Tuesday, January 26, 2010

Diceroboh Kali Ke 2....

Salam Ukhuwah.

Seperti malam-malam yg lain,bertahun-tahun lamanya,
KA,Yang dan anak-anak akan ke surau berdekatan dgn rumah
selepas Solat Maghrib utk ikuti kuliah atau orang Tengganu
sebut 'gi dengor'atau 'nnadah'.Biasanya kami akan balik rumah
selepas Solat Isya'.Itupun kalau tak gi ke tempat lain seperti
rumah Tok (mak mertua),De Gate (bandar Dungun utk beli barang)
atau gi makan-makan.

Jadi,nak dijadikan cerita,malam tadi lepas balik dari Sura Ustak
Omor (Surau Ustaz Omar).Kami gi makan kat kedai Ayah Ku(lebih
kurang 100 meter aje dr rumah KA)sementara tunggu nak ambil
Abang kat kelas tuisyen.Lebih kurang pukul 10malam,Yang ajak
balik rumah dulu.Dia nak ambil Abang nak motor aje.Sampai
rumah KA yg buka gate dan pintu rumah.Bukan main terperanjat
lagi KA bila masuk tengok pintu cupboard di hall terbuka luas.
KA tak jadi nak masuk terus.Keluar semula panggil Yang.Sebelum
Yang masuk,By dah masuk dulu (nak jadi herolah konon).Kat hall
tak ada apa-apa tapi bila masuk bilik....Habis bersepah.

Kali pertama baru aje diceroboh akhir bulan Disember 2009.KA
baru balik bercuti dari Johor.Tapi masa tu,pencuri tak sempat
nak bongkar banyak.Mungkin masa kami sampai,dia orang masih ada
atas rumah.Itu yang dia datang semula sebab tak puas agaknya.
Kalau masa kali pertama kami tak buat 'police report'(sampai
anak-anak tak puas hati dengan Yang)tapi kali ni kami buat.

Untuk kedua-dua kejadian tu kami kehilangan sepasang jam tangan
SEIKO,handset Yang,2 bentuk cincin KA (cincin tunang dan nikah KA
sebab KA ni bukan yg jenis 'memakai'.Kesian pulak Yang kena beli
yg baru.he..he..he..),duit tabung Girl,rantai dan loket Adik.
Mungkin bagi orang lain,sikit sangat.Tapi bagi KA,itulah yg kami
ada.

Kesian KA tengok Adik.Dia macam fobia.Dalam pelat bercakap,dia
cari'baby bear'dia sambil peluk sejadah Yang dan pegang diapers.
By dan Girl tak puas hati.Dia kata kalau dapat pencuri tu dia
nak buat macam-macam.KA kata pd mereka biar kita serah aje pd ALLAH
samada ALLAH nak beri hidayah atau musibah.Hanya ALLH yg Maha
Mengetahui.Tapi dia orang harap supaya ALLAH timpakan musibah
(budak-budak pun pandai marah tahap maksima).

KA harap pd diri KA,Yang dan anak-anak,semoga ALLAH lindungi
diri,harta,maruah dan iman kami.Terus sabar dalam menghadapi
mehnah kehidupan.

Jadi kat bawah ni,KA sertakan sekali beberapa gambar tentang
kejadian tu.




Keadaan bilik yg bersepah.



Penceroboh/pencuri masuk dari tingkap dapur ni.

Sunday, January 24, 2010

Al-Fatihah Buat Almarhum Sultan Johor...

Salam Ukhuwah...


KA agak terkejut apabila TV3 mengumumkan
berita kemangkatan Almarhum Sultan Johor
pada hari Jumaat pukul 11.20 mlm.Ketika itu
Yang dan Abang tengah tengok cerita kat TV3
(tak ingat cerita apa).Terjerit-jerit dia orang
panggil KA.Sebabnya,KA kan anak jati Johor.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa
Almarhum,cucuri Rahmat ke atas rohnya dan
menempatkannya bersama-sama hambaNya yg beriman.
ALFATIHAH......


BLOG APA NI ???

Salam Ukhuwah...

Kepada pengunjung blog KA,mungkin tertanya-tanya,
apa kaitan antara nama dgn kandungan blog KA.
Sebenarnya blog KA ni pelbagai.Dalam ni,KA akan
bercerita mengenai kehidupan seharian,resepi yg
biasa KA masak utk Yang dan Permata hati dan mungkin
dimasa akan datang,sedikit bisnes (InsyaAllah).
Jadi oleh kerana KA ni baru dlm dunia berblogging,
KA harap pembaca semua dapat memaafkan sekiranya
ada cacat cela dlm blog KA ni.
Jadi utk hari ni,KA nak berkongsi resepi yg biasa-
biasa aje dan yg biasa KA buat utk makan kat rumah
atau bila ada tetamu.


