dgn KA(rahsia kita berdua je...).Banyak tips yang diberi.Riuh dan kecoh dgn anak-anak Zati.Menambahkan ceria sehingga tak terasa masa menginjak petang.
Sebelum balik,sempat lagi berposing dgn Zati.Beli novel hasil sentuhannya.Siap dgn autograph lg.Buat Zati-Terima kasih ilmu yang diberi.Panjag umur
KA gi belajar lagi.

Dah,apa kena mengena dengan tajuk di atas???Sebenarnya KA nak kabo yg kelas tulah hadiahnya...Sebabnya pd 29/12/2009 adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan KA dan Yang yg ke 18.Terima kasih Yang kerana bersusah payah menghantar dan menunggu Ani dari pagi sampai petang.Terpaksa berpusing keliling tawaf bandar Pekan untuk hilangkan bosan.Tersesat 2/3 kali nak cari rumah Zati.Sampai dijemput dgn basikal oleh Taqiuddin(anak Zati).Itulah kisahnya percutian kami.Walaupun pendek tapi penuh bererti.Penutup tirai tahun 2009.

Friday, January 1, 2010

Dah Terlewat ...???

Salam Ukhuwah.
Dah terlewat ke kalau KA nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1431.Rasa-rasanya tak lagikan.Juga diucapkan Selamat Tahun Baru 2010.Semuga tahun ini dan tahun-tahun yang telah lepas,juga akan datang,kita semua sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Dapat mempertingkat kan amalan samada yang Wajib ataupun Sunat.Menjadikan kehidupan kita lebih baik berbanding yang telah lalu.


Juga,rasa-rasanya masih belum terlewat bagi KA nak ucapkan Jazakallah buat Kakak (anak sulong KA),kerana telah merialisasikan impian KA untuk mempunyai Blog sendiri.Tempat dimana boleh KA mencoret dan meluahkan segala apa yang dirasai dan dilalui,buat renungan dan tatapan anak-anak dimasa mendatang.