Monday, November 21, 2011

SAYUR KINCAM / SUP TELUR


Salam Ukhuwwah...

Cuti sekolah dah bermula,
Mak-mak dah start pening kepala,
Wahai anak-anak,janganlah gi tak tentu hala,
Baik tolong mak kat rumah,kan dapat pahala.......

Sebelum KA membebel pasal anak-anak KA yang dah start cuti panjang,baiklah KA terus ke resepi hari ni.....

Sayur Kincam atau Sup Telur ni bukanlah lauk yang KA masak hari ni tapi dah beberapa minggu yang lepas. KA lambat masukkan resepi ni sebab tak jumpa wire/jumper/entahapakenamadia untuk transfer gambar dari camera ke komputer ni.Dan oleh kerana hari ni agak terlebih masa santai tanpa gangguan sesiapa,maka bolehlah KA duduk dengan selesanya di depan sini untuk menaip resepi....

Dulu-dulu,lauk ni biasanya Mak KA masak masa hari panas.Sedap kalau nak menghirup kuah.Dan kalau Mak KA masak,tentu punya penuh satu periuk.Selain dari lauk kegilaan semua,ianya amat senang dan cepat untuk dimasak.Budget pun murah.Sesuai untuk anak ramai,lebih-lebih lagi akhir-akhir ni 'ORANG' suka-suka nak naikkan harga barang tanpa beritahu dulu.... 
                                                                                                                 Dan hari ni,KA pun suka sangat masak lauk ni,sebabnya samalah seperti yang di atas............Tapi resepi yang KA tulis kat bawah ni dah terderhaka sikitlah dari resepi Mak dan untuk sesiapa yang nak masak sikit.Kalau KA masak,dah tentu penuh satu periuk dan habis sekelip mata........muahahaha.




                                      
RESEPI SAYUR KINCAM/SUP TELUR.

Bahan-bahan:

6 biji bawang merah ( dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
3 biji kentang (dipotong 4/6)
3 biji telur.
200 g udang basah
25 g cendawan kering *
25 g tauhu kering *
40 g bunga jantung pisang kering *(nama sebenar KA tak tahu)
15 g suhun *
*rendam hingga lembut dan toskan airnya.
1/2 batang lobak merah (hiris memanjang)
1/2 biji tomata yg besar (didadu kecil)
2 sudu besar serbuk pati ayam (jika suka)
2 liter air
garam dan gula secukupnya
hirisan daun sup dan daun bawang 
bawang goreng

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  3. Masukkan air,kentang dan bahan yang telah direndam.
  4. Biarkan mendidih dan kentang empuk/masak.
  5. Masukkan serbuk pati ayam,garam dan gula secukup rasa,lobak merah,tomato dan udang basah.
  6. Biarkan mendidih sebentar.
  7. Perlahankan api dan pecahkan telur sebiji-sebiji.
  8. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.
  9. Sebelum dihidangkan,taburkan hirisan daup sup/bawang dan bawang goreng.





Kepada semua, "Selamat mencuba untuk menjamu selera....."



***Kalau Kakak yang kat Joden dah lulus masak lauk ni.......bolehlah kita 'berbincang'......

2 comments:

  1. Assalammualaikum , sekadar berkongsi info.. kincam ada lah kudup bunga lily, Benar, bunga lily yg cantik , bukan bunga dari jantung pisang.

    ReplyDelete