Sebenarnya lauk ni utk dinner hari Khamis lepas.
Oleh kerana hujung minggu baru anak-anak KA
boleh ngadap komputer jadi takde chanlah utk
KA menyentuhnya.

Resepi ni KA dapat dr Mak (nun jauh kat
Kangkar Pulai,Johor).Biasanya dimakan dgn Nasi Ayam.
Tapi kalau Abah KA,makan dengan Laksa Johor katanya
la.....gi sedap.

AYAM BAKAR...



AYAM BAKAR

1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih* *dikisar
2 inci halia*
4 biji limau kasturi (ambil air perahannya)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
8 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan margerin
1 sudu makan minyak zaiton
4 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
serbuk perasa (KA tak letak)

Cara-cara menyediakannya:

1.Ayam dibersihkan lalu dicucuk-cucuk dgn garfu.
2.Digaulkan dgn semua bahan-bahan di atas.
3.Diperapkan selam 1 jam atau semalaman (utk lebih sedap lg).
4.Kemudian dibakar dlm oven yg telah dipanaskan dahulu
selam 10-15 minit dgn suhu 160-180 darjah celcius
(ikut oven masing-masing) selam 1 jam atau sehingga masak.
5.Ketika dibakar,ayam hendaklah dibalik-balikkan agar
sekata masaknya.
6.Setelah masak,boleh di hias dgn daun salad,timun
dan tomato yg dihiris.
7.Sedia utk dimakan.

SELAMAT MENCUBA.....




Sunday, January 17, 2010

Kacau Bubur Assyurah Dipagi Jumaat...

Salam Ukhuwah...


Pada hari Jumaat 15 Januari/29 Muharram 1431,KA,Yang dan anak-anak bersama-sama jiran sekampung mengacau bubur Assyurah atau orang Tengganu panggil 'Sura'. Walaupun hari tu adalah hari terakhir dlm bulan Muharram. Dgn program'kacau Sura'yg diadakan,akan dapat meng-
eratkan lagi silaturrahim sesama masyarakat kampung.

Jadi oleh kerana KA malas nak menaip lebih panjang lagi cerita 'kacau Sura',kita layan ajelah gambar-gambar disekitar program tersebut.
LAYANNNN........
Yang sedang 'kacau Sura'




Abang dan Adik.


Inilah Sura yg dihasilkan bersama.

Hai...relek nampak.





Muslimat bersama-sama menyediakan hidangan tengahari.

Girl,Adik dan kawan-kawan.

Berposing sebelum 'Sura'dibahagi-bahagikan





Ceramah Maal Hijrah yg diadakan selepas Solat Jumaat.

Tuesday, January 12, 2010

Perlu Lebih Berhati-Hati...???

Salam Ukhuwah.

Hari ni cukup 1 bulan 17 hari KA dapat Lesen 'P'.
Umur dah 42 tahun baru berpeluang ambil lesen.
Bukan tak nak buat masa muda-muda dulu,tapi selain
drp harga yg mahal (kalau dikira masa tulah)KA juga sibuk dgn anak-anak.Kesian nak tinggalkan anak utk
gi kelas memandu selain drp anak-anak masih'breast
feed'.
Lepas bersalinkan anak no.4,dah tak rasa perlu utk ambil lesen keta sebab KA boleh bawak motor.
Kalau sekadar nak gi tempat yg dekat-dekat,tak ada
masaalah.

Tapi bila anak-anak dah membesar.Perlu pergi tuisyen,
kelas fardhu 'ain,latihan sukan kat sekolah dan KA sendiri perlu ke program jemaah atau parti,takkanlah
asyik nak harapkan Yang hantar.Kalau Yang kena kerja atau 'on call' kan susah.Jadi itulah yg terpaksa.

Lepas dapat lesen,KA pun beranikan diri utk drive. Sepanjang cuti sekolah baru-baru ni,KA yg hantar By
gi tuisyen.Baru belajar bawak keta auto Yang.Walaupun
keta buruk,KA terlalu berhati-hati.Kalau terlanggar atau
rosak,terpaksa pulak keluar duit utk baiki(salah satu sebab juga KA takut bawak keta).KA jenis yg berhati-hati bila drive.Bawak keta pun slow aje.Sampai anak-anak complain.
Maklumlah orang baru...

Tapi nak dijadikan cerita malam ni,lepas KA balik surau
(solat Isya'),KA terlanggar gate pagar.He...he...he...
Sampai tercampak pintu gate tu.Ahamdulillah ada jiran yg
tolong dan Yang tak sampai lg.(Yang gi surau dulu naik motor sebab ada Ustaz ngajar dan KA hantar Abang dan By gi tuisyen).Bila Yang sampai,KA kabolah ke dia(isteri mithali lah konon-kononnya).Lain macam aje KA tengok muka dia (kalau tau tak kabo pun tak apekan he..he..he..).

Jadi,moral drp cerita malam ni ialah perlu lebih berhati-hati
bila memandu terutamanya bagi yg baru dapat lesen 'P'...
Insyallah,lain kali KA postkan gambar keta Yang yg luka tu.

Itu ajelah cerita utk malam ni.
Selamat beradu...

Friday, January 8, 2010

Selamat Ulangtahun Sayang...

Salam Ukhuwah.

Hari ni 8 Januari 2010 adalah hari Ulangtahun yg ke 3 utk anak KA yg ke 5(yg bungsu setakat ni lh...???)Sebagaimana Mak
-mak yg lain,KA juga sentiasa berdoa agar "Adik menjadi anak yg
solehah.Mendapat rahmat ALLAH.Ilmu yg diberkati,cemerlang dan bahagia di dunia dan akhirat."

Masa KA pregnantkan Adik,banyak tanda-tanda macam anak lelaki. Tapi bila lahir,rupa-rupanya perempuan,Sampaikan kakak dia,Girl kata "Dalam perut main bola,bila keluar main anak patung..."

Di bawah ini adalah gambar-gambar Permata Hati KA yg ke 5,
Adik atau Nur 'Alimah Nabeehah Binti Nazir.
"Happy Birthday & Ummi Love U So.......Much"







Wednesday, January 6, 2010

Di Mana Boleh Cari Ramai Melayu...

Salam Ukhuwah...

Di bawah ni KA copy paste dari blog
Saudara YB Drs Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong,Perak Darul Ridzwan.
Semoga ianya boleh dijadikan renungan
dan iktibar buat semua.Terutamanya kita,
Anak-anak Melayu...
Terima Kasih YB dan penghantar Email,
Yamin Saman.

Di mana boleh cari ramai Melayu?

Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu?

Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
Al Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

Kakak Tak Nak Ambik STAM...

Salam Ukhuwah...

Itulah apa yang selalu Kakak (anak sulung KA)cakap bila
KA dan Yang gi tengok dia kat asrama (SMAASZA Batu Buruk
Kuala Terengganu)Bila kita tanya kenapa tak nak ambik,
Kakak kata dia tak nak pegi Mesir dan banyak lagi alasan yang diberi.Pening kepala bila difikirkan.

Bila KA dan Yang tanya pd mereka yg dah ambik STAM (lepasan
Mesir)mereka galakkan dan suruh Kakak ambik.Peluang lebih
besar.KA cakap kat Kakak,dah ambik thanawi,biarlah sampai
ambik STAM.Biar tersalah ambik,jangan nyesal akan datang.
Kakak tetap kata tak nak(ikut perangai siapa agaknya).

Tapi tiba-tiba sebelum sekolah dibuka,Kakak kata nak pulak.
Sebab apa,kenapa dan mungkin siapa(???.....) yang menyebabkan Kakak berubah fikiran.Musykil sungguh.Walauapapun alasannya,
biarlah ALLAH tetapkan hati Kakak.Selesaikan apa yang telah bermula.Jangan buat kerja separuh jalan.

Tuesday, January 5, 2010

Sekolah Dah Bermula...

Salam Ukhuwah...

Ini adalah post yang tertangguh.Walaupun sekolah dah 3 hari
bermula,baru hari ni KA berkesempatan nak menulis.
Bagi negeri Terengganu,Kelantan dan Kedah,sekolah dibuka
pd hari Ahad 3hb Januari 2010 tetapi negeri-negeri lain pd
hari Isnin.
Tahun ni,4 drp 5 orang Permata Hati KA,masih meneruskan
persekolahan.3 drpnya akan menduduki peperiksaan besar akhir tahun ni.
Kakak akan ambil STAM(Sijil Tinggi Agama Malaysia).
Abang,PMR.Dan By,UPSR.Pening juga kepala KA.Sebab,
anak-anak KA ni bukannya jenis 'kaki study'.Kalau tak suruh,
tak belajar.Jadi,setiap hari kena pasang 'recording player', ulang benda yg sama.
Alhamdulillah KA tak kerja,bolehlah pantau mereka setiap
hari.Kadang-kadang KA sedih jugak sebab walaupun KA banyak waktu dgn mereka tapi anak-anak KA taklah secemerlang anak orang lain.Tapi kawan KA kata,biarlah macam tu.Mungkin itu cara Allah nk uji KA.Katanya lagi,mungkin kalau KA kerja,mereka akan jadi lebih teruk.Jadi,KA kena redha.Muhasabah diri. Masih belum terlambat untuk perbaiki semua keadaan. Doa KA dan Yang akan sentiasa mengiringi mereka.Semuga mereka menjadi anak-anak yg soleh dan solehah.Mendapat ilmu yg diberkati ALLAH.Bahagia dan cemerlang didunia akhirat.Insyallah Amin.

Sunday, January 3, 2010

Salam Ukhuwah.

Di bawah ni,adalh gambar-gambar yg diambil ketika cuti baru-baru ni.
Oleh kerana malas nk ngadap PC lama-lama,jadi cerita dipost dulu dan gambar kemudian.


Pengantin yg dirai.Selamat Pengantin Baru.


Yang dan KA.


KA dan By.


Kakak,Adik dan Abah.


Abang dan Girl.


KA dgn coklat dan tart yg dihasilkan.

KA bersama Zati D Hati.



Inilah novel sentuhan Zati berserta autograph.

Saturday, January 2, 2010

Hadiah 18th Wedding Anniversary ???

Salam Ukhuwah.

KA,Yang dan Permata Hati,balik bercuti di kampung Johor seminggu sebelum bukak sekolah.Nak buat macamana sebab cuti Yang tinggal 3 hari je.Sebelum balik Johor,pegi Kelana Jaya dulu,hadiri majlis perkahwinan kawan Yang.Selesai majlis,kita meronda- ronda Shah Alam.Hajat hati nak pegi Taman Pertanian di Bukit Cahaya.Nak tengok Taman 4 musim,tapi punyalah lama berpusing-pusing cari jalan untuk ke sana.Tak jumpa.Cari lagi.Akhirnya jumpa juga tapi dah terlewat.Tak boleh nak masuk sebab pukul 4.30 petang,dah ditutup.Dahlah masa sampai hujan turun selebat lebatnya. Bersungguh nak pegi ni pun sebab Kakak(anak KA yg sulung)yang ajak.Nak suruh adik-adik dia rasa macamana sejuknya Winter.Kakak dah gi,ikut rombongan sekolah
lepas habis SPM baru-baru ni.

Perjalanan ke Johor di teruskan.Sampai lebih kurang pukul 11 malam.Aktiviti bercuti macam biasa.Cari makanan kegemaran masing-masing di Angsana Johor Bahru.Masa nilah dapat makan Mee Rebus Wahid,Sup Wantan Mee,Rojak Larkin,Otak-otak Kempas dll.Duduk Johor 3 hari je.29/12/2009 bertolak ke Pekan.Disinilah segalanya bermula...
30/12/2009 KA ikuti kelas Homemade Chocolate dan Aneka Tarts diZati d Hati Fancylicious Cakes.Kelas bermula dari pagi hingga ke petang.Penat tak terasa sebab seronoknya dapat belajar buat coklat dan tart ni.Lebih-lebih lagi dengan keramahan Zati 'bergossiping'dgn KA(rahsia kita berdua je...).Banyak tips yang diberi.Riuh dan kecoh dgn anak-anak Zati.Menambahkan ceria sehingga tak terasa masa menginjak petang.
Sebelum balik,sempat lagi berposing dgn Zati.Beli novel hasil sentuhannya.Siap dgn autograph lg.Buat Zati-Terima kasih ilmu yang diberi.Panjag umur
KA gi belajar lagi.

Dah,apa kena mengena dengan tajuk di atas???Sebenarnya KA nak kabo yg kelas tulah hadiahnya...Sebabnya pd 29/12/2009 adalah Hari Ulangtahun Perkahwinan KA dan Yang yg ke 18.Terima kasih Yang kerana bersusah payah menghantar dan menunggu Ani dari pagi sampai petang.Terpaksa berpusing keliling tawaf bandar Pekan untuk hilangkan bosan.Tersesat 2/3 kali nak cari rumah Zati.Sampai dijemput dgn basikal oleh Taqiuddin(anak Zati).Itulah kisahnya percutian kami.Walaupun pendek tapi penuh bererti.Penutup tirai tahun 2009.

Friday, January 1, 2010

Dah Terlewat ...???

Salam Ukhuwah.
Dah terlewat ke kalau KA nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1431.Rasa-rasanya tak lagikan.Juga diucapkan Selamat Tahun Baru 2010.Semuga tahun ini dan tahun-tahun yang telah lepas,juga akan datang,kita semua sentiasa di dalam rahmat ALLAH.Dapat mempertingkat kan amalan samada yang Wajib ataupun Sunat.Menjadikan kehidupan kita lebih baik berbanding yang telah lalu.


Juga,rasa-rasanya masih belum terlewat bagi KA nak ucapkan Jazakallah buat Kakak (anak sulong KA),kerana telah merialisasikan impian KA untuk mempunyai Blog sendiri.Tempat dimana boleh KA mencoret dan meluahkan segala apa yang dirasai dan dilalui,buat renungan dan tatapan anak-anak dimasa mendatang.